Selasa, 14 Jun 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pas tolak kerjasama UMNO

Posted:

Pas tolak kerjasama UMNO

Pas tolak kerjasama UMNO

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my



ALOR SETAR 14 Jun - Pas tidak akan menyambut cadangan kerjasama yang dihulurkan oleh UMNO pada masa ini walaupun atas nama penyatuan Melayu kerana telah serik dengan sejarah silam.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (gambar) berkata, UMNO hanya menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan Pas apabila mereka berasa tersepit seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1969.

Bagaimanapun, katanya, selepas itu Pas ditendang keluar oleh UMNO apabila parti itu kembali kuat dan pulih.

"Sekarang apabila UMNO kembali lemah, mungkin akan kehilangan Putrajaya, sekali lagi dia menghulurkan tangan, marilah kita bersatu," katanya ketika berceramah sempena pelancaran perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kompleks Pas Kedah di sini, malam tadi.

Pada ceramah sulungnya di negeri ini sebagai orang nombor dua Pas, Mohamad turut menggunakan pentas tersebut untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang didakwa menjadi punca kepada pelbagai masalah dihadapi oleh rakyat negara ini.

Beliau yang sering menggunakan bahasa kasar ketika berucap bagi menarik perhatian hadirin mendakwa, UMNO yang menyebabkan orang Melayu semakin hilang kuasa apabila melakukan persempadanan semula menjelang PRU pada 2004.

Mengenai perhimpunan Bersih yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Julai ini, Mohamad mendakwa, perhimpunan itu tidak akan menimbulkan kekacauan atau menyebabkan kerosakan harta benda kerana ia akan diadakan secara aman.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ummi Hafilda mahu Anwar bersihkan imejnya dahulu

Posted:

Ummi Hafilda mahu Anwar bersihkan imejnya dahulu

Ummi Hafilda mahu Anwar bersihkan imejnya dahulu

MELAKA 14 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta membersihkan dahulu imejnya daripada pelbagai isu moral yang sedang dihadapi sebelum berhajat mengetuai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini.

Saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali berkata, tiada gunanya Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan tersebut sedangkan isu moral beliau terus diperkatakan.

"Apa yang dia hendak bersih? Bersihkan dulu isu video seksnya dikatakan membabitkan beliau sama ada bersumpah laknat atau lakukan sesuatu yang sepatutnya.

"Tak payah nak heret rakyat dengan perhimpunan itu. Sepatutnya dia bantu kerajaan bagaimana mahu mengekalkan keharmonian yang dikecapi selama ini,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengiringi 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membuat laporan membantah perhimpunan Bersih di Balai Polis Melaka Tengah di sini hari ini.

Antara NGO terlibat ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Persatuan Gerak Insan Seni dan Sekretariat Pemikir dan Perpaduan Melayu.

Adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali itu menambah, tindakan mengadakan perhimpunan tersebut bertujuan memalukan negara.

Katanya, Malaysia bukan seperti Mesir yang kerajaannya digulingkan kerana penyalahgunaan kuasa dan kezaliman.

"Ini sebab Anwar yang berdosa, dia tanggung sendirilah di mahkamah. Kenapa mahu heret dan alihkan perhatian kepada isu Bersih, bagi saya ia tidak adil dan Anwar perlu bersihkan diri dia dulu," katanya.

Ummi Hafilda juga pada masa yang sama merayu kepada Majlis Raja-Raja Melayu menarik balik gelaran 'Datuk Seri' yang diberi kepada Anwar kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu adalah bekas banduan selain terbabit dalam pelbagai isu moral.

"Saya minta gelaran Datuk Seri kepadanya ditarik balik kerana saya tahu macam mana perancangan Anwar jika dia dapat merampas kerajaan. Abang saya, Azmin juga bersekongkol dengannya untuk menghapuskan sistem beraja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved