Ahad, 15 Disember 2013

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Kembalikan kenangan Dash Yonkuro

Posted: 14 Dec 2013 04:19 AM PST

Sebahagian kereta lumba mini yang sukar didapati menarik minat pengumpul, sekali gus menjadikan harganya melambung tinggi.

KEGILAAN kereta mini 4wd jenama Tamiya kini kembali lagi apabila permainan kereta itu yang agak menyepi beberapa tahun kebelakangan ini kembali diminati dalam kalangan peminatnya.

Pada awalnya permainan kereta mini ini mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 1980-an dan menjadi popular apabila siri animasi Dash Yonkura mula ditayangkan di televisyen tempatan pada awal 1990-an.

Siri animasi ini menampilkan beberapa anak muda yang cenderung dalam permainan kereta lumba mini, sekali gus mendorong mereka memasuki pelbagai pertandingan sehinggakan kereta mini itu laris jualannya.

Di Malaysia, pelbagai pertandingan dianjurkan dan ramai anak-anak muda cenderung mengubah suai kereta mini mereka agar menjadi lebih laju.

Ada banyak aspek diambil kira untuk menjadikan kereta mini ini stabil dan laju dengan menggunakan pelbagai teknik dan kemahiran bagi mendapatkan keupayaan maksimum.

Ruangan Fokus minggu ini mendekati mereka yang menggilai permainan kereta mini ini di pusat jualan dan permainan, Tamiya Underground di One Utama Petaling Jaya.

Rata-ratanya terkenang kembali semasa zaman kanak-kanak mereka bermain kereta permainan mini ini yang satu masa dahulu digilai ramai.

Motosikal lasak redah Banjaran Titiwangsa

Posted: 14 Dec 2013 04:19 AM PST

ABD. Aziz Mat Kiram (lima dari kiri) bergambar bersama sebahagian peserta program motosikal lasak di Kem Sangka, Raub, Pahang.

SUKAN motosikal lasak (motorcross) semakin digilai ramai. Daripada remaja belasan tahun sehinggalah melebihi orang dewasa berusia 50 tahun ke atas.

Ini dapat dilihat dalam program motosikal lasak melibatkan dua negeri, Perak dan Pahang baru-baru ini.

Sebanyak 87 peserta daripada pelbagai peringkat usia telah menjayakan program Merentasi Banjaran Titiwangsa (Ulu Slim-Raub) 2013 pada 16 November 2013 yang lalu.

Program yang bermula dari Kampung Pasir, Sungai Muda, Slim River, Perak itu menempuh laluan hutan sejauh kira-kira 17 kilometer menuju ke Kem Sangka, Raub, Pahang.

Sungguhpun jaraknya tidak jauh, namun laluan hutan yang merentasi bukit dan sungai memaksa peserta memerah kudrat sehingga melebihi 13 jam untuk menamatkan program.

Ketua kampung tersebut, Zainur Rahmat, 56, berkata, cabaran motosikal lasak bermula pada pukul 8.00 pagi dari Dewan Ulu Slim.

Setiap kumpulan katanya terdiri daripada 20 peserta yang mana peserta terawal tiba di Kem Sangka pada pukul 3.00 petang, manakala terakhir tiba pada pukul 9.30 malam.

Katanya, program itu melibatkan gabungan belia dalam kelompok Generasi Y. Antara lain, ia bertujuan mendedahkan generasi muda mengenai sejarah orang-orang lama yang meneroka negeri Perak dan Pahang.

"Ketibaan kami di Kem Sangka disambut oleh ADUN Batu Talam, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram," katanya sambil memberitahu program itu diharap dapat meningkatkan kesedaran anak muda terhadap kepentingan sejarah.

Seorang peserta, Mohamad Solehan Ahmad Tajuri, 26, memberitahu, beliau menunggang motosikal Demak DTM dan telah dua tahun menggunakannya sebagai motosikal lasak.

Menurutnya, minat yang bercambah sejak tahun 2009 telah mendorong dirinya menyertai banyak aktiviti motosikal lasak di seluruh negara.

"Namun, inilah laluan paling mencabar kerana terdapat tiga hingga empat lokasi memerlukan peserta motosikal dengan menggunakan tali untuk melepasi laluan berbukit yang licin akibat hujan," katanya.

Beliau berkata, ada satu ketika, setiap motosikal mengambil masa kira-kira satu jam untuk melepasi jarak 300 meter.

Iqbal Farid Mohd Samah, 21, pula berkata, beliau menggunakan motosikal Kawasaki KLX 150 sejak dua tahun lalu.

"Saya memang suka aktiviti motosikal lasak sejak zaman sekolah menengah. Lagipun, emak dan ayah menyokong minat saya ini," katanya.

Beliau yang pernah cedera akibat aktiviti motosikal lasak di Sungai Lang, Selangor pada tahun lalu mengakui laluan Ulu Slim-Raub itu paling mencabar yang pernah ditempuhinya.

"Rasanya, laluan ini paling teruk kerana berbukit bukau sehingga habis stamina saya untuk menolak dan menarik motosikal yang tersangkut," ujarnya.

Menjelaskan cabaran itu, katanya, laluan di Batu Hidang yang mempunyai bukit tinggi dengan selekoh berbentuk L menyebabkan penunggang perlu bijak mengambil sudut untuk membelok.

Dalam program tersebut, kira-kira 20 motosikal terpaksa ditinggalkan di dalam hutan kerana gagal melepasi cabaran, selain penunggang terlalu penat untuk menolak motosikal masing-masing ke garisan penamat.

Farid Aidil Omar, 18, pula berkata, beliau mula menunggang motosikal lasak sejak di tingkatan tiga persekolahan.

Sependapat dengan Iqbal Farid, katanya, detik paling mencabar adalah ketika mendaki bukit dekat Batu Hidang.

"Disebabkan hujan lebat, laluan menjadi becak sehingga tayar motosikal 'berpusing' di tempat yang sama tanpa dapat bergerak ke hadapan. Apabila ini berlaku, terpaksalah kami menolaknya," katanya.

Kesemua peserta program ini kemudiannya berkumpul di rumah Zainal Abidin Ahmad di Kampung Jasu untuk makan malam.

Majlis makan malam tersebut turut diserikan dengan persembahan kugiran dan cabutan nombor bertuah.

Para peserta turut diraikan dengan paluan kompang, bunga manggar dan dijamu dengan masakan kampung seperti gulai asam rom.

.com difahamkan, laluan Ulu Slim-Raub itu juga menjadi pilihan penggemar pacuan empat roda (4x4) untuk menguji kemahiran memandu masing-masing.

Mereka yang berminat untuk menyertai aktiviti di Kem Sangka boleh menghubungi Jeem Azmy di talian 012-4815686. - ROHANA MAN

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved