Rabu, 15 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Peniaga rugi 30-50% akibat NERS

Posted:

Peniaga rugi 30-50% akibat NERS

Peniaga rugi 30-50% akibat NERS

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 14 Jun - Pendapatan para peniaga di bandar raya ini yang kebanyakan pelanggannya rakyat Singapura, kini terjejas antara 30 hingga 50 peratus setelah Sistem Penguatkuasaan dan Pendaftaran Warga Asing (NERS) diperkenalkan sejak bulan ini.

Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Tiong Hua, Loh Liam Hiang berkata, antara pihak yang terjejas teruk adalah premis di kompleks beli-belah, restoran dan pusat-pusat hiburan.

"Perkembangan ini amat membimbangkan dan secara tidak langsung memberi kesan terhadap kegiatan ekonomi terutama di Johor Bahru yang banyak menerima manfaat hasil kunjungan rakyat Singapura.

"Sehubungan itu, kita minta kerajaan supaya mengkaji semula NERS bagi memastikan perhubungan, kegiatan ekonomi dan pelancongan dapat berjalan seperti sedia kala," katanya pada sidang akhbar di bangunan dewan perniagaan itu di sini, hari ini.

Turut hadir, wakil-wakil dari Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Johor, Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Pasar Lambak Bergerak Johor Bahru dan Persatuan Peniaga dan Penjaja Bandaraya Johor Bahru.

Pada 1 Jun lalu, kerajaan memperkenalkan NERS di semua pintu masuk ke negara ini dan penggunaan sistem tersebut menyebabkan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

Liam Hiang berkata, bagi mengatasi masalah itu pihaknya mencadangkan supaya memberi kelonggaran kepada rakyat Singapura untuk dikecualikan daripada menggunakan NERS seperti sebelum ini.

Selain itu, kata beliau, pihaknya juga mencadangkan Jabatan Imigresen menambah kakitangannya setiap hujung minggu, cuti am atau cuti sekolah bagi mempercepatkan urusan.

"Kita mahu rakyat Singapura merasakan sistem yang kita gunakan amat mesra dan tidak membebankan mereka. Sebelum ini ramai yang mengadu terkandas antara satu hingga enam jam di CIQ, termasuk kanak-kanak dan orang tua," ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Johor, David Pubalan berkata, NERS praktikal untuk pintu masuk lain tetapi tidak di Johor Bahru kerana sistem itu tidak sesuai dan menimbulkan masalah sampingan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pantau jualan ubat seks

Posted:

Pantau jualan ubat seks

Pantau jualan ubat seks


NG Ching Sea menunjukkan laporan polis terhadap MCA Cawagan Permas Jaya kerana merampas dan memusnahkan ubat seks milik warga China di Pejabat Utusan Malaysia Johor, Taman Pelangi, Johor, kelmarin.


JOHOR BAHRU 14 Jun - Jabatan Kesihatan negeri perlu memantau aktiviti penjualan ubat seks yang masih berleluasa di kedai-kedai kopi kawasan perumahan dan sekitar bandar raya ini.

Persatuan Pembeli Rumah Daerah Johor Bahru, Ng Ching Sea mendakwa, ini kerana ubat-ubat yang dijual itu tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

"Ubat-ubat seks tersebut iaitu krim dan pil untuk menambah tenaga ketika melakukan hubungan seks dijual oleh warga China dan sasarannya adalah lelaki 50 tahun ke atas.

"Sehubungan itu, kita minta pihak bertanggungjawab menahan dan merampas ubat-ubatan ini dan bukan mereka yang tidak punya kuasa melakukannya," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi Pejabat Utusan Malaysia cawangan Johor di sini, semalam.

Katanya, penjualan ubat-ubat tersebut perlu di hentikan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan atau memberi kesan sampingan kepada pengguna.

Menurutnya, ramai lelaki tempatan membeli ubat-ubat tersebut kerana teruja dengan penerangan penjualnya yang menyatakan dapat 'bertahan lama' ketika bersama.

Mengenai tindakan MCA Permas Jaya dekat sini, yang menahan seorang penjual warga China sebelum merampas dan memusnahkan ubat-ubat seks miliknya pada 31 Mei lalu, beliau berkata, tindakan tersebut tidak sewajarnya dilakukan.

Sepatutnya, kata beliau, pihak yang bertanggungjawab perlu bertindak sedemikian dan bukan MCA kerana parti politik tidak punya kuasa untuk melakukannya.

"Kita harap jangan ada pihak yang tidak punya kuasa bertindak menahan, merampas atau memusnahkan ubat-ubat seks itu, biarkan mereka yang berkenaan melakukannya," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved