Rabu, 15 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Inisiatif, pakej transformasi positif

Posted:

Inisiatif, pakej transformasi positif

Inisiatif, pakej transformasi positif

Oleh UMAVATHI RAMAYAHuma.ramayah@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Jun - Pakar ekonomi menyifatkan sembilan inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, satu pakej transformasi ekonomi yang baik.

Penganalisis ekonomi, Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Amir Baharuddin berkata, ia adalah ramuan yang tepat dan selari dengan ekonomi global semasa.

Menurutnya, penggunaan kaedah baru penting dalam mencerminkan keadaan sosioekonomi sesebuah negara.

"Prospek dan cabaran transformasi baru itu akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi berpendapatan tinggi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam Najib mengumumkan sembilan inisiatif baharu di bawah ETP bernilai pelaburan RM2.77 bilion dan kesan Pendapatan Negara Kasar (GNI) RM18.67 bilion serta mewujudkan 36,595 peluang pekerjaan menjelang 2020.

Menurut Amir, pengumuman inisiatif itu boleh menjadi struktur sokongan dalam menyempurnakan keupayaan negara melakukan transformasi terhadap bidang ekonomi dan pada masa sama kepada pentadbiran negara.

"Saya yakin inisiatif ini langkah terbaik untuk membawa negara ke tahun 2020 sebagai sebuah negara maju," katanya.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh seorang lagi penganalisis ekonomi, Dr. Haim Hilman Abdullah yang menganggapnya satu pendekatan yang amat baik dan bagi memastikan keberkesanannya, ia perlu dilaksanakan dengan telus.

Katanya, ia menunjukkan kerajaan mempunyai pelan terancang untuk meletakkan negara di landasan yang betul.

Beliau yang juga Pensyarah Pengurusan Strategik, Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, inisiatif yang diumumkan itu akan menjadi pemangkin kukuh yang mampu mengekalkan sentimen positif terhadap pasaran tempatan di sebalik ketidaktentuan ekonomi global.

"Inisiatif baru yang diumumkan itu merupakan sebuah kerangka yang dapat digunakan untuk meningkatkan pendapatan ekonomi negara," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap, langkah itu akan disegerakan memandangkan peluang pekerjaan baru mampu memantapkan lagi sosioekonomi negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Inisiatif baharu ETP bukti negara di landasan tepat

Posted:

Inisiatif baharu ETP bukti negara di landasan tepat

Inisiatif baharu ETP bukti negara di landasan tepat

KUALA LUMPUR 14 Jun - Pengumuman sembilan inisiatif baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Perdana Menteri membuktikan Malaysia kini berada di landasan yang tepat untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, pengumuman tersebut menjadi perangsang kepada orang ramai khususnya penjawat awam supaya menjalankan tugas yang diberikan dengan lebih baik.

Katanya, sebagai tulang belakang kepada kerajaan, penjawat awam perlu menyokong segala program transformasi yang telah direncanakan untuk negara kerana kejayaannya terletak kepada komitmen mereka.

"Pengumuman itu adalah berita gembira kepada rakyat negara ini terutamanya penjawat awam kerana ia membuktikan usaha mereka menyokong pelan kerajaan membuahkan hasil.

"Kita sebagai penjawat awam perlu menyokong segala pelan yang dirangka kerana akhirnya akan membawa kebaikan kepada kita juga.

''Saya sedar kita semua mahukan gaji serta insentif yang lebih baik dan perlu tahu bahawa dengan membantu kerajaan melaksanakan pelan ini sahajalah hasrat tersebut dapat dipenuhi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman sembilan lagi inisiatif baharu di bawah ETP membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Inisiatif baharu yang diumumkan di bawah ETP itu meliputi bidang pendidikan, perubatan, pertanian, komunikasi dan prasarana, borong dan runcit serta program Pencapaian Kemampanan Kecekapan Tenaga (SAVE).

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu pula berharap pengumuman tersebut akan memberi kebaikan kepada semua pihak terutamanya golongan pengguna.

"Pengumuman ini baik kepada semua pihak dan yang paling penting ia memberi kebaikan kepada pengguna seperti yang digariskan dalam sektor borong dan runcit.

"Selain itu, saya yakin suntikan dana asing untuk menjayakan program di dalam enam bidang tersebut juga akan menjana ekonomi penduduk di negara ini dan sekali gus memacu negara ke arah berpendapatan tinggi," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga, pemandu teksi dakwa perhimpunan sekat 'periuk nasi'

Posted:

Peniaga, pemandu teksi dakwa perhimpunan sekat 'periuk nasi'

Peniaga, pemandu teksi dakwa perhimpunan sekat 'periuk nasi'

KUALA LUMPUR 14 Jun - Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (Bersih) kali kedua yang dijangka diadakan pada 9 Julai ini bakal mengundang suasana tidak tenteram selain mengganggu periuk nasi peniaga dan pemandu teksi di ibu negara.

Rata-rata peniaga, pemandu teksi dan masyarakat yang ditemui Utusan Malaysia melahirkan rasa kesal sekiranya perhimpunan itu tetap diteruskan dan berharap pihak berkuasa bertindak menghalangnya daripada berlaku.

Peniaga pakaian di Jalan Tunku Abdul Rahman, Aminah Mohd. Ibrahim, 40, berkata, sewaktu perhimpunan Bersih pada 2007, perniagaan yang dijalankan sejak 11 tahun lalu merosot kerana dia terpaksa menutup kedai ekoran bimbang rusuhan berlaku.

"Tambahan pula pihak berkuasa menggunakan gas dan air pemedih mata untuk menyuraikan perhimpunan serta akan menyebabkan pakaian dijual rosak.

"Kita selaku peniaga tidak menyalahkan tindakan pihak berkuasa itu kerana ia tugas mereka untuk menjaga keamanan di kawasan ini," katanya.

Pembantu kedai, Yati Razi, 21, pula berharap agar pihak berkuasa bertindak tegas terhadap penganjur agar perhimpunan terbabit tidak berlaku.

"Rakyat memang patut menyuarakan pendapat namun, ia perlu mengikut saluran yang betul dan bukannya dengan mengadakan perhimpunan.

"Perhimpunan yang diadakan itu hanya akan memberi kesan buruk, mengganggu keselesaan awam dan menyusahkan pengguna jalan raya," ujarnya.

Menurut pembantu jualan kedai kasut, Sarima Mohd. Yusuf, 38, perhimpunan itu menyebabkan keselamatan orang ramai tergugat sekali gus menyebabkan para peniaga menghadapi kerugian.

"Saya berharap pihak kerajaan berusaha dan mengambil tindakan tegas keatas pihak yang bertanggungjawab, agar keselamatan orang awam terjamin," katanya.

Peniaga kedai makanan di Jalan Doraisamy, Fatimah Ahmad, 40-an, memberitahu, ketika perhimpunan pertama, beberapa penyokong kumpulan itu berhimpun dan duduk berhampiran dengan kedai makannya.

Jelasnya, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah memberi arahan supaya bersurai namun mereka enggan hingga menyebabkan pihak berkuasa melepaskan gas dan air pemedih mata.

"Bayangkan, mereka lari lintang pukang hingga menyebabkan kerusi meja di kedai kami bersepah serta kerja-kerja pembersihan terpaksa dilakukan kerana terkena gas dan air pemedih mata.

"Justeru, saya berharap agar perhimpunan itu tidak diadakan kerana menyusahkan orang ramai terutamanya kami yang berniaga di kawasan berhampiran," katanya.

Menurut pemandu teksi, Mohd. Khusri Sharif, 45, perhimpunan itu akan mengganggu pendapatan mereka kerana banyak jalan yang akan ditutup seterusnya mengakibatkan kesesakan.

"Jika perkara itu berlaku, orang ramai tidak akan keluar rumah dan pendapatan kami sudah tentu terjejas," ujarnya.

Dia merayu penganjur kumpulan itu agar memikirkan kesan yang akan dihadapi oleh sesetengah masyarakat khususnya golongan peniaga dan pemandu pengangkutan awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved