Sabtu, 29 Mac 2014

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pahang anjur tilawah kebangsaan

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIBLAN
Nahar.latib@utusan.com.my

Sultan Ahmad Shah diiringi oleh Adnan Yaakob (dua kanan) bersalaman dengan orang ramai semasa hadir pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kali Ke-57 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 29 Mac - Pahang akan menjadi tuan rumah majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-57 pada Mei ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, majlis tersebut akan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah selama lima hari bermula 13 Mei ini.

"Kita di peringkat kerajaan negeri akan berusaha menjadikan majlis ini sempurna dari segi persiapan dan sebagainya," katanya dalam majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini kelmarin.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan majlis tilawah al-Quran tersebut.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Sementara itu, Adnan berkata, beliau berbangga dengan pencapaian qari dan qariah Pahang yang bertanding di peringkat kebangsaan.

"Kalau dahulu Pahang bukan antara yang terbaik tetapi kini kita semakin menyerlah di peringkat kebangsaan dalam pertandingan ini," katanya.

Promosi ekopelancongan peringkat global dipergiat

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

TEMERLOH 29 Mac - Rangka kerja promosi di Berlin, Jerman selama lima hari baru-baru ini berjaya mengetengahkan keistimewaan negeri ini dan Malaysia amnya sebagai destinasi menarik kepada pengusaha pelancongan dunia yang berkumpul di bandar raya berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, dalam misi diketuai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu, ramai pengusaha antarabangsa memberi maklumbalas sangat baik kepada usaha kerajaan itu.

Berikutan itu, jelasnya, mereka memberi jaminan akan membantu untuk menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia melawat ke negara ini yang diakui mempunyai keunikan budaya di samping keindahan semula jadi yang memukau.

"Pada masa sama, promosi berasaskan ekopelancongan bagi negeri ini akan terus dipergiat ke peringkat global bagi menarik lebih ramai pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

"Promosi terancang itu akan memberi impak besar terhadap sasaran kerajaan negeri menarik kedatangan 10.5 juta pelancong dengan pendapatan RM7.5 bilion," katanya selepas mengunjungi bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Mentakab, Abdul Aziz Mohd Akil, 84, yang terlantar sakit tua di rumahnya di Kampung Tanjung Kerayong dekat sini, semalam.

Jelas beliau, tumpuan promosi selepas ini bukan sahaja di negara tradisi seperti Singapura, China, Indonesia dan Jepun tetapi melangkau jauh ke Eropah, Jerman dan negara Asia Barat.

Menurutnya, promosi pelancongan ke Singapura baru-baru ini disifatkan sangat berjaya kerana ramai yang menaruh minat untuk mengunjungi aset pelancongan istimewa di negeri ini.

"Promosi berterusan itu telah membuktikan arah aliran kehadiran pelancong Singapura dalam tempoh tiga bulan ini semakin meningkat.

"Antara faktor tarikan utama pelancong Singapura ke Pahang ialah kerana perbelanjaan yang murah, tarikan dari segi makanan serta banyak tempat pelancongan yang boleh dilawati.

"Kerajaan negeri optimis strategi promosi yang tersusun akan memberi pulangan yang berganda apabila dapat menarik pelancong asing menjadikan Pahang sebagai destinasi pelancongan mereka," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved