Selasa, 14 Jun 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Bolehkah undang-undang lindungi mangsa sihir?

Posted:

Bolehkah undang-undang lindungi mangsa sihir?

Bolehkah undang-undang lindungi mangsa sihir?

Oleh Mariatul Qatiah Zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my

SIHIR atau ilmu hitam antara isu menarik apabila dibincangkan dan tidak ketinggalan menjadi perhatian masyarakat setempat.

Sama ada percaya atau tidak, hari ini penggunaannya masih berleluasa berikutan tiada undang-undang khusus yang boleh dikuatkuasakan untuk menanganinya.

Menurut penulis buku Ahli Sihir ke Tali Gantung, Dr. Mahyuddin Ismail, fakta undang-undang jenayah sihir sebenarnya telah wujud seawal tamadun Mesopotamia melalui peruntukan no. 2 Kod Hamurabbi. Begitu juga pada zaman kegemilangan Rom di mana Julius Caesar telah memperkenalkan undang-undang sedemikian dalam The Twelve Tables.

Tambahnya, semasa pemerintahan Dinasti Yuan di China, hukuman ke atas ahli sihir ialah dikelar hidup-hidup manakala pemerintah Islam dan pihak gereja Kristian di Barat turut memerangi amalan sihir berpandukan kitab-kitab suci dan undang-undang yang diwujudkan.

"Dalam Muzakarah Pakar, Jabatan Mufti Selangor yang diadakan pada 21 Julai tahun lalu, panel bercadang untuk memasukkan peruntukan tentang jenayah sihir sebagai kesalahan Ta'zir dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah di Selangor.

"Ia adalah satu langkah yang wajar dan perlu dicontohi. Bagaimanapun, saya berpendapat beberapa isu akan timbul. Antaranya ialah isu bidang kuasa Mahkamah Syariah ke atas penyihir bukan Islam. Contohnya bomoh Siam yang diupah melakukan sihir.

"Selain itu, kuasa Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan hukuman juga sangat terhad. Saya berpendapat isu jenayah sihir ini seharusnya diletakkan di dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil kerana bidang kuasanya yang luas serta bentuk hukuman yang boleh dijatuhkan olehnya lebih sesuai," katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dr. Mahyuddin yang juga merupakan Pensyarah di Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan, Pahang, menyatakan, melalui penelitian dan perbandingan yang dilakukannya didapati ada banyak persamaan antara jenis jenayah yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan dengan jenayah yang boleh dilakukan melalui ilmu sihir, malah ia lebih kejam.

Berbicara lebih lanjut mengenai perkara tersebut, beliau memberitahu terdapat beberapa kes melibatkan penggunaan ilmu sihir yang pernah dibicarakan di Mahkamah Sivil di Malaysia.

Tetapi malangnya isu sihir tidak diberi perhatian sewajarnya. Sebagai contoh Dr. Mahyuddin memberikan kes cubaan bunuh dengan menggunakan ilmu sihir di mana ia tidak akan dibawa ke mahkamah melainkan setelah berlaku kematian atau pembunuhan secara fizikal.

Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai kaedah pembuktian jenayah sihir dalam mahkamah, dia berkata: "Saya berkeyakinan penuh bahawa jenayah sihir boleh dibuktikan di mahkamah.

"Malah dalam kajian yang saya lakukan lebih lima tahun, saya dapati perkara asas yang mesti difahami ialah metodologi penghasilan sihir serta selok beloknya.

"Jika kita gagal memahaminya, maka ia boleh mengundang kepada kezaliman kepada tertuduh. Sebagai contoh, di Eropah suatu ketika dahulu, mereka mempunyai Witchcraft Act 1736.

"Tetapi, pemakaian keterangan spectral evidence dalam proses pembuktian di mahkamah menyebabkan ramai mangsa yang tidak bersalah dihukum bakar hidup-hidup dan digantung."

Jelasnya lagi, melalui perbandingan antara jenayah biasa dengan jenayah sihir sebenarnya terdapat banyak persamaan daripada aspek unsur-unsur actus reus (perbuatan jenayah) dan mens rea (niat jahat) di mana ia diperlukan dalam proses pembuktian jenayah biasa yang sebenarnya terdapat dalam jenayah sihir.

Kajian beliau turut membuktikan bahawa kemajuan dalam teknologi penyiasatan terutama bidang forensik dan Crime Scene Investigation (CSI) boleh digunakan sebagai keterangan dalam pembuktian jenayah sihir. Malah ia boleh juga digunakan untuk mengesan penjenayah sihir.

Ini dapat dibuktikan melalui kesan-kesan yang terdapat pada bahan-bahan tersebut seperti cap jari pada alatan sihir, DNA yang diambil daripada darah, air liur, kuku, rambut atau gambar.

Pihak forensik juga boleh siasat untuk menentukan jenis sihir yang digunakan serta siapa dalangnya.

Ia bagi tujuan pembuktian di mana mahkamah memerlukan pendapat pakar yang memahami selok belok amalan sihir.

Ini adalah selari dengan seksyen 45 Akta Keterangan 1950.

Tambah Dr. Mahyuddin, Malaysia mempunyai individu-individu yang boleh dijadikan rujukan dalam pengendalian kes-kes jenayah sihir.

Cuma yang menjadi penghalang ialah ketiadaan satu institusi yang boleh menyenaraikan kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang untuk diiktiraf sebagai pakar dalam jenayah itu.

"Sekiranya pihak berkuasa serius untuk melaksanakan undang-undang jenayah sihir, dua langkah yang menjadi asas kepada kewujudan undang-undang sihir perlu diambil kira.

"Yang pertama ialah menggubal satu akta khusus yang mengandungi peruntukan-peruntukan tentang kesalahan jenayah sihir dan prosedur-prosedur untuk mengendalikannya.

"Manakala yang kedua ialah menubuhkan sebuah jabatan khas yang mempunyai kuasa untuk menjalankan segala prosedur yang dinyatakan dalam akta tersebut.

"Dalam buku tulisan saya, ia ada dibincangkan secara khusus tentang prosedur tersebut dan saya lampirkan juga deraf cadangan akta tersebut yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk pihak penggubal," katanya.

Sebelum mengakhiri bualan, dia berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil langkah yang perlu bagi membela mangsa-mangsa sihir yang teraniaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tipu daya amalan sihir

Posted:

Tipu daya amalan sihir

Tipu daya amalan sihir

oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my


RAWATAN alternatif mengkaji punca penyakit dari sudut spiritual yang turut dijalankan di Pusat Rawatan Islam Manarah.


TIDAK semua penyakit mampu disembuhkan oleh doktor-doktor dalam perubatan alopati (perubatan moden).

Ada pesakit yang zahirnya menderita, tetapi hasil pemeriksaan mengatakan dia sihat.

Disebabkan senario itu, munculnya perubatan alternatif yang mengkaji punca penyakit tersebut dari sudut spiritual yang bersangkut paut dengan alam ghaib.

Namun, kaedah perubatan alternatif ini tidak terlepas daripada kecaman.

Ini kerana wujudnya pengamal yang 'memandai-mandai' dan tidak kurang yang mengambil kesempatan menipu dan menganiaya mangsa.

Menurut pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Dr. Jahid Sidek, ramai pengamal-pengamal perubatan alternatif mendakwa kaedah yang mereka amalkan bertepatan dengan syariat Islam.

Tetapi jika diteliti, terdapat banyak penyimpangan dari asas perubatan Islam yang sebenar. Kesannya, ia bukan sahaja menambah penyakit, malah akan merosakkan akidah dan tauhid seseorang pesakit.

"Sebagai contoh, perawat yang mempamerkan kebolehan luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh orang biasa seperti boleh menangkap dan menyembelih jin, membaca hati, menilik siapa yang mengenakan sihir, mengeluarkan barang-barang sihir daripada tubuh, bedah batin, kebal dan seumpamanya.

"Kemungkinan besar apa yang berlaku sebenarnya adalah dengan bantuan iblis, syaitan dan jin.

"Banyak perkara luar biasa yang berlaku tetapi hanya tiga jenis sahaja yang Allah reda iaitu mukjizat, karamah dan maunah. Manakala yang lain itu lebih kepada istidraj dalam bentuk sihir," ulasnya ketika ditemui di premisnya, baru-baru ini.

Tambah beliau, mukjizat ialah perkara luar biasa yang berlaku hanya kepada para Nabi dan Rasul serta ditunjukkan kepada umatnya sebagai bukti kerasulan mereka.

Setelah kewafatan Rasulullah SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir, maka tidak ada sesiapa yang boleh mendakwa bahawa mereka dilantik sebagai Rasul dan dikurniakan mukjizat.

Terangnya lagi, karamah pula ialah suatu perkara luar biasa yang berlaku kepada hamba-hamba yang dikasihi-Nya (wali Allah) dan karamah yang benar tidak boleh direncanakan waktu dan bentuk.

Ia tidak boleh sesekali ditunjukkan kepada orang ramai dan sebagai contoh, pada zaman Saidina Umar, beliau telah dikurniakan karamah berupa kasyaf sehingga dapat melihat tentera Islam yang berada beratus-ratus kilometer dari Madinah.

Malangnya, pada malam beliau dibunuh, Abu Lu'lu' Al Aswad hanya berada dibelakangnya, bukannya beratus-ratus kilometer, tetapi beliau tidak dapat melihatnya.

Ini menunjukkan karamah berlaku sekali-sekala dan tidak boleh diulang-ulang.

Jika seseorang yang melakukan perkara luar biasa secara berulang-ulang dan dipertontonkan kepada khalayak ramai, maka itu bukanlah karamah tetapi sihir.

Sementara itu, ujar Dr. Jahid lagi, mau'nah pula ialah suatu perkara luar biasa yang berupa pertolongan yang dikurniakan oleh Allah kepada orang-orang tertentu.

Ia betul-betul terjadi pada waktu itu dan biasanya tidak akan berulang lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved