Sabtu, 14 September 2013

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Cerita si bakal doktor

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

Biarpun berperangai gila-gila apabila bersama teman-teman, Ainaa tetap menjaga penulisan dalam blog kerana tidak mahu pembaca melabelkannya sebagai kanak-kanak.

MELIHATKAN perangainya yang gila-gila, pasti ramai tidak menyangka gadis yang berasal dari Tanjung Malim, Perak ini bakal bergelar doktor suatu hari nanti.

Bagi Ina Ainaa Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Ainaa Roseberry, 21, menjadi penuntut jurusan perubatan tidak bermakna dia perlu mengabaikan kehidupan zaman remajanya.

Pun begitu, menjadi prinsip bagi anak bongsu daripada lima beradik ini untuk bijak membahagikan masa antara pelajaran dan bersosial agar yang dikejar dapat, yang dikendong tidak berciciran.

Untuk mengenali lebih lanjut mengenai pemilik blog Ainaa Roseberry ini, jangan lupa melayari http://www.ladyainaa.com.

- LYNN/SHAHRIL AZMAN ZAIN

Kayuh basikal kembalikan nostalgia merdeka

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

NAIB Pengerusi Gabungan Basikal Klasik Malaysia (GBKM), Sanim Othman (tengah) mengetuai konvoi berkayuh sekitar Kuala Selangor sejauh 10kilometer baru-baru ini.

DALAM arus modenisasi, ramai yang menyambut kemerdekaan hanya dengan menonton pertunjukan bunga api atau perarakan hari kemerdekaan.

Namun berlainan pula dengan apa yang dilakukan oleh Gabungan Basikal Klasik Malaysia (GBKM).

Baru-baru ini, seramai 70 peserta terdiri daripada ahli GBKM dari Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor bergabung tenaga bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan ke-56 di Kuala Selangor, Selangor.

Kayuhan itu diadakan bertujuan bagi mengembalikan nostalgia kemeriahan menyambut kemerdekaan suatu ketika dahulu kepada generasi muda dan masyarakat setempat.

Menurut penyelaras program, Muhamad Fathir Baharudin, konvoi basikal klasik yang lengkap berpakaian zaman merdeka itu merangkumi jarak sejauh 10 kilometer mengelilingi pekan Kuala Selangor selama dua jam bermula dari pukul 4.30 petang.

Sepanjang aktiviti, peserta sempat singgah di beberapa lokasi untuk mengedarkan risalah jemputan kepada penduduk setempat yang menghadiri majlis sambutan kemerdekaan di Padang Merdeka, Pekan Lama, Kuala Selangor.

Program bertambah meriah apabila peserta berbasikal menggamatkan suasana dengan laungan merdeka serta deringan bunyi loceng basikal masing-masing," katanya.

Turut hadir menyempurnakan upacara pelepasan konvoi berbasikal berkenaan ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan.

Tambah Muhamad Fathir, peserta kembali semula berkonvoi dari Pejabat MDKS menuju ke Padang Merdeka pada sebelah malam untuk bersama-sama penduduk Kuala Selangor menyambut detik 12 malam.

Acara pada malam tersebut dimulakan dengan tayangan wayang pacak mengenai dokumentari kemerdekaan dan berakhir dengan persembahan pentas serta pertunjukan bunga api. - IKHWAN IBRAHIM/AZRIN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved