Sabtu, 6 Julai 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Graduan Aspire 2013 dijangka tarik 20,000 pengunjung

Posted: 06 Jul 2013 02:13 AM PDT

KUALA LUMPUR 6 Julai - Pameran kerjaya dan pasca ijazah, GRADUAN Aspire 2013, menjangka menarik lebih 20,000 pengunjung, peningkatan daripada 18,800 tahun lepas, berikutan penyertaan beberapa syarikat terkemuka.

Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan acara itu hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata, pameran itu menerima lebih 15,000 pendaftaran secara dalam talian setakat ini.

"Pameran dua hari itu yang bermula hari ini boleh memberi manfaat kepada tenaga kerja tempatan kita kerana ia berfungsi sebagai pemadan bagi syarikat dan pelajar universiti," katanya.

GRADUAN Aspire 2013 disokong oleh Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi serta Talent Corp Malaysia, dan antara syarikat terkemuka yang menyertainya termasuklah Maybank, Dell, Proton, UEM Group, PwC Malaysia dan Celcom Axiata.

Elia Talib, Pengarah Urusan penganjur acara GRADUAN berkata calon-calon terpilih akan diberi peluang menjadi pelatih kepada ketua pegawai eksekutif utama Malaysia dalam program GRADUAN Apprentice - Aspire 500 Conference" pertama negara.

"Calon yang disenarai pendek akan berdepan di pusingan penyingkiran, secara langsung semasa acara itu, dan mereka akan mempersembahkan ucapan mengapa mereka adalah pelatih yang ideal bagi setiap juri CEO kami," katanya.

Juri-juri CEO itu ialah CEO Primeworks Studios, Ahmad Izham Omar; Pengurus Negara Google Malaysia, Sajith Sivanandan; Rakan Kongsi Urusan PwC Malaysia, Sridharan Nair; CEO Tune Talk, Jason Jonathan Lo; dan CEO Celcom Axiata, Datuk Seri Shazalli Ramly. - BERNAMA

Taiping dijadikan bandar bersejarah

Posted: 06 Jul 2013 02:08 AM PDT

TAIPING 6 Julai - Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan bercadang menjadikan Taiping yang kaya dengan pelbagai produk pelancongan sebagai bandar bersejarah.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pihaknya akan berunding dengan kerajaan negeri berhubung perkara itu bagi memastikan khazanah pelancongan di Taiping, yang kini dikenali sebagai bandar warisan, terpelihara.

"Banyak bangunan dan tempat bersejarah di Taiping seperti stesen kereta api, Bukit Maxwell dan Kuala Sepetang. Saya bimbang sekiranya (bangunan bersejarah) diruntuh dan dibangunkan dengan pembangunan lain, maka akan hilang khazanah pelancongan di Taiping," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Muzium Taiping di sini hari ini sempena program Muzium Bersama Komuniti.

Mohamed Nazri mengadakan lawatan di Perak selama dua hari dan ia merupakan lawatan pertamanya ke negeri ini selepas dilantik sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Beliau berkata, produk pelancongan di daerah ini termasuk Muzium Taiping akan dinaik taraf sebagai ikon pelancongan bandar Taiping.

"Saya kagum dengan artifak-artifak yang terdapat di dalam muzium ini.

Sememangnya anak-anak sekolah mesti dibawa ke sini untuk melihat perkara yang sebenarnya wujud di negeri ini seperti permainan tradisional, makanan tradisi di Perak dan sebagainya," katanya.

Sehubungan itu, bagi menarik lebih ramai pelancong tempatan dan luar negara berkunjung ke muzium, beliau berkata penambahbaikan perlu dilakukan di tempat penyimpanan barang-barang bersejarah itu.

"Kementerian akan mengkaji semula bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan serta kos yang perlu diperuntukkan," jelasnya.

Program yang diserikan dengan persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, dikir barat dan pancaragam sekolah turut menempatkan 47 gerai pameran melibatkan produk pelancongan, kesihatan dan kraftangan. - BERNAMA

Peserta Kembara Queen Street tiba di JB

Posted: 06 Jul 2013 01:48 AM PDT

JOHOR BAHRU 6 Julai - Konvoi Kembara Queen Street sempena sambutan Ulang Tahun Utusan Melayu (M) Berhad ke-75 selamat tiba di Johor Bahru pada pukul 2 petang tadi.

Konvoi anjuran Kelab Kembara Bermotosikal Utusan Melayu (KKBUM) itu melibatkan 28 motosikal berkuasa besar dan empat buah kereta dan diiringi 7 pengiring daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu memulakan ekspedisi pada pukul 8.30 pagi tadi.

Konvoi berkenaan dilepaskan oleh Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi diberi penghormatan merasmikan KKBUM pada majlis pelepasan itu.

Konvoi tersebut dijangka akan memasuki Singapura pada pukul 7 pagi esok.

Antara atur cara termasuk menziarahi pusara pengasas Utusan Melayu, Yusuf Ishak yang juga Presiden pertama Singapura.

Peserta konvoi juga akan berjalan kaki ke lokasi penubuhan syarikat Utusan Melayu di Queen Street. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved