Sabtu, 29 Mac 2014

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Malaysia dirundung kesedihan

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu masih lagi menjadi tanda tanya dan kita mesti menyokong segala usaha pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan . - GAMBAR HIASAN

PENANTIAN lebih tiga minggu pencarian pesawat MH370 akhirnya terjawab selepas disahkan terhempas di Lautan Hindi. Tidak dapat digambarkan kesedihan yang perlu ditanggung ahli keluarga mangsa, sedangkan kita sebagai rakyat Malaysia turut berasa amat sedih.

Seluruh dunia tidak henti-henti menghulurkan ucapan takziah kepada Malaysia dengan harapan ahli keluarga mangsa dapat mengharungi hari-hari mendatang dengan lebih tabah dan cekal.

Persoalan kehilangan pesawat MH370 semakin menghantui penduduk dunia apabila pesawat berkenaan disahkan terhempas di kawasan terpencil dan jauh daripada sebarang tempat pendaratan.

Seperti biasa, pelbagai spekulasi dimuatnaik di laman sosial yang mempersoalkan kehilangan pesawat sehinggalah mengkritik usaha pencarian kerajaan yang dilakukan secara bersama dengan lebih 20 negara dunia.

Tidak ketinggalan spekulasi yang melibatkan soal politik. Golongan sedemikian tidak sedar perkara paling penting buat masa ini adalah bersatu tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik. Malangnya, ada pihak yang membabitkan tragedi MH370 dengan politik kepartian.

Dalam pada itu, kesungguhan pihak berkuasa dan juga negara lain yang turut membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) perlu dipuji. Mereka kini berdepan dengan pelbagai cabaran seperti cuaca buruk yang melanda Lautan Hindi baru-baru ini sehinggakan operasi SAR terpaksa digantung buat sementara waktu.

Seluruh dunia mendoakan yang terbaik agar operasi SAR dapat mengesan kotak hitam bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 bersama 239 mangsa yang mana kejadian itu benar-benar membuatkan seluruh rakyat negara ini diselubungi kesedihan yang teramat sangat.

Segala kejadian mempunyai sebab tertentu dan hikmah tersendiri. Kita perlu reda dengan ujian Allah SWT yang melanda negara kini. Perkara paling penting buat masa ini adalah kita terus menyokong dan berdoa operasi SAR berjalan lancar dan dapat menemui serpihan serta kotak hitam agar penyiasatan lanjut dapat dilakukan bagi merungkai misteri kehilangan MH370. Al-fatihah untuk semua mangsa yang beragama Islam dan semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian daripada Yang Maha Esa ini.

AZRIN MUHAMMAD

Kuala Lumpur

Tangani kaki berbau

Posted: 29 Mar 2014 05:48 AM PDT

Masalah kaki berbau boleh menghilangkan keyakinan diri remaja.

BAU kaki merupakan bau yang kurang menyenangkan, bukan sahaja pada diri individu itu sendiri tetapi juga pada diri orang di sekeliling. Justeru itu, masalah kaki berbau tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh mempengaruhi penampilan dan pergaulan seseorang.

Sesiapa sahaja yang mengalami masalah bau kaki busuk atau masam akibat peluh berlebihan yang dijangkiti bakteria pastinya berasa malu dan hilang keyakinan diri untuk melakukan aktiviti seharian.

Malah, orang-orang di sekelilingnya juga pasti berasa kurang selesa dan angkat kaki tatkala baunya terlalu kuat apabila mereka menanggalkan kasut.

Memang tidak dapat dinafikan golongan muda sering mengalami masalah seperti ini kerana gaya hidup mereka yang aktif. Jangan risau! Kamu perlu sedar, bau kaki merupakan satu masalah umum yang sering dialami oleh orang lain juga.

Untuk mencegah masalah ini, .com ada beberapa tip yang boleh kamu ikuti. - DHIYAZULHILMI DAUD

GUNA STOKING BERSIH:

PILIH stoking yang betul. Elakkan memakai stoking yang tidak menyerap peluh dan bersaiz ketat. Ini kerana ia boleh menjadi punca kaki kamu berbau. Pastikan sebelum kamu menyarungnya ke kaki, stoking tersebut tidak lembab kerana stoking lembab boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan seperti bau hapak.

ELAK PAKAI KASUT SAMA:

HINDARKAN daripada memakai kasut tertutup yang sama dalam tempoh lama. Hal ini boleh menyebabkan kaki mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan akibat pembiakan bakteria. Selain itu, sesuaikan jenis kasut dengan kegiatan seharian kamu.

RAWATAN KAKI:

SEKALI sekala, apa kata manjakan kaki kamu dengan mengunjungi spa-spa kecantikan ataupun pusat rawatan

kesihatan dan kecantikan kaki. Dengan membayar perkhidmatan yang disediakan, mereka akan membersihkan kulit-kulit mati yang melekat di kaki kamu dan buat urutan refleksologi bagi melancarkan peredaran darah.

RAJIN BERSIH KAKI:

KETIKA mandi, pastikan kamu menggosok kaki serta celah-celah jari sehingga bersih dengan menggunakan sabun anti bakteria. Paling penting, kamu perlu mencuci kaki secara tetap dan teratur bagi menanggalkan

sisa-sisa sel kulit mati.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved