Selasa, 10 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Anak bekas KPN meninggal dunia terjatuh longkang

Posted: 09 Dec 2013 05:25 PM PST

SHAH ALAM 10 Dis. - Anak lelaki bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohd. Hanif Omar meninggal dunia selepas dilaporkan terjatuh ke dalam longkang di Jalan Catur 11/1C Seksyen 11 di sini pukul 6.25 pagi ini.

Ahmad Jamal Omar, 40, dikatakan mengalami kecederaan di kepala dan jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk bedah siasat. - UTUSAN ONLINE

Suspek tembak pegawai JAIP dikenal pasti

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Khalid Abu Bakar (kanan) beramah mesra dan mengucapkan tahniah kepada anggota polis bantuan yang menerima surat penghargaan dalam Persidangan Tahunan Polis Bantuan Malaysia di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 9 Dis. - Suspek yang menembak Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik pada awal November lalu telah dikenal pasti dan akan didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek adalah antara individu yang ditahan oleh polis sebelum ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti suspek berkenaan dan hanya menyatakan individu berkenaan bukan dalam kalangan dua yang ditahan baru-baru ini.

Khalid berkata, hasil ujian balistik turut mendapati pistol semi automatik yang ditemukan bersama seorang suspek yang ditangkap di Taman Setiawangsa pada 29 November lalu adalah senjata yang digunakan oleh penembak itu.

Setakat ini tangkapan terbaru belum ada dan operasi untuk memburu lapan lagi suspek sedang giat dijalankan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Tahunan Polis Bantuan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 10 November lalu, Ahmad Raffli maut akibat ditembak dari jarak dekat oleh seorang daripada tiga lelaki berjubah hitam dan berkopiah di hadap rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan.

Laporan media sebelum ini menyatakan, seorang suspek berusia 39 tahun yang ditahan sebelum ini dan merupakan bekas anggota polis dipercayai adalah penembak dalam kes tersebut.

Ditanya berhubung kes tiga beradik perempuan yang ditemui mati di tepi sawah dan terusan di Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, Kedah pada hujung bulan lalu, Khalid berkata, polis memerlukan masa untuk menyelesaikan kes tersebut kerana setakat ini belum ada saksi kejadian.

Meskipun hasil bedah siasat mendapati kesemua mangsa maut akibat lemas dan tidak ada sebarang kesan penderaan ditemui pada kesemua badan mangsa, polis meragui lokasi penemuan mereka.

Siasatan masih dijalankan dan pihak kami berharap supaya orang awam yang mengetahui tentang kejadian itu dapat tampil membantu siasatan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved