Selasa, 14 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


PM umum pelaburan RM2.27b

Posted:

PM umum pelaburan RM2.27b

PM umum pelaburan RM2.27b

Oleh AINUL ASNIERA AHSAN
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak (belakang, empat kanan) bergambar bersama ketua-ketua syarikat dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) selepas pengumuman pencapaian ETP di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di Kuala Lumpur, semalami. Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (belakang, empat kiri) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala (belakang, tiga kanan). – Bernama


KUALA LUMPUR 13 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan sembilan lagi inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.

Pelaburan itu memberi impak kepada pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak RM18.67 bilion dan mewujudkan 36,595 pekerjaan menjelang 2020.

Perdana Menteri baru-baru ini mengumumkan enam projek ETP membabitkan pembinaan loji penapisan dan pembangunan bersepadu petrokimia (RAPID) berjumlah RM60 bilion.

Gabungan kesemua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan GNI sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan baharu.

Najib berkata, secara terkumpul ETP kini mencatatkan pelaburan berjumlah RM170.28 bilion, GNI RM220.15 bilion dan 362,396 pekerjaan baharu.

''Jumlah pelaburan ini adalah terbesar dalam sejarah (pelaburan) direkodkan bagi jangka pendek,'' katanya ketika mengumumkan kemajuan projek ETP kali keenam di sini hari ini.

Sembilan inisiatif baharu itu melibatkan projek Bandar Pendidikan Perubatan Perdana seluas 64 hektar di Bandar Springhill, Port Dickson oleh Kumpulan UCSI, syarikat induk universiti UCS.

Najib berkata, inisiatif itu juga menyaksikan pembabitan SEGI Education Group dengan lapan buah pembekal latihan Pusat Latihan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (ECCE) bagi pembinaan pusat latihan ECCE di kawasan Greater Kuala Lumpur dan di seluruh negara.

Di bawah bidang kesihatan, Sime Darby Healthcare Group akan memajukan dua hospital pakar, Sime Darby Medical Centre Ara Damansara (SDMC AD) dan Sime Darby Medical Centre Park City, masing-masing melibatkan pelaburan sebanyak RM240 juta dan RM40 juta.

Selain itu, Biocon juga melabur dalam pembinaan kemudahan di BioXcell, sebuah taman dan persekitaran bio-teknologi di Iskandar Malaysia.

Perdana Menteri berkata, di bawah bidang pertanian, JEFI Aquatech Resouces Sdn. Bhd. akan menjadikan Malaysia sebagai pengeluar udang terbesar bagi pasaran halal dan antarabangsa .

Katanya, Yanming Resources Sdn. Bhd. pula sedang melabur RM5 juta meningkatkan pengeluaran sarang burung sedia dimakan.

Najib berkata, VADS Bhd. dan Cisco telah memeterai persetujuan membina infrastruktur Telepresence Exchange pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan perhubungan video selenggara kepada sektor awam dan swasta di Malaysia dan negara-negara serantau.

Katanya, Kementerian Pelancongan akan memperkenalkan 1Malaysia Jualan Bersepadu buat kali pertama mulai 15 Jun ini hingga 31 Ogos 2011 dengan menyatukan jualan murah terbesar tiga kali setahun kepada satu jualan besar diselaraskan.

Beliau berkata, Konsortium Rangkaian Serantau Sdn. Bhd. dianggotai 24 buah syarikat sedang mendapatkan harga borong lebih rendah bagi bekalan jalur lebar tempatan dan antarabangsa.

Perdana Menteri berkata, inisiatif baharu juga membabitkan Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SMKM) bersama-sama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mengadakan sistem pemantauan penghantaran sarang burung 'swiflet' ke seluruh dunia.

Katanya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan menerajui program Pencapaian Kestabilan melalui Kecekapan Tenaga (SAVE) bagi meningkatkan kecekapan tenaga di Malaysia melalui lima daya usaha.

Najib berkata, peningkatan penggunaan peralatan cekap tenaga dibuat dengan menyediakan rebat bagi penghawa dingin dan peti sejuk mulai Julai ini. Katanya, di bawah ETP, Bureau Veritas, peneraju khidmat keakuran membeli Scientige Sdn. Bhd. untuk mengukuhkan keupayaannya.

Perdana Menteri berkata, di bawah perkhidmatan perniagaan AMD merasmikan pusat terbaharunya di Cyberjaya melibatkan pelaburan RM500 juta untuk menyokong perniagaan di seluruh dunia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dialog tangani isu kaum, agama

Posted:

Dialog tangani isu kaum, agama

Dialog tangani isu kaum, agama

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
dan MOHD. ZAAIN MD. ZIN
pengarang@utusan.com.my

KUCHING 13 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin dialog merupakan pendekatan yang paling sesuai dalam menangani isu sensitif berkaitan kaum dan agama bagi mewujudkan suasana harmoni di negara ini.

Perdana Menteri menegaskan, dialog itu bagaimanapun mesti berasaskan keikhlasan dan kematangan bagi mencapai persefahaman.

"Saya melihat dalam konteks hubungan antara agama, sekiranya dialog ini didukungi dan disantuni oleh tokoh agama masing-masing, ia pasti akan melahirkan impak positif yang berganda kepada rakyat," katanya ketika berucap merasmikan Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-54 bertemakan 1Malaysia 1Ummah di Dewan Majlis Islam Sarawak malam ini.

Hadir sama Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk tilawah, Datuk Ir. Daud Abdul Rahman.

Seramai 29 qari dan qariah akan memperdengarkan bacaan masing-masing pada tilawah selama lima hari itu.

Najib berkata, harga sebuah keamanan adalah terlalu tinggi nilainya, oleh itu kerajaan sentiasa memantau dan memelihara sensitiviti rakyat terhadap isu agama yang dicetuskan oleh pihak tertentu yang sengaja mencurah minyak ke dalam api.

Perdana Menteri juga mengingatkan supaya pemupukan sikap toleransi dan penerimaan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini perlu terus diperkasakan.

Tegasnya, menyentuh dan mempolemikkan perkara-perkara sensitif dalam hubungan kaum dan agama perlu dielak manakala kontrak sosial, latar belakang sejarah dan Perlembagaan negara harus dijadikan kerangka perpaduan.

"Kepimpinan awal negara telah merintis jalan dengan penuh kebijaksanaan menerusi penerapan konsep wasatiyyah (kesederhanaan) dalam mengurus tadbir negara ini.

"Melalui Perlembagaan Persekutuan amat jelas asas kesederhanaan ini telah digariskan dan gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan pula menjadi pengukuh kepada konsep kesederhanaan dan keseimbangan yang disebutkan sebelum ini," katanya.

Jelas Perdana Menteri, gagasan 1Malaysia jika diteliti menggunakan minda yang terbuka adalah manifestasi konsep 1Ummah yang dituntut oleh Islam.

"Pembinaan kota Madinah oleh Rasulullah mengutamakan kesatuan rakyat dengan menghormati kepelbagaian agama dan bangsa yang wujud ketika itu. Piagam Madinah pula secara tuntas mendasarkan soal hak dan tanggungjawab penduduk kota itu tanpa mengira kabilah dan agama.

"Maka dalam konteks negara ini, kita mesti mengadaptasi kebijaksanaan nabawi ini melalui gagasan 1Malaysia dalam mewujudkan satu sistem nilai, toleransi dan budaya hidup setiap rakyat Malaysia tanpa mengira ras, bahasa dan agama," katanya.

Beliau berkata kerajaan tidak meminggirkan agenda pembangunan Islam dalam usaha menjadi negara berpendapatan tinggi, malah kerajaan mengiktiraf sepenuhnya peranan golongan agama dalam memacu negara menuju Wawasan 2020.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mungkin digugurkan jawatan

Posted:

Mungkin digugurkan jawatan

Mungkin digugurkan jawatan

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 13 Jun – Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali mungkin digugurkan daripada jawatan Exco kerajaan negeri ekoran langkah Jawatankuasa Pas Pusat menggugurkan namanya daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohd. Satim Diman berkata, kebiasaannya, dalam amalan politik, jawatan Exco diberikan kepada pemimpin yang mengetuai sesebuah parti yang mentadbir kerajaan negeri.

''Hari ini yang membentuk kerajaan negeri adalah gabungan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas jadi pelantikan Hasan sebelum ini sebagai Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri atas kapasitinya sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.

''Dengan perubahan itu, saya yakin, Hasan bakal disingkirkan bagi memberi laluan kepada Pesuruhjaya Pas negeri yang baru," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa Pas Pusat semalam menggugurkan Hasan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas Selangor dan digantikan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Dr. Abdul Rani Osman.

Keputusan yang diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu turut melibatkan perubahan kepimpinan empat negeri lain iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Sabah termasuk Terengganu yang menyaksikan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Abdul Wahid Endut dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas negeri itu menggantikan Datuk Harun Taib.

Mohd. Satim yang juga ADUN Seri Serdang berkata, pihaknya menganggap Hasan bukannya digugurkan sebaliknya dipecat sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

''Penyingkiran Hasan kerana beliau dianggap sebagai liabiliti kepada hubungan di antara parti itu dengan PKR dan DAP di Selangor.

''Lebih-lebih lagi apabila Hasan dikaitkan sebagai pemimpin Pas yang menyokong kerajaan perpaduan," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pucuk pimpinan Pas sebenarnya hilang keyakinan terhadap Hasan ekoran tindakannya sering dilihat tidak selari dengan pendirian Pas Pusat termasuk sekutu mereka, PKR dan DAP melibatkan isu-isu tertentu pentadbiran negeri ini.

''Hasan pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini apabila membuat kenyataan bercanggah dengan PKR dan DAP dalam isu penjualan arak, pusat hiburan, rumah urut dan sebagainya yang dikatakan semakin berleluasa di Selangor.

''Beliau juga dikatakan tidak menyokong tindakan kerajaan negeri membantah pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang pada masa itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved