Rabu, 15 Jun 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


43 pemilik minta tapak, pampasan

Posted:

43 pemilik minta tapak, pampasan

43 pemilik minta tapak, pampasan

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


PEMILIK bengkel dan premis lain di tepi Jalan Rawang ke Jalan Tasik Puteri mengadakan tunjuk perasaan untuk membantah tindakan meroboh premis mereka di Rawang, baru-baru ini.


RAWANG 14 Jun – Pemilik bengkel dan premis lain di tepi Jalan Rawang ke Jalan Tasik Puteri memohon agar kerajaan negeri Selangor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi mereka tapak bengkel baru serta pampasan setelah keputusan dibuat oleh pihak berkuasa untuk merobohkan premis mereka.

Sebanyak 43 pemilik bengkel dan premis yang terlibat menjalankan perniagaan di atas rizab jalan persekutuan dan telah diberi tiga kali notis untuk menghentikan aktiviti mereka kerana premis mereka akan dirobohkan bagi tujuan pelebaran jalan. Notis terakhir dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak pada Rabu lalu.

Akibatnya, peniaga berkenaan berhadapan dengan kehilangan mata pencarian jika gagal mendapat tapak niaga baru.

Seorang pemilik bengkel, A. Balakrisnan, 41, berkata, mereka pernah bertemu dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei dan JKR pada bulan Februari lalu untuk mengadakan perbincangan.

Katanya, daripada beberapa perbincangan yang dibuat, Pei Nei telah menyuruh mereka mencari lokasi baru yang kosong untuk dijadikan tapak bengkel.

"Kami telah mencari tapak, dan telah pun mengenal pasti ada dua tapak kosong iaitu di Jalan Tasik Puteri dan Jalan Kundang.

"Selepas itu, kami membuat permohonan untuk berpindah ke kawasan itu, namun tiada jawapan yang diberikan," katanya ketika ditemui semasa pemilik bengkel di situ mengadakan bantahan di situ baru-baru ini.

Katanya, mereka kesal secara tiba-tiba bengkel akan dirobohkan tanpa ada maklumat lanjut mengenai permohonan dan perbincangan yang lain selepas pemberian notis.

"Ini tidak adil kepada pemilik bengkel dan premis kerana kami sudah pun berusaha mencari kawasan baru. Saya berharap pihak kerajaan dapat membantu kami memberikan kawasan baru," tegasnya.

Seorang lagi pemilik bengkel, Swee Mai Chai, 60, berkata, mereka tidak mempunyai masalah untuk berpindah dari tempat bengkel sekarang asalkan tempat baru dapat disediakan dan juga diberikan pampasan yang munasabah.

"Kami sudah mengadakan rundingan dengan kerajaan Selangor dan JKR mengenai soal pampasan. Tetapi pampasan yang akan diberikan adalah kecil.

"Saya berharap JKR dapat memberikan pampasan yang lebih munasabah dengan nilai bengkel dan premis kami," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

JKR bagi tempoh satu bulan lagi

Posted:

JKR bagi tempoh satu bulan lagi

JKR bagi tempoh satu bulan lagi

RAWANG 14 Jun - Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memberi tempoh selama satu bulan lagi kepada pemilik bengkel dan premis di sekitar Jalan Rawang ke Jalan Tasik Puteri untuk berpindah daripada kawasan itu.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya telah berjaya mendapatkan penangguhan itu dan sekali gus menghalang daripada bengkel di situ dirobohkan.

Katanya, Pengarah Bahagian Jalan JKR, Datuk Baharanuddin Che Zain, telah bersetuju memberi tempoh lanjutan tersebut bagi membolehkan pemilik mendapatkan tempat baru untuk berpindah.

"Isu ini sudah berlarutan selama enam bulan. Pemilik di sini memerlukan tapak yang baru sebelum mereka boleh berpindah.

"Saya berharap, kerajaan Selangor membantu pemilik-pemilik bengkel di sini mendapatkan kawasan baru bagi mereka menjalankan perniagaan," katanya selepas menyertai bantahan pemilik bengkel yang sepatutnya dirobohkan baru-baru ini.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk mendapatkan pampasan yang munasabah daripada JKR kepada pemilik bengkel dan premis lain yang pada ketika ini dijanjikan dengan pampasan RM3,000 bagi setiap pemilik.

Sementara itu, Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), G. Gunaraj berkata, pemilik bengkel di situ bukan tidak mahu berpindah, tetapi menunggu pampasan daripada JKR.

Menurutnya, kalau pampasan yang diberikan kepada mereka adalah munasabah, maka pemilik bengkel tersebut akan berpindah dari situ.

"Masalah kedua adalah soal tanah. Tanah yang diminta oleh pengusaha iaitu Jalan Tasik Puteri dan Jalan Kundang adalah tanah pertanian dan sebab itulah ia tidak dapat diberikan kepada mereka.

"Saya harap Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, MPS dan pihak berkuasa lain dapat mencari kawasan baharu untuk diberikan kepada mereka ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

LRT, monorel guna satu tiket

Posted:

LRT, monorel guna satu tiket

LRT, monorel guna satu tiket

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroyp.com.my

KUALA LUMPUR 14 Jun - Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) akan memperkenalkan sistem tiket bersepadu (ITS) baru yang hanya akan menggunakan satu tiket bermula 30 November ini.

Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Shahril Mokhtar (gambar) berkata, sistem bernilai RM115.2 juta itu yang dikenali sebagai Kutipan Tambang Automatik (AFC) hanya memerlukan satu tiket atau token sahaja untuk menggunakan perkhidmatan tren aliran Kelana Jaya, Ampang dan monorel.

Katanya, pengguna tidak lagi perlu bersusah payah beratur untuk mendapatkan dua atau tiga jenis tiket tetapi hanya satu tiket yang membolehkan perjalanan pengguna lebih pantas dan selesa.

"Sistem baru ini juga membolehkan pengguna untuk membeli dan menambah nilai tiket mereka secara dalam talian melalui laman sesawang tanpa perlu beratur di mesin layan diri dan kaunter tiket.

"Sehingga sekarang, sistem ini telah pun dipasang di empat buat stesen transit aliran ringan (LRT) iaitu di Taman Paramount dan Abdullah Hukum untuk aliran Kelana Jaya manakala Sultan Ismail dan Bukit Jalil bagi aliran Ampang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam taklimat kepada media mengenai pengenalan sistem baru itu di Stesen LRT Bukit Jalil di sini hari ini.

Turut hadir ialah, Pengarah Kumpulan Infrastruktur dan Pembangunan, Nor Hassan Ismail dan Pengurus Projek AFC, Abd. Hamid Abdullah.

Shahril berkata, pada September ini, sistem AFC akan mula digunakan di samping penggunaan sistem tiket lama bagi membiasakan pengguna dengan sistem baru dan memastikan sistem ini dapat berfungsi dengan efektif sebelum digunakan sepenuhnya pada November.

"Sehingga 30 November ini hanya LRT aliran Ampang dan Kelana Jaya sahaja yang terlibat dalam sistem AFC dan monorel pada suku pertama tahun depan serta dijangka akan melibatkan KTM Komuter dan bas RapidKL menjelang 2013.

"Projek yang sudah 61.8 peratus siap ini dijangka akan meningkatkan pendapatan (Prasarana) sebanyak 10 hingga 15 peratus," jelasnya.

Tambahnya, perubahan kepada sistem baru itu adalah disebabkan sistem semasa yang sudah usang dan menyebabkan Prasarana sukar untuk mendapatkan alat ganti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved