Sabtu, 29 Mac 2014

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kadar obesiti rakyat Malaysia semakin serius

Posted: 29 Mar 2014 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Mac - Kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.

Subramaniam.

Beliau berkata, pada 1996, kadarnya mencatat 44.4 peratus namun meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.

Katanya, peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam.

"Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.

"Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman," katanya ketika merasmikan Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2014 di sini hari ini.

Justeru, Dr Subramaniam berkata, rakyat perlu mengelak daripada makan secara berlebihan dan perlu kerap membuat senaman sebagai langkah utama mencegah masalah obesiti secara berkesan.

Beliau juga mencadangkan supaya orang ramai lebih kerap menggunakan tangga dan kurangkan penggunaan lif bagi mengurangkan kalori dalam badan mereka. - BERNAMA

Kerajaan akan terus perkasa usahawan belia

Posted: 29 Mar 2014 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memperkasakan golongan belia terutamanya yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Perdana Menteri berkata, jaminan berkenaan bukan hanya satu ungkapan yang bersifat retorik politik, tetapi sesuatu yang akan diterjemahkan menjadi dasar dan program baharu yang akan memajukan golongan usahawan muda.

Berucap pada majlis penutup Kongres Usahawan Muda Bumiputera di Menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini, beliau berkata, kerajaan mahu melahirkan usahawan yang berjaya secara jangka panjang melalui program pembangunan yang inklusif dan mapan.

"(Ini) bererti jika kita hendak membangunkan usahawan, dia mesti usahawan yang berjaya secara jangka panjang, bukan sekadar nak mendapatkan kontrak daripada kerajaan, lepas tu habis cerita.

"Apatah lagi kalau mereka ini tergolong dalam kategori rent-seekers atau mereka yang menerima komisen sahaja, ini bukan usahawan yang nak kita bangunkan...kita nak bangunkan usahawan yang berjaya dan pada akhirnya menjadi usahawan yang boleh kita banggakan," katanya.- BERNAMA

Pengguna mengeluh stesen minyak kehabisan diesel

Posted: 29 Mar 2014 01:15 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Mac - Pemilik kenderaan yang menggunakan minyak diesel mengeluh kerana kebanyakan stesen minyak di Lembah Klang kini kehabisan stok bahan api tersebut sejak beberapa hari lalu.

Keadaan itu menyebabkan pengguna terlibat menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan bahan api berkenaan.

Difahamkan masalah itu berlaku hampir setiap bulan apabila stesen minyak kehabisan kuota diesel subsidi mereka sebelum boleh mendapat bekalan baharu pada awal bulan yang berikutnya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved