Ahad, 15 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Semua bukti kaitkan Mat Sabu dengan Syiah diserahkan kepada Jakim

Posted: 14 Dec 2013 09:39 PM PST

BAGAN DATOH 15 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.

"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.

KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.

Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.

Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim. - BERNAMA

NUTP mahu bilangan guru kaunselor di sekolah ditambah

Posted: 14 Dec 2013 09:36 PM PST

KUALA LUMPUR 15 Dis./ - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan menjalankan ujian kesihatan mental di kalangan pelajar di samping berharap bilangan guru kaunselor di sekolah ditambah.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, seiring dengan langkah itu, Kementerian Pelajaran perlu mengisi keperluan guru kaunselor di sekolah-sekolah supaya ia selari dengan usaha membantu para pelajar yang bermasalah.

Pendekatan satu guru kaunselor untuk 500 pelajar yang dilakukan pada masa ini tidak lagi sesuai, dan nisbahnya perlu dikecilkan kepada satu guru kaunselor bagi 300 atau 350 orang murid sahaja," katanya.

"Nisbah yang kecil ini dapat membantu guru untuk lebih fokus menjalankan tugasan dalam membantu pelajar menangani tekanan mental dan emosi," katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam semalam bahawa kementerian itu akan menjalankan ujian kesihatan mental bagi pelajar sekolah menengah dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat mulai tahun depan. - BERNAMA

Mangsa banjir di Pahang semakin berkurangan

Posted: 14 Dec 2013 06:57 PM PST

KUANTAN 15 Dis. - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan semakin berkurangan kepada 4,751 berbanding 5,225 orang pada sebelah malam.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga pukul 9 pagi ini, kesemua mangsa banjir daripada 1,197 keluarga itu ditempatkan di 45 pusat pemindahan dari 57 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.

Jumlah tertinggi pemindahan mangsa banjir masih direkodkan di daerah Pekan namun jumlahnya berkurangan kepada 3,602 orang daripada 909 keluarga berbanding 4,076 orang daripada 1,100 keluarga malam tadi, di 45 pusat pemindahan.

Kuantan masih kekal dengan 736 orang daripada 188 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan manakala Maran juga kekal dengan 413 orang daripada 100 keluarga di lima pusat pemindahan yang masih dibuka. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved