Rabu, 15 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


1,199 pelajar dapat netbook

Posted:

1,199 pelajar dapat netbook

1,199 pelajar dapat netbook

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


Dali Husin (kanan) bermesra dengan para penerima netbook pada majlis penyerahan netbook bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah di Sekolah Menengah Kebangsaan Panji, Pengkalan Chepa, semalam. – utusan/ AIZZUL A. MAJID


KOTA BHARU 14 Jun _ Kerajaan membelanjakan RM2 juta bagi membiayai pemberian netbook percuma kepada 1,199 pelajar tingkatan tiga dan lima dalam kawasan Parlimen Pengkalan Chepa dekat sini.

Pemberian netbook itu disampaikan oleh Ketua UMNO bahagian tersebut, Dali Hussin dalam satu majlis di Sekolah Menengah Kebangsaan Panji di sini, hari ini.

Dali berkata, pelajar-pelajar tersebut dipilih berdasarkan kepada kadar pendapatan ibu bapa mereka yang berada di bawah paras RM3,000 sebulan.

Jelas beliau, jumlah penerima itu bagaimanapun akan ditambah dari semasa ke semasa, selain percaya ramai lagi pelajar yang layak untuk menerimanya tetapi tercicir.

"Kita akan mohon lagi pemberian netbook secara percuma ini kerana saya yakin masih ramai lagi yang tercicir daripada senarai penerima selayaknya," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Beliau turut menasihatkan semua penerima agar tidak menjual netbook itu dan jika melakukannya mereka boleh dikenakan tindakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kalau ada yang jual pun ia pastinya dijual kepada rakan sekolah, tetapi mereka perlu sedar setiap netbook tersebut mempunyai nombor siri berlainan dan boleh dikesan.

"SKMM mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan kepada pihak yang menjualnya kerana ia dilabel sebagai hak milik kerajaan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengingatkan ibu bapa supaya memantau penggunaan Internet dalam kalangan anak-anak mereka, terutama yang mendapat bantuan netbook bagi memastikan objektif pemberiannya tercapai.

Tegas beliau, kerajaan mahu memastikan setiap pelajar di negara ini mendapat perkhidmatan pendidikan terbaik termasuklah melalui Internet yang boleh dicapai menggunakan netbook berkenaan.

"Kita tidak mahu apabila sudah ada netbook nanti, ada pula pelajar yang buka Internet tengok laman web majalah Playboy," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ayam Brand taja makanan anak yatim dua bulan

Posted:

Ayam Brand taja makanan anak yatim dua bulan

Ayam Brand taja makanan anak yatim dua bulan


Khoo Wooi Ling (empat dari kanan) bersama Mohamad Yaakob (lima dari kanan) dan anak-anak yatim menunjukkan tanda bagus sewaktu Program Ayam Brand 2011 untuk anak-anak yatim Kelantan di Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 14 Jun - Syarikat pengeluar makanan tin, Ayam Brand meraikan 300 pelajar anak yatim di negeri ini dengan membekalkan produk makanan berkhasiat keluaran syarikat itu kepada semua anak yatim berkenaan selama dua bulan.

Pengurus Produk Ayam Brand, Khoo Wooi Ling berkata, sumbangan itu diberi sempena Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand 2011 yang dilancarkan oleh syarikatnya sepanjang tahun ini.

Katanya, kesemua penerima itu merupakan anak-anak yatim daripada Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan dan Asrama Bakti, Machang di sini serta beberapa rumah kebajikan di Terengganu.

"Kempen ini mempunyai objektif jelas iaitu memberi sumbangan berbentuk produk makanan dalam tin yang sihat, mudah disediakan dan tiada tambahan bahan pengawet kepada rumah-rumah kebajikan.

"Selain itu, ia adalah tanggungjawab sosial syarikat kami untuk memberi bantuan kepada golongan kurang upaya, ibu tunggal, dan warga emas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Masyarakat Penyayang Ayam Brand 2011 Bahagian Kelantan/Terengganu di Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan, Taman Sabariah di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Yayasan Kebajikan Anak-anak Yatim Kelantan, Mohamad Yaakob dan Penyelia Asrama Bakti, Nik Othseman Mohamad.

Menurut beliau, sejak dilancarkan pada tahun 2008, kempen tersebut telah memberi manfaat kepada hampir 7,000 golongan kurang bernasib baik meliputi 115 rumah kebajikan di seluruh negara.

Sementara itu katanya, bagi kempen tahun ini, Ayam Brand merancang memberikan bantuan kepada 40 rumah kebajikan di seluruh negara membabitkan lebih 2,000 orang.

"Sumbangan yang dilancarkan tahun ini termasuk ikan sardin, tuna, kacang panggang serta produk Ayam Brand yang lain untuk menyediakan makanan kepada penghuni di setiap rumah kebajikan yang menerimanya.

"Kami berharap program ini dapat memupuk tabiat pemakanan yang sihat serta mendidik anak-anak ini untuk berdikari dengan menyediakan sendiri makanan seharian mereka," tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KADA sasar tanaman padi berskala besar

Posted:

KADA sasar tanaman padi berskala besar

KADA sasar tanaman padi berskala besar

KOTA BHARU 14 Jun - Dalam menyahut seruan kerajaan menjadikan 'pertanian satu perniagaan' Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) akan memperluaskan konsep tanaman padi melibatkan skala lebih besar menerusi konsep Mini Estet Padi (MEP) di kesemua kawasannya.

Pengerusi KADA, Tan Sri Annuar Musa berkata, konsep MEP yang diperkenalkan sebelum ini telah memberikan pulangan lumayan kepada para petani yang mengusahakannya, selain membantu meningkatkan pengeluaran padi negara.

Menurutnya, melalui konsep itu, ada sesetengah petani mampu menghasilkan padi sehingga sembilan tan metrik sehektar berbanding empat tan metrik sebelum ini.

"Kita akan memperluaskan konsep MEP ke seluruh kawasan KADA yang memberikan pulangan lumayan kepada petani, selain menambahkan pengeluaran padi dalam negara.

"Setakat ini, hampir 6,000 hektar atau separuh kawasan KADA telah diusahakan secara komersial melalui konsep MEP dan Ladang Merdeka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menabur Benih Padi Musim 1/2011 di Bendang Permatang Pusu dekat sini, hari ini.

Annuar memberitahu, konsep MEP bukan sahaja mampu menambah pendapatan para petani, tetapi juga membantu pihak KADA menguruskan proses penanaman secara lebih sistematik.

"Selain itu, kita juga dapat mengawal musuh tanaman dan beberapa masalah lain, sekali gus meningkatkan pengeluaran padi bagi kawasan KADA," ujarnya.

Menurutnya, pelaksanaan konsep MEP dan Ladang Merdeka berjaya meningkatkan pengeluaran padi KADA ke paras tertinggi iaitu enam tan metrik sehektar, melepasi purata sebelum ini iaitu sebanyak dua tan metrik.

Katanya, KADA tidak mahu konsep tanaman padi hanya secara tradisi iaitu sekadar cukup makan seperti yang wujud dalam pemikiran masyarakat tani, sebaliknya mahu membantu mengurangkan penggantungan import beras negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved