Selasa, 14 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


SA lahirkan generasi bertakwa

Posted:

SA lahirkan generasi bertakwa

SA lahirkan generasi bertakwa

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

PONTIAN 13 Jun – Sistem pendidikan Sekolah Agama (SA) di negeri ini yang diasaskan pada 1895 diyakini akan terus memainkan peranan penting melahirkan generasi muda Islam bertakwa dan berilmu pada masa depan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Elias Hasran berkata, kini terdapat 205,000 murid mengikuti pendidikan di SA dari darjah 1 hingga 6 serta Darjah Khas yang melibatkan 552 buah sekolah.

"Sekolah agama akan terus menjadi benteng kepada generasi muda Islam walaupun sejauh mana mereka pergi menuntut ilmu, mereka telah ditanam asas yang kukuh dengan didikan agama.

"Peranan dan serta sokongan daripada ibu bapa telah membantu menjayakan pendidikan agama dengan kesanggupan mereka menghantar anak-anak mereka setiap hari," katanya pada Majlis Konvokesyen ke-6, Sijil Darjah Khas sekolah-sekolah daerah Pontian, di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 400 murid menerima sijil masing-masing dan daripada jumlah itu, tiga orang dipilih sebagai pelajar terbaik iaitu Syafika Nabila Ibrahim yang memperoleh 9A, Intan Shakila Mohamad Ilham dan Nur Hanani Shafii yang masing-masing mendapat 8A.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Agama Daerah Pontian, Kamaruddin Komeng.

Elias berkata, pihaknya gembira kerana sekolah agama masih mendapat tempat dan keutamaan oleh ibu bapa walaupun kadangkala bersaing dengan aktiviti ko-kurikulum di sekolah harian biasa.

"Dalam tempoh dua tahun ini, kerajaan negeri dijangka membina 120 buah sekolah agama baru bagi menampung keperluan yang semakin meningkat setiap tahun termasuk di taman-taman perumahan," katanya.

Menurutnya, lulusan sekolah agama dari negeri itu juga berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk ke institusi pengajian tinggi luar negeri yang menawarkan pelbagai bidang pengajian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jalan rosak sukarkan nelayan

Posted:

Jalan rosak sukarkan nelayan

Jalan rosak sukarkan nelayan


Beginilah keadaan jalan yang rosak teruk di kampung Bagan Laut Batu Pahat, Johor.


BATU PAHAT 13 Jun - Nelayan di jeti Bagan Laut, Rengit dekat sini bukan saja berdepan masalah projek pintu air terbengkalai malah turut terpaksa meredah jalan keluar masuk yang menyedihkan.

Jalan sepanjang 4.5 kilometer yang dahulunya diturap dengan kos RM260,000 kini mengalami kerosakan teruk akibat menjadi laluan lori yang membawa muatan berat semasa kerja-kerja pembinaan pintu air tersebut.

Seorang penduduk Kampung Bagan Laut, Mohammad Samad, 65, berkata, keadaan jalan rosak dan berlubang itu merbahaya kepada pengguna khususnya penunggang motosikal.

"Jalan ini hanya boleh dilalui oleh kenderaan dengan berat lima tan untuk mengangkut hasil sawit, kebun dan tangkapan ikan tetapi kini kami terpaksa melalui jalan yang berlubang dan pecah di sana-sini," katanya semasa ditemui baru-baru ini.

Baru-baru ini Utusan Malaysia turut melaporkan mengenai projek Pintu Air Bagan Laut bernilai RM1.6 juta yang terbengkalai sehingga menyebabkan lebih 30 nelayan di kawasan sekitar hilang mata pencarian ekoran kawasan sungai menjadi cetek dan berlumpur.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit, Ayub Jamil, setelah diteliti, kos untuk membaiki jalan yang rosak teruk itu memerlukan hampir setengah juta ringgit.

Katanya, masalah jalan tersebut menyukarkan kehidupan penduduk kerana ia menjadi laluan utama mereka setiap hari.

"Kesan projek pintu air Bagan Laut bernilai RM1.6 juta ini juga mendatangkan keresahan penduduk yang menanam sawit dan hasil kebun lain kerana kebun mereka sering dinaiki air sekiranya berlaku air pasang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved