Rabu, 15 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sembilan stor baja padi dibina

Posted:

Sembilan stor baja padi dibina

Sembilan stor baja padi dibina

Oleh SAHBULAH DARWI
utusankedah@utusan.com.my

JITRA 14 Jun – Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) memperuntukkan RM3 juta bagi membina sembilan stor penyimpanan baja di kawasan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Kawasan Pertanian Bersepadu (IADA) di Wilayah Utara sejak pertengahan tahun lalu.

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq berkata, ia dibina di Kedah, Perak, Perlis dan Pulau Pinang bagi menyelesaikan masalah kekurangan tempat penyimpanan sementara baja padi sekali gus menambah kapasiti simpanan baja untuk kemudahan pesawah.

"Menerusi kemudahan tersebut pengagihan baja kepada para pesawah dapat dipercepatkan dan memastikan sawah boleh dibaja dalam tempoh yang singkat," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan setor baja PPK Ansun di sini hari ini.

Majlis yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Datuk Saad Man itu turut dihadiri ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar.

Redza berkata, stor-stor itu juga dapat menstabilkan pengeluaran padi selain mempertingkatkan mutu sistem kawalan dan pemantauan bagi memastikan baja yang disimpan di setor tersebut tidak disalah guna.

Menurutnya, sembilan stor baja di kawasan NCIA ialah PPK Selinsing, Beseri, Selama, Changlun, Naka, Kuala Muda Selatan, Merbok, Asun dan IADA Seberang Perai.

Redza memberitahu, penyerahan kemudahan tersebut dilaksanakan secara berperingkat mulai Januari lalu hingga November ini.

''PPK Ansun merupakan PPK yang keempat di Kedah menerima bangunan setor dan ia memberi manfaat kepada 2,400 pesawah di kawasan ini dengan kapasiti stor mampu memuatkan 28,000 metrik tan baja," katanya.

Menyentuh cadangan pembinaan stor di kawasan lain Redza memberitahu, pihaknya sedang mengenal pasti kawasan strategik untuk membina stor baja tambahan bagi menampung keperluan PPK di wilayah utara.

"Kita akan bina berdasarkan permintaan PPK kerana tidak mahu membina stor itu sesuka hati hingga menjadi projek gajah putih kerana tidak digunakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Masyarakat Siam ikrar bantu UMNO tawan semula Kedah

Posted:

Masyarakat Siam ikrar bantu UMNO tawan semula Kedah

Masyarakat Siam ikrar bantu UMNO tawan semula Kedah


Boon Som Inong (empat kanan) menyerahkan memorandum kepada Ahmad Bashah Md. Hanipah di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.


ALOR SETAR 14 Jun - Seluruh masyarakat Siam di negeri ini menyatakan sokongan padu mereka kepada UMNO sekali gus berikrar untuk membantu parti itu menawan semula Kedah dalam pilihan raya umum kelak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, sokongan tersebut dinyatakan melalui semua pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di perkampungan masyarakat Siam di negeri ini.

"Dalam mesyuarat bersama lebih 50 JKKKP dalam kalangan masyarakat Siam baru-baru ini mereka menyatakan komitmen kepada parti dan komited untuk membantu parti menawan semula Kedah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin masyarakat Siam di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Negara, Senator Boon Som Inong yang mewakili masyarakat Siam di negara ini.

Menurut Ahmad Bashah, perjumpaan tersebut juga antaranya untuk mendengar permasalahan berhubung dengan masyarakat Siam.

"Antara yang dibangkitkan adalah status bumiputera yang dituntut untuk diperjelaskan oleh masyarakat Siam ini sekali gus memberi pengiktirafan kepada mereka.

"Lain-lain berhubung masalah kebajikan, status tanah dan sebagainya yang diharap dapat diselesaikan secepat mungkin. Semuanya dinyatakan dalam memorandum yang akan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti," katanya.

Dalam pada itu, menurut Som Inong, sehingga kini terdapat lebih 40,000 masyarakat Siam di negeri ini dan sebanyak 13,000 daripadanya adalah pengundi berdaftar dan ahli UMNO.

"Dalam pilihan raya umum 2008, masyarakat Siam antara yang membawa faktor kemenangan parti di beberapa Dewan Undangan Negeri. Hari ini sokongan mereka tidak berbelah bahagi.

"Cuma apa yang diharapkan agar status bumiputera masyarakat Siam ini diperjelaskan demi menghargai sokongan mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Benteng penahan air punca banjir kerap berlaku

Posted:

Benteng penahan air punca banjir kerap berlaku

Benteng penahan air punca banjir kerap berlaku


Razali Mohd. Rashid (kanan) menunjukkan kawasan rumah yang kerap dinaiki air di Kampung Durian Sebatang, Teluk Intan, Perak, baru-baru ini.


TELUK INTAN 14 Jun - Penduduk Kampung Durian Sebatang di sini menggesa pihak berkuasa menyelesaikan masalah banjir yang kerap melanda kampung berkenaan ekoran kegagalan benteng penahan air berfungsi dengan baik.

Selain itu penduduk juga berharap pihak berkuasa membaiki jalan utama yang rosak teruk serta menyediakan kemudahan asas sama seperti dinikmati kampung lain.

Ketua Cawangan UMNO Kampung Durian Sebatang, Razali Mohd. Rashid, 56, berkata, benteng penahan air yang dibina 10 tahun lalu menggunakan pasir sudah tidak mampu menyekat kemasukan air sungai secara menyeluruh.

"Setiap kali air Sungai Perak pasang ia akan masuk ke kawasan kampung menerusi celah-celah benteng yang rosak sehingga menyukarkan kehidupan seharian penduduk," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Beliau menambah, keadaan itu mengundang bahaya kepada penduduk khususnya anak-anak kecil yang mengambil kesempatan bermain air pasang itu.

Razali berkata, jalan kampung berkenaan juga perlu diperbaiki bagi keselesaan penduduk serta memudahkan pasukan bantuan seperti bomba dan ambulans masuk jika berlaku kecemasan.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Cawangan kampung tersebut, Firdaus Azimi Mohamad, menyarankan pihak berkuasa menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi menyelaras pentadbiran kampung berkenaan.

Jelas beliau, kewujudan JKKK akan memudahkan masalah kampung tersebut dibangkitkan untuk perhatian pihak berkuasa.

"Malah, kampung ini pun tidak ada ketua. Oleh itu, sebagai mewakili generasi muda, saya menyarankan pihak berwajib melantik Ketua Kampung dan JKKK sama seperti kampung lain," katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Cawangan UMNO kampung tersebut, Karuddin Abdul Latif, 55, mencadangkan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menghentikan kutipan cukai pintu kerana sehingga kini kampung berkenaan tidak mendapat perkhidmatan sewajarnya daripada pihak berkuasa tempatan itu.

Katanya, kampung itu bukan sahaja tidak memiliki taman rekreasi untuk kanak-kanak beriadah tetapi tidak pernah menjalani proses semburan bagi menghalang nyamuk aedes seperti mana kampung lain.

"Malah, penduduk terpaksa membuang sampah sendiri ke tong sampah besar di luar kampung berkenaan kerana pihak MPTI tidak datang mengutip, sedangkan cukai pintu sudah dibayar," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved