Sabtu, 29 Mac 2014

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Catuan peringkat ke-4 dilaksana

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac - Pelan catuan air peringkat keempat yang melibatkan beberapa kawasan di Lembah Klang akan dilaksanakan mulai 4 April ini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dicapai hasil persetujuan melibatkan SPAN, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kerajaan negeri Selangor, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Keselamatan Negara dan semua operator dalam mesyuarat pada hari ini.

Katanya, tarikh dan kawasan yang terlibat dengan catuan itu akan dimaklumkan dalam sidang akhbar pada Selasa depan.

"Butiran terperinci mengenai jadual pengagihan air peringkat keempat itu akan dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam sidang akhbar tersebut," kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, SPAN memberitahu, berikutan paras air di tujuh empangan di Selangor yang masih rendah, pelan catuan ketiga yang sedang dilaksanakan ketika ini akan diteruskan sehingga 30 April.

Ujarnya, pelan catuan yang sepatutnya tamat pada 31 Mac ini melibatkan kira-kira 3.6 juta penduduk dan 722,032 kediaman di enam wilayah iaitu Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor.

Katanya, pelan catuan peringkat pertama yang bermula pada 27 Februari lalu dan melibatkan 60,185 rumah di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang turut diteruskan. Ia dilaksanakan ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi akibat kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.

Menurut kenyataan itu, Empangan Sungai Selangor yang merupakan empangan bekalan air terbesar di Selangor menerima hujan yang sedikit sejak dua bulan lalu berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Disebabkan jumlah hujan berkurangan sejak pertengahan Januari dan ditambah pula dengan peningkatan pengeluaran air terawat, paras air di semua empangan terus menyusut," jelasnya.

Katanya, sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor selaku pihak yang bertanggungjawab dalam mengawal selia sumber air negeri telah memutuskan untuk menambah pengurangan pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor kepada 1,000 juta liter sehari.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved