Rabu, 15 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Gegaran di pusat beli-belah

Posted:

Gegaran di pusat beli-belah

Gegaran di pusat beli-belah

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
melaka@utusan.com.my


Dua pegawai bomba meneliti tahap keselamatan bangunan Pertam, Taman Melaka Baru selepas bangunan itu mengalami gegaran, semalam.


MELAKA 14 Jun - Hampir 50 pengunjung dan pekerja sebuah pusat beli-belah dan bangunan kerajaan di sini, panik apabila merasai dua gegaran yang berlaku pukul 8.10 pagi dan 11 pagi hari ini.

Antara kawasan lain yang merasai gegaran itu adalah di Taman Melaka Baru, Bukit Katil dan Taman Melaka Raya.

Gegaran berpunca daripada dua gempa bumi bermagnitud 5.5 dan 5.6 skala Richter yang berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 dan 11.01 pagi.

Di Taman Melaka Baru, lebih 20 pekerja beberapa buah syarikat di bangunan Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (Pertam) kelam kabut apabila merasai empat gegaran di bangunan lapan tingkat itu.

Menurut Pegawai Khidmat Pelanggan TM, Norafiza Zainuldin, 22, dia bergegas keluar daripada bangunan itu setelah melihat beberapa pekerja di tingkat enam keluar setelah merasai gegaran keempat pada kira-kira pukul 11.27 pagi.

"Sebelum itu, saya yang bertugas di tingkat bawah turut berasa pening dan terhuyung-hayang dalam beberapa saat," ketika ditemui di sini, hari ini.

Tambahnya, setelah keluar dari bangunan itu, salah seorang pekerja syarikat lain di tingkat enam memaklumkan turut merasai tiga gegaran awal sebelum itu.

Turut merasai gegaran beberapa pengunjung di pusat beli-belah Melaka Mall di sini, pada pukul 8.10 pagi dan 11.27 pagi.

Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, R. Ezhumalai berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil dikejarkan ke Melaka Mall sementara dua buah jentera dari Balai Jalan Kubu bergegas ke Bangunan Pertam setelah menerima panggilan awam pada pukul 11.21 pagi.

"Bomba tidak menemui kesan retak yang baharu atau masalah pada sistem pendawaian elektrik di kedua-dua bangunan akibat gegaran itu, justeru ia selamat untuk digunakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pekerja tanpa permit ancaman kepada negara

Posted:

Pekerja tanpa permit ancaman kepada negara

Pekerja tanpa permit ancaman kepada negara

SEREMBAN 14 Jun - Majlis Keselamatan Negara (MKN) bimbang dengan kehadiran pendatang asing tanpa izin (PATI) yang dikesan oleh pihak berkuasa ketika rusuhan membabitkan pekerja asing di sebuah kilang di Nilai, baru-baru ini.

Setiausaha Keselamatan Negeri MKN, Datuk Suhaimi Mohd. Salleh (gambar) berkata, kehadiran PATI itu boleh memberi ancaman kepada keselamatan negara jika tidak dikawal dengan segera.

''Biarpun pada awalnya kita melihat ia sebagai isu jenayah kerana terbabit dengan rusuhan, tetapi selepas wujudnya elemen ketiadaan dokumen dan permit, ia juga membimbangkan kita.

''Isu PATI merupakan isu negara dan selagi mereka tidak mempunyai sebarang dokumen sah, maka ia merupakan ancaman kepada keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat media mengenai peranan dan tanggungjawab MKN di sini, hari ini.

Taklimat tersebut juga bertujuan memaklumkan fungsi MKN sebagai badan penyelaras gerak kerja berkaitan keselamatan negara.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan oleh polis dan Jabatan Imigresen ekoran kejadian rusuhan di Nilai itu minggu lalu, mereka telah menahan 14 pekerja terdiri daripada sembilan lelaki Vietnam, seorang wanita Vietnam, satu pasangan warga Bangladesh dan dua anak mereka kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Kata Suhaimi, pihaknya akan menerima laporan daripada agensi keselamatan pada mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negara Negeri yang akan dipengerusikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 4 Julai ini sebelum satu rumusan dibuat berhubung perkara itu.

Ditanya kawasan Nilai yang kini menjadi 'syurga' pekerja asing dan PATI, Suhaimi memberitahu, agensi keselamatan sentiasa melakukan pemeriksaan dan penangkapan terhadap mereka yang bersalah.

Mengenai pengurusan kilang yang menggajikan pekerja tanpa permit sah, beliau menegaskan, sewaktu mengambil pekerja asing mereka sudah maklum untuk mengikut apa juga peraturan yang ditetapkan Jabatan Imigresen.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang

Posted:

Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang

Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang


Dua anggota bomba memadamkan kebakaran dua buah rumah di Kampung Paroi, Seremban, malam kelmarin.


SEREMBAN 14 Jun - Dua buah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka yang terletak bersebelahan musnah dalam kebakaran di Kampung Paroi di sini, malam semalam.

Mangsa, Roslan Marduni, 49, berkata, ketika kejadian pukul 11.30 malam, dia bersama isteri dan tiga anaknya sedang tidur sebelum dikejutkan oleh jeritan saudaranya yang tinggal di rumah sebelah.

Roslan yang bekerja sebagai pemandu lori berkata, sejurus keluar, dia melihat rumah tersebut terbakar.

"Saya juga lihat beberapa anak saudara saya keluar menyelamatkan diri. Api yang marak itu kemudian merebak ke rumah saya.

"Saya sedih kerana tidak dapat menyelamatkan dokumen berharga dan pakaian yang dibeli untuk menyambut Aidilfitri," katanya ketika ditemui di sini, malam semalam.

Ujar Roslan, ketika kejadian, bapa saudaranya berusia 80 tahun tiada di rumah kerana bekerja sebagai pengawal keselamatan di daerah itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Jaafar Yusof berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan awam, pada pukul 11.30 malam.

"Sebanyak tiga jentera masing-masing dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dan satu dari Rahang dikerah memadam kebakaran dan jumlah kerugian dan punca sebenar kejadian masih disiasat," katanya.

Sementara itu, kerajaan negeri mengumumkan bantuan RM500 kepada setiap keluarga selain menyediakan penempatan sementara buat mereka di Flat Sri Perdana dekat sini.

Turut menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat adalah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Rembau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved