Sabtu, 14 September 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kasut oxford cita rasa Malaysia

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

KASUT oxford jenama Lera menawarkan dua jenis kasut iaitu kulit tulen dan sintetik.

WANITA dan kasut sememangnya tidak dapat dipisahkan sebagai pelengkap gaya bagi menghidupkan penampilan seksi, ayu mahupun kasual.

Runtuhnya batasan gender tatkala berfesyen membuatkan si gadis mula tertarik dengan reka bentuk kasut bertali jenis oxford yang selama ini lebih sinonim dengan lelaki.

Kasut bertumit rata ini sangat sesuai digayakan untuk mereka yang sentiasa mahu tampak elegan dan ceria walaupun berpakaian kasual.

Jenama tempatan, Lera mampu memenuhi cita rasa kamu yang mana rekaan kasut oxford telah dipelbagaikan yang akan membuatkan kamu tampil up to date.

Selain itu, elemen batik turut diselitkan bagi memasukkan cita rasa Malaysia dalam rekaan tersebut.

- LYNN/MOHD. NAIM AZIZ

Eratkan perpaduan pada musim perayaan

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

Oleh KHAIRUL NAJIB SARULAH KHAN

SAMBUTAN perayaan seperti hari raya dan hari merdeka yang telah diraikan dengan penuh meriah baru-baru ini, bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan antara keluarga dan rakan-rakan tetapi juga boleh merapatkan hubungan antara kaum di negara ini.

Bagi Siti Khadijah Bahayudin, 24, atau mesra disapa Dieja, perpaduan yang kukuh penting untuk kestabilan sesebuah negara supaya rakyatnya dapat hidup harmoni dan mengamalkan perayaan masing-masing tanpa sekatan.

Menurutnya, setiap perayaan di negara ini seperti hari raya disambut dengan meriah dan itu adalah bukti perpaduan yang kukuh antara kaum di Malaysia.

''Setiap kali musim perayaan tiba, semua kaum di negara ini turut merasai kemeriahannya dan ini dapat dilihat apabila kita sama-sama berkongsi kegembiraan.

''Pada hari raya yang lalu, ramai kawan saya yang bukan beragama Islam mengucapkan selamat hari raya kepada saya dan apabila tiba perayaan mereka pula seperti Deepavali, Krismas serta Tahun Baru Cina, saya akan menyampaikan ucapan yang sama kepada mereka," katanya.

Ujar guru di Taska Kemas Port Dickson, Negeri Sembilan itu, setiap perayaan utama yang disambut rakyat berbilang kaum di negara ini perlu dijadikan landasan dan medan untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

''Dalam negara unik seperti Malaysia ini, kita menyemai erti persefahaman, hormat-menghormati dan berkasih sayang serta bertolak ansur tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

''Kesemua nilai ini adalah penting bagi menjayakan dan menyatukan perpaduan melalui gagasan 1Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya.

Katanya, semua elemen tersebut penting bagi mewujudkan rakyat yang lebih cintakan perpaduan di dalam mengekalkan keharmonian negara.

''Di saat kita menjamu selera dengan makanan yang lazat, jangan lupa mengukuhkan keakraban hubungan sesama insan yang berlainan agama dengan menjemput mereka menikmati juadah bersama-sama.

''Ini secara tidak langsung akan memberikan pengetahuan kepada mereka mengenai jenis makanan yang diutamakan di dalam sesuatu perayaan tersebut," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved