Ahad, 15 Disember 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Glamor busana mewah

Posted: 15 Dec 2013 05:37 AM PST

Sesuai untuk acara karpet merah.

BERGAYA mewah ke majlis-majlis yang dihadiri membayangkan kehadiran anda umpama selebriti yang berjalan di karpet merah. Penampilan serba indah menggamit setiap mata yang memandang, lebih-lebih lagi jika memakai pakaian pereka terkemuka.

Dengan gabungan warna dan rekaan mengikut potongan badan, si pemakai tampil menawan.

Bagi penggemar koleksi gaya mewah, boleh mengunjungi Yamin's Boutique, 128 Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur yang menggabungkan dua pereka Yamin dan Sumatera.

Butik ini menawarkan baju kurung moden, gaun petang dan busana pengantin yang masih mengandungi nilai-nilai tradisional.

Setiap helaian diperincikan dengan labuci dan butiran manik berkualiti menampilkan setiap satu berbeza dan sangat eksklusif.

Selain itu, rekaan persalinan untuk majlis makan malam dengan rekaan moden juga disediakan elemen tradisional.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved