Ahad, 15 Disember 2013

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pastikan premis makanan bersih - MBI

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 14 Dis. - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memastikan premis makanan di bandar raya ini sentiasa bersih dan berada pada tahap terbaik menjelang Tahun Melawat Malaysia (TMM) tahun depan.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim berkata, pihaknya akan terus melipatgandakan usaha dalam memantau tahap kebersihan premis dan kualiti makanan yang disediakan bagi menjamin keselamatan warga tempatan dan pelancong yang berkunjung ke Ipoh.

Katanya, bagi tujuan itu, pihaknya melalui Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan di bawah Jabatan Kesihatan akan terus menjalankan pemeriksaan dari semasa ke semasa terhadap semua premis makanan di bandar raya ini.

"Sehingga 30 November lalu, sebanyak 5,844 pemeriksaan telah dijalankan dan 429 tawaran kompaun bernilai RM86,950 juga dikeluarkan berbanding hanya 5,488 pemeriksaan dan 355 tawaran kompaun bernilai RM67,350 tahun sebelumnya.

"Dalam tempoh sama, sebanyak lapan premis makanan yang tidak bersih dan kotor telah diarah tutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 semasa operasi bersepadu dijalankan sepanjang tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sijil Gred A di Restoran Marianis, di sini semalam.

Roshidi berkata, sehingga 1 Disember lalu, MBI telah menganugerahkan Sijil Gred A kepada 200 restoran, kedai makan dan kafe daripada 1,910 premis makanan yang beroperasi di sekitar Ipoh.

Katanya, sebanyak 59 premis restoran diberi insentif rebat sebanyak 20 peratus bagi bayaran lesen premis tahunan kerana berjaya mengekalkan sijil gred A untuk tempoh setahun.

Konvoi YMSC bantu keluarga miskin

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

PULAU PINANG 14 Dis. - Terpanggil untuk membantu golongan kurang berkemampuan di pedalaman Kedah, Kelab Sukan Pemuda Islam (YMSC) Pulau Pinang menganjurkan Ekspedisi Amal yang disertai 10buah kereta.

Selain 30 keluarga miskin di Sik, Baling dan Parit Panjang, Kedah, konvoi itu juga menyerahkan bantuan kepada 10 lagi keluarga kurang berkemampuan di Butterworth.

Presiden YMSC, Munower Sadiq Kader Sultan berkata, program tersebut akan dijadikan acara tahunan bagi membantu golongan kurang berkemampuan meneruskan kehidupan.

"Kami telah membuat tinjuan sejak tiga bulan lalu dan hari ini konvoi amal yang dianjurkan Biro Sosial YMSC dapat direalisasikan.

"Selain menyerahkan bantuan, peserta konvoi juga akan membuat kaji selidik mengenai keperluan jangka panjang setiap keluarga yang kami ziarah dan kami akan membuat susulan pada masa depan," katanya sebelum pelepasan konvoi di pejabat YMSC di Lebuh King, di sini baru-baru ini.

Majlis pelepasan konvoi disempurnakan oleh Pengerusi Kumpulan Barkath, Datuk Seri Barkath Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Merchantrade Asia Sdn. Bhd., K. Ramasamy.

Setiap keluarga terbabit menerima barangan keperluan harian bernilai RM100 serta wang tunai RM50.

Salah sebuah keluarga yang dikunjungi konvoi amal itu juga menerima sebuah motosikal untuk kegunaan harian mereka.

Sementara itu, Barkath Ali berkata, melalui program sedemikian, pihaknya dapat berkongsi segala rezeki diperoleh dengan masyarakat yang lebih memerlukan.

"Program seumpama ini akan diteruskan pada masa hadapan untuk memberikan keceriaan kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved