Rabu, 15 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Dasar gaji minimum dilaksana

Posted:

Dasar gaji minimum dilaksana

Dasar gaji minimum dilaksana

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my


Najib Tun Razak menyampaikan cenderamata penghargaan kepada G. Rajasekaran sebagai menghargai jasa beliau sepanjang berkhidmat dengan MTUC selepas merasmikan portal aduan pekerja yang digerakkan oleh Pemuda UMNO pada Majlis Makan Malam sempena Hari Pekerja 2011 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya, Selangor, semalam.


SUBANG JAYA 14 Jun - Pelaksanaan gaji minimum untuk golongan pekerja berpendapatan rendah di negara ini dijangka dapat dibuat sebelum akhir tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Untuk itu, menurut Perdana Menteri, Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Negara akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

"Jika diluluskan, kita akan menubuhkan Majlis Konsultasi Gaji Negara dan diharap gaji minimum dapat dilaksanakan sebelum akhir 2011.

"Umpamanya soal umur persaraan, elaun sara hidup (COLA) dan pekerja asing, ini semua persoalan yang wajar diperhalusi secara mendalam agar keputusan nanti mendatangkan kebaikan kepada semua pihak," katanya.

Beliau berucap pada Majlis Makan Malam Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) sempena Hari Pekerja 2011 di sini malam ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, Presiden MTUC, Mohd. Khalid Atan dan Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda UMNO Malaysia, Nazir Hussin Akhtar Hussin..

Najib menambah, pihak pekerja, majikan dan kerajaan di negara ini perlu bekerja sebagai satu pasukan dan mengelakkan perbalahan terbuka sesama sendiri seperti yang kerap berlaku dalam era 60-an dan 70-an dahulu.

Katanya, ini bagi memastikan setiap permasalahan dapat diselesaikan dengan bijak seterusnya memastikan Malaysia berjaya mencapai wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020.

"Ini untuk melihat ketiga-tiga pihak ini sebagai satu pasukan dalam erti kata dapat bergabung, jalin dalam satu perkongsian dan apabila saya sebut perkongsian, tidak bererti kita tidak boleh mempunyai perbezaan pendapat," jelasnya.

Sementara itu, Mohd. Khalid dalam ucapannya berkata, kehadiran Najib pada majlis itu adalah penghargaan terbesar kepada MTUC kerana julung-julung kalinya ia dihadiri oleh seorang Perdana Menteri sejak MTUC ditubuhkan.

Pada majlis itu, Najib turut melancarkan Portal Aduan Pekerja yang digerakkan oleh Pemuda UMNO dengan kerjasama MTUC.

Perdana Menteri juga menyampaikan Anugerah Jasamu Dikenang kepada bekas Setiausaha Agung MTUC, G. Rajasekaran atas sumbangannya kepada kongres tersebut selama ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sediakan tapak Rumah Mampu Milik

Posted:

Sediakan tapak Rumah Mampu Milik

Sediakan tapak Rumah Mampu Milik

PUTRAJAYA 14 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan negeri menyediakan tanah di kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti untuk menjayakan Program Rumah Mampu Milik berharga RM220,000 ke bawah yang akan dilancarkan kerajaan bulan depan.

Permintaan itu dibangkitkan Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-112 di Bangunan Perdana Putra di sini pagi ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Perdana Menteri mahu semua negeri mengenal pasti kawasan sesuai di semua daerah untuk menyegerakan rancangan yang akan membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

"Bagi kerajaan negeri Melaka, kita komited untuk membina rumah yang berharga RM200,000 ke bawah dan sebagai menyahut permintaan Perdana Menteri itu kita sudah kenal pasti beberapa daerah untuk tapak Program Rumah Mampu Milik tersebut.

"Cuma kita perlu berurusan dengan pemilik tanah sebelum diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mesyuarat selama hampir tiga jam bermula pukul 9 pagi itu dihadiri beberapa menteri kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Program Rumah Mampu Milik diperkenalkan selepas kerajaan mengambil kira keluhan orang ramai termasuk di laman-laman sosial bahawa amat sukar untuk mendapatkan rumah di bawah lingkungan RM220,000 terutamanya di Lembah Klang.

Program berkenaan yang kemudiannya diperluaskan secara besar-besaran ke seluruh negara itu akan dilaksanakan melalui kerjasama pihak swasta bagi menawarkan harga rumah yang lebih berpatutan kepada golongan berkenaan.

Mohd. Ali berkata, mesyuarat yang berakhir pukul 12.30 tengah hari itu turut membincangkan mengenai isu-isu berbangkit antaranya berkenaan Dasar Tenaga Boleh Diperbaharui dan keadaan infrastruktur di negeri-negeri.

Dalam hal ini, beliau sendiri telah membangkitkan kepada mesyuarat mengenai kesesakan teruk yang berlaku setiap kali tiba musim cuti sekolah berikutan lebih 30,000 kenderaan memasuki Melaka terutama di Plaza Tol Ayer Keroh.

"Saya meminta supaya Jalan Tun Razak di Air Keroh dinaiktaraf. Demikian juga jalan di Semabok serta jajaran dari Ujong Pasir, selepas Melaka Raya-Tanjung Keling-Masjid Tanah-Linggi-Port Dickson dengan menambah kepada empat lorong," katanya.

Beliau juga membangkitkan mengenai keperluan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyegerakan kelulusan projek Melaka Tram bernilai RM272 juta.

Kata beliau, Koridor Melaka Tram yang telah mendapat persetujuan Kementerian Pengangkutan dari segi teknikal akan dilaksanakan dari depot bersebelahan Plaza Tol Ayer Keroh ke bandar warisan Melaka meliputi jarak 40 kilometer dengan melalui 11 daripada 14 kawasan tarikan pelancong.

"Trem ialah pengangkutan rel yang lebih ringan daripada kereta api dan berbeza daripada bentuk lokomotif lain memandangkan trek dibina di atas jalan raya.

"Ia dapat menangani kesesakan di Plaza Tol Ayer Keroh sepanjang lima kilometer yang dilitupi banyak lampu isyarat dari pagi hingga petang pada setiap kali musim cuti sekolah dan cuti umum," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhimpunan Bersih terus dibantah

Posted:

Perhimpunan Bersih terus dibantah

Perhimpunan Bersih terus dibantah

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@uusan.com.my

  • Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini mencetuskan kemarahan orang ramai apabila 350 laporan polis dibuat oleh NGO, parti politik, persatuan dan individu di seluruh negara sejak seminggu lalu sehingga semalam.
  • Rata-rata peniaga, pemandu teksi dan masyarakat kesal sekiranya perhimpunan itu tetap diteruskan dan berharap pihak berkuasa bertindak menghalangnya daripada berlaku.
  • Sementara itu peniaga, penjaja dan pemandu teksi dinasihat melantik peguam untuk menyaman Bersih bagi menuntut bayaran ganti rugi berikutan pendapatan terjejas semasa perhimpunan itu.
  • KUALA LUMPUR 14 Jun - Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kali kedua yang dirancang pada 9 Julai ini mengundang rasa marah orang ramai apabila 350 laporan polis telah dibuat di seluruh negara sejak seminggu lalu sehingga setakat hari ini.

    Sumber berkata, kesemua laporan polis itu dibuat pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik, persatuan dan individu.

    Difahamkan, berikutan laporan polis yang terlalu banyak itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dijangka mengadakan sidang akhbar esok bagi memberi penjelasan.

    "Pengadu-pengadu membuat laporan kerana tidak bersetuju dengan perhimpunan itu kerana ia akan hanya mengundang masalah," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

    Melihat trend itu, menurutnya lagi, jumlah laporan polis berkenaan dijangka akan berterusan sehingga tarikh perhimpunan tersebut.

    Perhimpunan Bersih yang pernah diadakan pada 2007 itu dilakukan atas dasar politik dengan didalangi pemimpin politik pembangkang tertentu.

    Dalam perhimpunan Bersih itu, sentimen membenci kerajaan yang dibawa penganjur telah menimbulkan kekecohan sehingga menjejaskan ekonomi, pelancongan dan cuti hari minggu warga kota.

    Lantaran itu, pelbagai pihak tampil membuat laporan polis bagi menghalang perhimpunan berkenaan dilakukan untuk kali kedua.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
    Kredit: www.utusan.com.my

    0 ulasan:

    Catat Ulasan

     

    Akhbar Utusan Malaysia

    Copyright 2010 All Rights Reserved