Selasa, 14 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Menara berkembar di KT

Posted:

Menara berkembar di KT

Menara berkembar di KT

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 13 Jun - Kerajaan negeri pada dasarnya bersetuju untuk membina menara berkembar setinggi 30 tingkat di kawasan zon strategik seluas 16.2 hektar di bandar raya ini.

Menara berkembar itu bakal menempatkan Yayasan Terengganu (YT), Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) di bawah satu bumbung.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah (gambar) berkata, Menara Yayasan akan dibina bersebelahan Menara Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dekat Kampung Tanjung di sini.

Ketika mengesahkan perkara itu, beliau memberitahu, Menara Yayasan akan dibina di bawah peruntukan kerajaan negeri dan dijangka dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) nanti.

Beliau memberitahu, apabila siap kelak, ketiga-tiga yayasan berkenaan akan diletakkan di bawah satu bumbung manakala tiga bangunan yayasan sedia ada akan digunakan untuk fungsi lain.

''Jadi Terengganu juga akan ada menara berkembar nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pelan Strategik YT 2011-2015 di Bangunan YT di sini hari ini.

Turut diadakan, majlis penyampaian Sijil 5S YT dan majlis penyerahan Dokumen Persetujuan Bersama Jadual Pelupusan Rekod Fungsian YT Dengan Arkib Negara.

Hadir sama, Ketua Pengarah Arkib Negara, Dr. Samsiah Muhamad dan Pengarah YT, Aziz Mamat.

Mazlan menjelaskan, buat masa ini, kos Menara Yayasan yang bakal dibina itu belum diketahui, namun mengikut perancangan, tempoh pembinaan projek itu dijangka mengambil masa tiga tahun untuk siap.

"Kerajaan negeri bersetuju untuk bina dua menara iaitu Menara MBKT dan Menara Yayasan. Bagi projek Menara MBKT, ia sedang dalam proses penyediaan pelan," ujarnya.

Projek Menara MBKT yang akan mula dibina akhir tahun ini dijangka menelan belanja kira-kira RM80 juta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

300 bot nelayan Vietnam diperiksa

Posted:

300 bot nelayan Vietnam diperiksa

300 bot nelayan Vietnam diperiksa


Mohd. Mokhtar Mahamud (dua dari kiri) memeriksa bot nelayan semasa operasi pemeriksaan bot pukat tunda di Jeti LKIM Chendering, semalam.


KUALA TERENGGANU 13 Jun - Jabatan Perikanan akan melakukan pemeriksaan ke atas 300 buah bot nelayan pukat tunda jenis C-2 dan C Vietnam yang beroperasi di jeti-jeti di seluruh negara.

Pemeriksaan bermula hari ini dan dijangka berakhir 17 Jun ini yang turut membabitkan jeti Cendering di sini; jeti Kuantan, jeti Tanjung Manis, Sarawak dan jeti Tok bali, Kelantan.

Ketua Bahagian Operasi Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan, Mohd. Mokhtar Mahamud berkata, di samping pemeriksaan ke atas bot jenis itu, nelayan warga Vietnam yang menggunakan bot itu juga akan diperiksa.

"Pemeriksaan akan tertumpu kepada usaha mengesan penyalahgunaan subsidi diesel, pengubahsuaian yang dilarang, selain pencabulan lesen menangkap ikan," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita sejurus selepas melancarkan operasi pemeriksaan di Jeti Chendering dekat sini hari ini. Sebanyak 41 buah bot diperiksa dalam operasi itu.

Menurutnya, bot pukat tunda jenis C-2 dan C buatan Vietnam itu dimiliki syarikat-syarikat tempatan yang kemudian telah mengupah nelayan Vietnam menjalankan operasi harian menangkap ikan.

Katanya, operasi pemeriksaan itu adalah arahan pihak atasan Jabatan Perikanan selain Kementerian Pertanian Industri Asas Tani berikutan bantahan kumpulan nelayan tempatan di Jeti Kuantan tempoh hari.

Sabtu lalu, kira-kira 100 nelayan melancarkan mogok di kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Kuantan bagi membantah kenaikan subsidi harga diesel kepada RM1.80 awal bulan ini.

Mohd. Mokhtar berkata, laporan hasil pemeriksaan itu akan diserahkan kepada panel khas Jabatan Perikanan untuk tindakan lanjut.

"Sebarang salah laku akan menyebabkan lesen menangkap ikan digantung atau ditamatkan di bawah Akta Perikanan 1985," tegasnya.

Beliau juga menegaskan, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana syarikat tempatan yang enggan memberi kerjasama dalam tempoh operasi itu dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penuntut luar negara didedah adat perkahwinan Melayu

Posted:

Penuntut luar negara didedah adat perkahwinan Melayu

Penuntut luar negara didedah adat perkahwinan Melayu

KOTA BHARU 13 Jun - Sekumpulan 20 pensyarah dan penuntut luar negara dari Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini didedahkan dengan adat perkahwinan Melayu semasa menyertai program inap desa Kampung Pak Rahmat di sini, semalam.

Pada majlis itu, Sawash Muhamad, 31, dari Iraq disandingkan secara olok-olok dengan Shamsinar Ahmad, 25, dari Kedah.

Program anjuran Jabatan Pelancongan dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kelantan itu untuk meraikan kesemua mereka yang berasal dari Arab Saudi, Pakistan, Jordan, Iraq, Indonesia dan Filipina.

Sawash ketika ditemui pada program tersebut berkata, pengalaman itu amat bermakna untuk diceritakan kepada rakan-rakan dan ahli keluarganya apabila pulang ke Iraq nanti.

"Saya tidak menyangka akan dipilih sebagai pengantin lelaki dan saya menerimanya kerana ia adalah satu upacara yang seronok dan banyak yang boleh dipelajari daripadanya.

"Adat perkahwinan di sini tidak sama dengan di Iraq, malah menurut adat Melayu setiap pasangan yang berkahwin dilayan seperti raja pada hari persandingan mereka," katanya.

Penuntut sarjana dari Jordan, Rafi Mahmood, 30, berkata, kesempatan menyertai program tersebut digunakan sepenuhnya untuk mendalami adat perkahwinan masyarakat Melayu di negara ini.

Katanya, penglibatan masyarakat tempatan turut menjadikan program tersebut lebih meriah malah dia sendiri dapat mencari ramai kenalan baru.

"Saya lihat banyak perkara yang dilakukan dalam istiadat perkahwinan masyarakat Melayu ada persamaan dengan apa yang dilakukan di negara saya.

"Cuma di Jordan, ia selalunya berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula hari Rabu dan pasangan pengantin hanya dapat berehat pada hari Sabtu," ujarnya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved