Selasa, 14 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Tarikan Inap Desa Mata Air

Posted:

Tarikan Inap Desa Mata Air

Tarikan Inap Desa Mata Air

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my


Inap desa Felda Mata Ayer menyediakan keselesaan kepada penginapnya di Padang Besar, Perlis.


PADANG BESAR 13 Jun - Tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merupakan kawasan penempatan bagi peneroka yang mengusahakan sama ada tanaman kelapa sawit atau getah sehingga mampu memberi sumber pendapatan dan kehidupan lebih selesa khususnya untuk golongan berpendapatan rendah di negara ini.

Mungkin itu gambaran atau persepsi kebanyakan orang mengenai Felda yang terdapat hampir di seluruh negara walaupun ia sebenarnya melangkaui jauh daripada itu mengikut peredaran zaman dan kehendak generasi masa kini.

Ini termasuk Felda Mata Air, di sini yang beroperasi sejak 1982 tetapi kini mempunyai pelbagai kemudahan termasuk sekolah dan sebagainya.

Kawasan seluas 1034.70 hektar itu didiami 249 peneroka yang mengusahakan tanaman getah tetapi mempunyai pelbagai sumber lain untuk meningkatkan hasil pendapatan.

Salah satu ialah program inap desa yang diusahakan secara gigih oleh peneroka-peneroka Felda Mata Air sehingga menjadi daya tarikan pengunjung ke tanah rancangan tersebut.

Menurut Pengurus Felda Mata Ayer, Mohd. Zukhi Che Din, pada masa kini terdapat 22 buah rumah peneroka terlibat dalam program itu telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan manakala sembilan lagi masih dalam peringkat permohonan.

"Pihak pengurusan Felda Mata Air sentiasa memberikan kerjasama kepada pemilik inap desa dalam mengatur pelbagai aktiviti dijalankan," kata beliau.

Kata beliau, kesemua inap desa berdaftar mempunyai plak khas yang diletakkan di hadapan atau di dinding rumah menawarkan harga cukup berpatutan pada kadar antara RM50 hingga RM75 sehari semalam.

Bagaimanapun, kata beliau, kadar tersebut berbeza sekiranya pengunjung ditawarkan pakej tertentu tetapi masih murah kerana melibatkan pelbagai aktiviti yang disediakan selain tambahan jumlah ahri menginap.

"Sebagai contoh, pakej sehari cuma RM60, bagi dua hari satu malam ia pada kadar RM100 manakala tiga hari dua malam pula RM130 tetapi ditawarkan hanya untuk berkumpulan.

"Pakej secara berkumpulan ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) agensi kerajaan dan swasta kerana di Felda Mata Air mereka dapat melihat sendiri kehidupan dan aktiviti masyarakat di sini," tambah beliau.

Beliau menjelaskan, pengunjung yang mendaftar di inap desa Felda Mata Air akan tinggal bersama pemilik kediaman tersebut dan merasai masakan tradisonal untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan malam.

"Ini baru betul-betul inap desa sebab kami mahu pengunjung tinggal dengan tuan rumah, bukannya mereka menyewa kediaman untuk duduk bersendirian sebagaimana konsep calet dan sebagainya di samping menikmati masakan tuan rumah," kata Zukhi.

Bagaimanapun, kata beliau, pengunjung tetap dibawa ke tempat-tempat menjadi tarikan sesiapa sahaja yang mengunjungi Felda Mata Air selain melihat sendiri usaha dijalankan oleh peneroka sebagai sumber utama.

"Antaranya projek sampingan yang kini menjadi sumber pendapatan bernilai tinggi seperti projek tanaman buluh madu dan ternakan ikan air tawar.

"Sekiranya pengunjung inap desa dalam jumlah yang ramai, pelbagai aktiviti seperti persembahan kebudayaan dan sukaneka turut diadakan selain dibawa menjamu selera dan melihat majlis kenduri kahwin orang Melayu jika terdapat acara itu di sini," kata beliau.

Kata beliau, inap desa Felda Mata Air juga menarik minat pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk dari dalam dan luar negara yang menjalankan kajian atau aktiviti masing-masing di situ.

Mohd. Zukhi menjelaskan, pemilik inap desa berdaftar itu mempunyai sebuah jawatankuasa yang menyelaraskan sebarang urusan dengan teratur.

Beliau berkata, sesiapa yang berminat untuk merasai nikmat tinggal di inap desa Felda Mata Air boleh mendapatkan maklumat dengan menghubungi talian 019-5415339 (Omar Bakar), 012-4428279 (Mahasa Chik), 017-4354104 (Rohani Ismail) dan 017-4274355 (Abdul Ghani Hassan).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ziarah Kembara Ramadan dilancar

Posted:

Ziarah Kembara Ramadan dilancar

Ziarah Kembara Ramadan dilancar

ALOR SETAR 13 Jun - Yayasan Nur Ehsan akan melancarkan program amal Ziarah Kembara Ramadan melibatkan kira-kira 60 masjid dan surau di seluruh negeri ini sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Operasinya, Dr. Sobri Sudin berkata, pada program khas berkenaan, pihaknya akan menyampaikan sumbangan termasuk naskhah al-Quran dari Arab Saudi, sejadah, kurma dan telekung di masjid dan surau yang dikenal pasti.

"Ia adalah antara rancangan yang disusun oleh yayasan ini dalam usaha untuk menabur bakti kepada masyarakat selain program-program kebajikan lain bertujuan meringankan beban golongan sasaran," katanya di sini baru-baru ini.

Yayasan Nur Ehsan yang baru ditubuhkan beroperasi di Taman Rakyat di sini dan diasaskan oleh seorang usahawan berpengkalan di ibu negara yang merupakan anak tempatan Kedah, Che Zakiah Ahmad dengan hasrat untuk berbakti di negeri kelahirannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kedai SPBP untuk Orang Asli diwujudkan

Posted:

Kedai SPBP untuk Orang Asli diwujudkan

Kedai SPBP untuk Orang Asli diwujudkan

KUALA KANGSAR 13 Jun - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perak (PPDNKK) mewujudkan Skim Pengedaran Barang Perlu (SPBP) di tiga perkampungan Orang Asli di Hulu Perak dan Sungai Siput.

Tiga kampung itu adalah di Pos Kemar dan Pulau Banding di Hulu Perak dan Pos Legap di Sungai Siput.

Pengarah PPDNKK Perak, Mohd. Hilmi Mohd. Noor berkata, di bawah SPBP, kerajaan menyelaraskan harga terutama barang-barang perlu seperti tepung gandum, gula, minyak masak, gas, beras dan barang lain supaya mereka yang tinggal di pedalaman menikmati harga sama seperti mereka yang tinggal di kawasan bandar.

''Jarak jauh dan kos tambang yang tinggi untuk sampai ke tiga-tiga kampung itu menyebabkan peniaga menjual barangan kepada penduduk dengan harga lebih tinggi daripada harga ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia pada Program Gerakan Pengguna Kuala Kangsar di Rumah Rehat di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved