Selasa, 14 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Mohon RM1.5j naik taraf landasan

Posted:

Mohon RM1.5j naik taraf landasan

Mohon RM1.5j naik taraf landasan

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my


Orang ramai menyaksikan pertunjukan pesawat akrobatik pada Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai, Jasin, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 13 Jun - Peruntukan sebanyak RM1.5 juta daripada Kementerian Belia dan Sukan amat diperlukan bagi menaik taraf landasan di Kampung Tasek, Sungai Rambai, dekat sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman berkata, peruntukan itu telah dipohon sejak dua tahun lalu namun, sehingga kini ia tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak kementerian.

Menurutnya, peruntukan tersebut amat diperlukan bagi memanjangkan landasan untuk memudahkan pesawat dua enjin seperti Fokker mendarat di situ.

''Selain itu, peruntukan tersebut diperlukan bagi pemasangan lampu untuk memudahkan aktiviti udara pada sebelah malam dapat dijalankan di samping beberapa kemudahan asas dapat dibina," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Hasan, kini landasan di Kampung Tasek digunakan untuk aktiviti rekreasi berkaitan sukan udara dengan melatih golongan belia mengemudi Microlight.

''Saya amat berharap agar kementerian dapat meluluskan segera peruntukan RM1.5 juta yang dipohon bagi menaik taraf landasan di Kampung Tasek," ujarnya.

Lebih penting, kata beliau, apabila landasan Sungai Rambai dapat dinaik taraf ia akan dapat menarik minat lebih banyak penyertaan pada Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai 2013 nanti.

Katanya, karnival edisi ketiga yang berakhir Ahad lalu berjaya menghimpunkan 17 pesawat jenis Eagle, Christian Eagle, Piper, Extra 300L, CH701, Cesna, Paramotor dan pesawat kawalan radio.

''Karnival tersebut mencuri perhatian kira-kira 2,000 pengunjung yang menyaksikan aksi ngeri pertunjukkan aerobatik dari juruterbang dari Hungary, Les Vorossmarthy," ujarnya.

Selain itu, katanya, penampilan empat pesawat jenis Eagle dan Christian Eagle yang melakukan empat formasi yang mendebarkan turut mencuri perhatian pengunjung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pangsapuri harga rendah di Peringgit, Bukit Katil

Posted:

Pangsapuri harga rendah di Peringgit, Bukit Katil

Pangsapuri harga rendah di Peringgit, Bukit Katil

MELAKA 13 Jun - Kerajaan negeri bercadang membina kawasan kediaman baru jenis pangsapuri di Peringgit dan Bukit Katil di sini bagi mempelbagaikan kemudahan perumahan kepada masyarakat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, ia melibatkan pembinaan 80 unit rumah pangsapuri di Peringgit manakala 160 unit rumah di Kampung Tun Razak, Bukit Katil pada masa depan.

Menurutnya, apabila siap nanti, harga jualan setiap unit rumah pangsapuri terbabit ditawarkan kurang RM40,000 dengan kemudahan tiga bilik.

''Kita mahu mewujudkan lebih banyak kawasan kediaman rakyat yang lebih moden dan terancang dalam usaha menyediakan kemudahan perumahan yang lebih selesa untuk penduduk," katanya di sini baru-baru ini.

Pada masa yang sama, katanya, kerajaan negeri telah membelanjakan kira-kira RM4.8 juta bagi menaik taraf sembilan pangsapuri di seluruh negeri.

Ujarnya, sembilan pangsapuri berkenaan terletak dalam daerah Melaka Tengah dikenal pasti sama ada di bawah pengurusan kerajaan negeri atau swasta.

Beliau berkata, kerja-kerja menaik taraf semua pangsapuri terlibat sedang berjalan ketika ini dan dijadual siap dalam tempoh tiga bulan lagi.

''Ia termasuk menaik taraf pangsapuri Pantai Peringgit yang melibatkan kerja-kerja mengecat dan membina sebuah rumah pam baru bagi keperluan penghuni di situ," katanya.

Selain itu, kata Mohd. Ali, di Melaka, terdapat kira-kira 132 pangsapuri dengan 108 buah daripadanya di bawah pengurusan swasta manakala selebihnya diuruskan kerajaan negeri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nostalgia kereta klasik Mini

Posted:

Nostalgia kereta klasik Mini

Nostalgia kereta klasik Mini

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my


Antara peserta yang mengambil bahagian pada himpunan kereta klasik Mini di Nilai 3, baru-baru ini.


SEREMBAN 13 Jun – Pernah dengar nama Mk Cooper S Mk1 (1964-1967), Cooper S Mk11 (1967-1970), Mini Mk III, Mini Wagon, Mini Pick-up, Mini Traveller dan Mini Mock?

Jika anda pernah 'memiliki' nama tersebut, tentunya ia meninggalkan kesan mendalam di sanubari apatah lagi ketika itu membawanya bersiar-siar di ibu kota, Kuala Lumpur.

Ia juga merupakan kenderaan kecil Buatan British yang paling popular

Inilah nostalgia kereta klasik Mini yang pada hari ini menjadi buruan penggemar kereta klasik untuk menyimpannya sebagai barang berharga.

Sebab itulah di Nilai 3, dekat sini baru-baru ini, diadakan himpunan kereta klasik Mini ini untuk mengembalikan kisah lampau selain membuktikan betapa berharganya kereta berkenaan ketika ia berada dalam abad ke-21 ini.

Pengerusi Perhubungan Kelab Cawangan negeri bagi Kelab Peminat Kereta Mini Malaysia (KPKMM), Mohd. Hatta Said, 49, program di Nilai 3 itu sebenarnya bertujuan memberi impak baru kepada penggemar kereta Mini ini supaya ia terus hidup dan segar.

''Hari ini kereta klasik Mini yang dipamerkan di Nilai 3 itu ada yang berharga sekitar RM60,000.

''Pada himpunan di Nilai 3 lalu, lebih 300 kereta Mini pelbagai model telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara. Sambutannya amat baik sekali," katanya di Nilai, baru-baru ini.

Katanya, dia juga merancang selaku tuan rumah pada himpunan besar ini, satu perhimpunan raksasa kereta Mini dengan jumlah melebihi 1,000 dapat dijayakan di Port Dickson atau Nilai.

''Kita berharap ia dapat dimasukkan dalam Buku Rekod Malaysia sebagai himpunan terbesar kereta Mini di negeri ini.

''Apa yang kita harapkan ialah sokongan dari Kerajaan Negeri dan agensi pelancongan agar sama-sama menjayakan program yang dilihat mampu menjana kehadiran pelancong ke sini," jelasnya.

Mohd. Hatta juga memberitahu, selain untuk promosi pelancongan dan keseronokan, himpunan ini juga dijadikan landasan untuk mendapatkan apa juga maklumat penjagaan kereta Mini, bantuan teknikal, serta pengubahsuaian dalaman.

''Untuk makluman, ahli kelab terdiri daripada golongan profesional termasuklah doktor, juruterbang, jurutera, akauntan, ahli perniagaan dan sebagainya.

''Jika semua bersetuju kelak, KPKMM peringkat kebangsaan akan mewujudkan koperasi. Di sinilah, kita akan perluaskan peranan kelab untuk membantu ahli," ujarnya.

Dalam program di Nilai 3 itu, selain pameran dan pertandingan mencari harta karun, turut diadakan acara ujian pecut untuk kereta Mini.

''Apa yang lebih klasik, terdapat beberapa kereta Mini jenis Innocenti yang mana ia dihasilkan untuk kegunaan di Itali dan diimport khas ke negara ini," jelasnya.

Tambahnya, ahli kelab ketika ini terdiri daripada mereka yang berusia 18 hingga 70 tahun dan sejak ia ditubuhkan tahun lalu, pelbagai program dilangsungkan termasuklah konvoi dan gotong-royong di rumah kebajikan.

''Tahun lalu kita berkonvoi sehingga ke Ko Samui, Thailand dan kita merancang untuk ke Singapura dan Laos tidak lama lagi," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved