Ahad, 2 Oktober 2011

Utusan Online - Pendidikan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Misi pertahan kejuaraan dunia

Posted:

Misi pertahan kejuaraan dunia

Misi pertahan kejuaraan dunia

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my


Dr. Zahri Aziz (dua dari kanan) bersama pemenang salah satu kategori pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SEBANYAK 10 pasukan sekolah yang dipilih sebagai pemenang dalam pelbagai kategori pada pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan (NRC) 2011 baru-baru ini akan mewakili negara ke pertandingan World Robot Olympiad (WRO) yang bakal diadakan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada November depan.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Dr. Zahri Aziz berkata, beliau yakin bahawa pasukan-pasukan yang membentuk kontinjen negara ke Abu Dhabi November nanti akan pulang dengan kejayaan yang membanggakan.

"Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan pasukan negara menjadi Juara Dunia selama dua tahun berturut-turut iaitu pada pertandingan WRO 2009 di Pohang, Korea Selatan dan WRO 2010 di Manila, Filipina.

"Saya percaya bahawa sejarah kejayaan cemerlang akan dicipta oleh pasukan negara pada pertandingan peringkat dunia tahun ini," katanya pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Sasbadi Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Pusat Sains Negara itu merangkumi lapan kategori termasuklah Kategori Biasa dan Kategori Terbuka yang masing-masing terbahagi kepada peringkat sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas serta kategori Gen II Robot Soccer dan Anugerah NI Lab VIEW.

Wakil-wakil negara yang dipilih terdiri daripada empat sekolah menengah dan empat sekolah rendah yang mendapat tempat pertama dalam lapan kategori tersebut serta dua tambahan pasukan sekolah rendah yang mendapat tempat kedua.

Sekolah-sekolah menengah yang terpilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield, Selangor; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling, Johor; SMK Bintulu, Sarawak; SMJK Jit Sin, Pulau Pinang; SMK Methodist Tanjung Malim, Perak dan Permata Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Manakala sekolah rendah pula terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson, Negeri Sembilan; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tampoi, Johor; SJKC Khai Mun Pagi, Pahang dan SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur.

Menurut Zahri lagi, sebagai persiapan menghadapi cabaran sengit dalam era globalisasi masa kini dan akan datang, usaha untuk menguasai bidang ilmu pengetahuan khususnya sains dan teknologi serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) harus dilipatgandakan.

"Program robotik dan latihan intensif secara hands-on setiap hari dilihat mampu memberikan pelajar pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna dan meningkatkan semangat juang mereka.

"Pemikiran inovatif, kritis dan kreatif yang anak-anak perolehi akan membentuk mereka menjadi modal insan yang mampu mengatasi pelbagai cabaran pada masa hadapan," ujar beliau.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sasbadi Sdn. Bhd., Law King Hui berkata, jumlah penyertaan yang besar oleh pasukan sekolah menengah dan sekolah rendah dari kawasan bandar mahupun dari luar bandar sejak kebelakangan ini jelas membuktikan bahawa bidang robotik semakin popular.

"Prestasi cemerlang ini memberi harapan untuk kita membentuk pasukan negara yang setanding dengan pasukan-pasukan tahun lalu yang telah meraih pingat emas, pingat perak, anugerah khas serta anugerah kecemerlangan yang melayakkan Malaysia menjadi Juara Keseluruhan pada WRO 2009 dan WRO 2010," harap beliau.

Pertandingan peringkat kebangsaan itu melibatkan sebanyak 39 pasukan sekolah rendah dan 86 pasukan sekolah menengah bersaing mewakili 13 zon dari seluruh negara.

Kesemua pasukan yang terpilih merupakan johan dan naib johan peringkat zon masing-masing dan mereka bertanding dalam dua kategori yang terbahagi kepada enam acara.

Malaysia menyerlah dalam

Posted:

Malaysia menyerlah dalam <i><b>F1 in Schools antarabangsa</b></i>

Malaysia menyerlah dalam F1 in Schools antarabangsa


PEMENANG meraikan kejayaan masing-masing pada pertandingan F1 in Schools Dunia Peringkat Akhir 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


DUA buah sekolah menengah dari negara kita berjaya mencipta nama di persada antarabangsa apabila diumumkan juara kategori pada pertandingan Formula One (F1) in Schools Dunia Peringkat Akhir 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Sains (SMS) Hulu Selangor, Selangor masing-masing menjuarai kategori Team Identity Award dan Team Portfolio Award pada pertandingan kali ketujuh itu.

Pada pertandingan tersebut, kategori utama iaitu Juara Dunia F1 in Schools dimenangi oleh Brooks High School dari Tasmania, Australia yang menewaskan 22 pasukan lain dari 16 negara dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kemenangan itu melayakkan Brooks High School membawa pulang Trofi Juara Dunia Bernie Ecclestone dalam pertandingan yang menguji kemahiran para pelajar mereka bentuk, membangun dan menghasilkan kereta F1 untuk masa depan.

Menggunakan perisian Solid Edge ST3 dari Siemens, F1 in Schools Dunia Peringkat Akhir ini memerlukan pelajar menggunakan kreativiti dan kemahiran kejuruteraan untuk menjana kereta lumba yang rumit dengan rekaan inovatif yang kemudiannya akan dipersembahkan kepada panel hakim pakar.

Tempat kedua bagi kategori utama itu dimenangi oleh Grootmoor Gymnasium, Hamburg, Jerman manakala tempat ketiga menjadi milik South East High School, Florida yang berkongsi tempat dengan James Madison Middle School, Virginia, Amerika Syarikat.

F1 in Schools merupakan satu-satunya cabaran multi disiplin global untuk pelajar-pelajar sekolah berumur antara sembilan hingga 19 tahun.

Berpusat di London, United Kingdom dan disokong oleh Institut Kejuruteraan dan Teknologi, dana pertandingan ini dikumpulkan melalui penajaan dan pelaburan dalam mentadbir, membangun dan memperluaskan cabaran.

Pertandingan ini memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan teknologi maklumat (IT) bagi mempelajari ilmu fizik, aerodinamik, reka bentuk, pembuatan, penjenamaan, grafik, tajaan, pemasaran, kepimpinan, kerja berpasukan, kemahiran media dan strategi kewangan dan mengaplikasikannya dalam satu cara menarik, praktikal dan imaginatif.

Ia juga memberi cabaran kepada para pelajar untuk menggunakan perisian mereka bentuk, membina dan menguji kelajuan miniatur kereta F1 yang dibuat daripada kayu balsa dengan kuasa udara mampat silinder tunggal.

Semua pasukan yang terlibat menerima satu kit permulaan yang mempunyai semua bahan asas termasuklah sat u blok kayu balsa untuk mencipta miniatur kereta lumba F1 itu.

Pelajar harus menyediakan pelan perniagaan, peruntukan dan mencari penaja melalui kerjasama dengan komuniti perniagaan.

Kereta F1 tersebut kemudiannya akan disertakan dengan perisian Computer Aided Manufacture (CAM) sebelum diuji dalam terowong angin dan asap. Kemudian kereta F1 itu diuji dalam perlumbaan bagi menghabiskan jarak laluan lurus sejauh 20 meter.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved