Sabtu, 14 September 2013

Utusan Online - Jenayah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


PDRM ambil alih operasi AES - Zahid

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

KUALA TERENGGANU 14 Sept. - Pelaksanaan operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kini telah diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

"Ya. Saya ingin mengesahkan bahawa AES kini telah diserahkan secara rasmi operasinya kepada PDRM.

"Ia telah pun berkuatkuasa.. di semua lokasi yang ada AES iaitu lokasi sedia ada," katanya.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini dilapor berkata, kerajaan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES daripada syarikat pengendali.

Sebanyak 14 kamera AES beroperasi sejak sistem itu dikuat kuasa September 2012 dan setakat 11 Jun lalu, kerajaan mengeluarkan 673,339 saman dan mengutip kompaun sekitar RM20 juta.

Bayi koma dipercayai didera meninggal dunia

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

KLANG 14 Sept. - Bayi malang berusia enam bulan yang koma selepas dipercayai didera meninggal dunia petang ini selepas lima hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neo Natal (NICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini sejak Selasa lalu.

Bayi malang itu, Nur Sofea Insyirah Mohd. Sharil (gambar) dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.20 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan kejadian itu dan kes membabitkan bayi tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2011.

"Laporan awal menunjukkan kecederaan berlaku bukan disebabkan dipukul atau didera. Namun, kita masih menunggu keputusan bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selasa lalu, akhbar melaporkan polis menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan berhubung kes bayi tersebut yang disyaki didera hingga mengakibatkan mangsa koma akibat cedera di kepala.

Pengasuh wanita berusia 29 tahun tersebut diberkas di rumahnya di Jalan Yadi, Telok Gadong Kecil, di sini pada pukul 2.30 petang, Selasa lalu, namun dibebaskan semula selepas laporan awal menunjukkan kecederaan bukan disebabkan dipukul atau didera.

Wanita tersebut dilaporkan menghubungi bapa mangsa, Mohd. Sharil Ahamad, 28, pukul 4.30 petang sehari sebelum itu dan memaklumkan anak tunggal lelakinya tersebut terpaksa dihantar ke hospital swasta selepas mengalami sesak nafas.

Laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan retak pada tengkorak kiri mangsa selain pendarahan di otak tengah serta lebam di dahi.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved