Sabtu, 29 Mac 2014

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kikis tanggapan Felda sarang dadah

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Othman Parman (duduk, dua dari kiri) dan, Mohd. Noorsham Mohd. Sapian (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama peserta di Felda Palong Sembilan, Jempol, Negeri Sembilan kelmarin. - UTUSAN/SAJIDA ASARULAH KHAN

JEMPOL 28 Mac - Generasi muda Felda perlu diterapkan dengan kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah dalam usaha menepis persepsi negatif mengatakan kawasan Felda merupakan sarang penagih dadah.

Ketua Peneroka negeri, Othman Parman menjelaskan, generasi muda tidak harus mensia-siakan masa depan dengan terlibat dengan gejala berkenaan kerana realitinya mereka mempunyai keupayaan dan kebolehan tersendiri.

Katanya, Felda kini menjadi sebuah entiti yang bukan sahaja mempunyai kelas tersendiri, malah dikagumi masyarakat dunia kerana keupayaan agensi itu dalam pelbagai bidang.

"Kita tidak mahu nama Felda yang dikenali dan dikagumi ini rosak hanya kerana dadah. Generasi baharu Felda adalah penyambung legasi dan bakal menguruskan kawasan tanah rancangan mereka selepas ketiadaan ibu bapa mereka kelak.

"Sekiranya mereka tidak berubah, kita bimbang satu masa nanti apa yang kita usahakan selama ini akan terbiar dan menjadi nostalgia yang hanya mampu diceritakan kepada anak cucu mereka, katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Mesra Komuniti Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Dewan Panglima, Felda Palong Sembilan di sini semalam.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Jempol, Datuk Anuar Rashidin.

Sementara itu, Pegawai AADK Jempol, Mohd. Noorsham Mohd. Sapian berkata, setakat Mac tahun ini, terdapat 372 individu yang berada di bawah pengawasan AADK daerah Jempol.

"Daripada jumlah tersebut, 363 merupakan penagih dadah lelaki manakala sembilan orang wanita. Seramai 300 adalah penagih yang aktif manakala 72 orang lagi adalah penagih yang tidak aktif," katanya.

Mohd. Noorsham berkata, pusat khidmat tersebut diwujudkan bagi memudahkan AADK menawarkan perkhidmatan rawatan, pemulihan dan pencegahan kepada penagih.

"Pusat khidmat ini ibarat rumah kedua kepada bekas penagih yang benar-benar mahu berubah.

"Di sini mereka boleh datang secara sukarela dan mengikuti pelbagai program bagi membebaskan diri daripada ketagihan dadah," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved