Selasa, 14 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Perkasa gerak ahli halang Bersih

Posted:

Perkasa gerak ahli halang Bersih

Perkasa gerak ahli halang Bersih

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 13 Jun – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menggerakkan semua ahlinya dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menghalang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai depan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (gambar) bagaimanapun berkata, Perkasa tidak akan meneruskan hasrat itu sekiranya Bersih mengadakan perhimpunan itu di tempat yang lebih selamat dan bukannya di tempat awam.

Menurutnya, perhimpunan itu seharusnya diadakan di tempat yang selamat seperti di stadium dan bukannya di jalan raya kerana ia akan merugikan negara dan mengancam keselamatan nyawa.

"Sangat jelas saya akan berada di sana nanti sekiranya mereka tetap mengadakan perhimpunan itu dan akan berlaku pertembungan.

"Kehadiran Perkasa adalah untuk pertahankan keselamatan negara dan bukannya untuk menimbulkan kekecohan, tetapi kita mahu menghalang perhimpunan itu daripada terus berlaku," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Dalam pada itu Ibrahim berkata, Perkasa akan menganjurkan perbincangan meja bulat bersama 30 NGO Melayu malam esok yang antara lain turut membincangkan mengenai perhimpunan Bersih.

Katanya, perjumpaan itu akan membincangkan mengenai kesan-kesan yang akan dihadapi terutama dari aspek keselamatan, ekonomi dan pelancongan kepada negara.

"Perkasa telah membuat ketetapan bahawa kita akan menentang perhimpunan ini habis-habisan," katanya.

Sementara itu Ibrahim berkata, beliau sedia disiasat pihak berkuasa sekiranya pembangkang tetap mahu tindakan diambil terhadapnya atas alasan keselamatan.

"Saya juga bersedia untuk menjawab soalan-soalan yang mungkin dibangkitkan pembangkang semasa sidang Dewan Rakyat ini berlangsung," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dewan Rakyat diminta bincang isu perhimpunan Bersih

Posted:

Dewan Rakyat diminta bincang isu perhimpunan Bersih

Dewan Rakyat diminta bincang isu perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR 13 Jun - Ahli konsensus Bebas hari ini sebulat suara mengemukakan usul kepada Dewan Rakyat supaya isu perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini dibincangkan demi keselamatan negara.

Wakil konsensus, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ia perlu dibincangkan bagi mendesak pihak berkuasa termasuk polis mengambil tindakan bagi memberhentikan usaha mengadakan demonstrasi jalanan itu.

Justeru, beliau berharap Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempertimbangkan keputusan untuk membawa usul itu dengan segera kerana ia membawa kepentingan kepada rakyat memandangkan tarikh 9 Julai sudah terlalu hampir.

"Kita tidak mahu negara ini porak-peranda dengan tindakan Bersih kerana ia berniat kotor," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Turut hadir Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

Zahrain pada masa sama mendesak Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan supaya mempertimbangkan semula keputusan mengadakan perhimpunan itu demi kepentingan negara.

Katanya, sebagai seorang peguam, beliau seharusnya mengambil tindakan mengikut undang-undang.

Sementara itu Zulkifli berkata, tiada justifikasi bagi Bersih untuk mengadakan perhimpunan itu atas alasan pilihan raya di negara ini tidak bersih walhal pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 berjaya menawan lima negeri serta menambah jumlah wakil mereka di Parlimen.

Katanya, pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat perlu cermin diri kerana pemilihan dalam parti tidak bersih sehingga mewujudkan kontroversi.

"Perbetulkan sistem pemilihan parti dahulu baru nak mengata orang lain. Saya percaya perhimpunan Bersih mempunyai agenda tertentu oleh mereka yang mempunyai kepentingan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pilihan raya masjid diteruskan - Abdul Malik

Posted:

Pilihan raya masjid diteruskan - Abdul Malik

Pilihan raya masjid diteruskan - Abdul Malik

PULAU PINANG 13 Jun - Walaupun menerima bantahan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan 'pilihan raya masjid', kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini bertegas untuk meneruskan proses itu yang dijadualkan pertengahan bulan ini dengan alasan ia mengikut lunas undang-undang.

Ketetapan itu dibuat oleh Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Abdul Malik Kassim pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Yang Dipertua Persatuan Kariah-Kariah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff dalam reaksi segeranya bagaimanapun memberitahu, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Abdul Malik Rabu ini supaya keputusan tersebut dapat dikaji semula.

Laporan Bernama memetik Abdul Malik sebagai berkata, pelaksanaan kaedah pemilihan itu masih mengikut peraturan yang digariskan dalam Seksyen 104(1)(b) Enakmen Negeri Pulau Pinang 2004 dan 4(1) Kaedah-kaedah Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid.

''Tatacara baru yang diperkenalkan oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) itu merupakan penambahbaikan tatacara pemilihan sedia ada yang diamalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini," katanya.

Ditanya mengenai bantahan pelbagai pihak bahawa kaedah baru itu perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam di Pulau Pinang, Abdul Malik dalam laporan itu dipetik sebagai berkata: ''Kita ikut undang-undang dan enakmen yang diwartakan kerajaan negeri".

Abdul Malik berkata, tatacara baru itu memberikan hak kepada anak-anak kariah untuk mencadangkan jawatankuasa masjid masing-masing kepada MAIPP sebelum mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Ditanya mengenai kekeliruan yang timbul berhubung kriteria anak-anak kariah yang layak mengundi dalam pilihan raya itu kelak, Abdul Malik memberitahu, ia akan ditentukan sendiri oleh jawatankuasa kariah sedia.

Abdul Malik dalam laporan itu juga menyebut, selepas tarikh pencalonan ditutup Selasa lalu, sebanyak 193 daripada 200 masjid telah menghantar senarai pencalonan masing-masing.

Sementara itu, Mohd. Yussof berkata, pihaknya sudah menghantar jemputan kepada Abdul Malik dan MAIPP mengenai mesyuarat tergempar yang akan diadakan Rabu ini bagi membincangkan secara terperinci berhubung pelaksanaan pilihan raya berkenaan.

''Kriteria kariah yang layak mengundi masih tidak diberi penjelasan kerana kita tidak mahu berlaku pergeseran (pada hari pengundian) jika pemilihan secara terbuka ini diteruskan.

''Itu hak beliau (Abdul Malik) untuk buat penegasan tetapi masih banyak kekeliruan yang timbul berhubung pelaksanaan pilihan raya ini dan kita akan bangkitkan dalam mesyuarat Rabu ini, masih ada jalan untuk memperbaiki keadaan," jelasnya.

Ditanya mengenai kenyataan Abdul Malik berhubung sambutan menggalakkan apabila 193 jawatankuasa masjid menghantar senarai pencalonan, Mohd. Yussof memberitahu, pihaknya sendiri meminta supaya setiap masjid menghantar senarai masing-masing bagi mengelakkan kekeliruan pada hari pengundian.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved