Sabtu, 29 Mac 2014

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Bekas Ketua Pasukan Pertahanan Australia dilapor bakal ketuai misi mencari

Posted: 29 Mar 2014 07:20 PM PDT

PERTH 30 Mac - Bekas Ketua Pasukan Pertahanan Australia, Angus Houston dilapor akan mengambil alih tugas penyelerasan misi antarabangsa mencari pesawat MH370.

Syarikat penyiaran Australian Broadcasting Corporation (ABC) hari ini melaporkan, Houston akan mengetuai pusat penyelarasan kerjasama antara agensi yang baharu sebaik ditubuhkan di Perth.

Akhbar Sydney Daily Telegraph pula melaporkan, tugas Houston bukan sahaja mengetuai misi mencari, malah menyelaras hubungan diplomatik dengan negara yang terlibat dalam operasi itu iaitu Malaysia, China, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand. - AFP

MH370: Beberapa objek yang ditemukan bukan serpihan pesawat

Posted: 29 Mar 2014 07:18 PM PDT

SYDNEY 30 Mac - Beberapa objek yang ditemukan oleh kapal di Lautan Hindi, disahkan bukan serpihan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, lapor Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini.

AMSA dalam kenyataannya berkata, objek terbabit yang diangkat oleh kapal China dan Australia, dikenal pasti sebagai peralatan untuk menangkap ikan atau sampah.

Bagaimanapun, AMSA tidak menyatakan jumlah atau lokasi tepat objek berkenaan ditemukan. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved