Jumaat, 17 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Petisyen hentikan pembalakan

Posted:

Petisyen hentikan pembalakan

Petisyen hentikan pembalakan

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my


HAMIDAH Osman (empat dari kiri) bersama ahli-ahli Persatuan Pencinta Alam Malaysia ketika hadir menyerahkan tandatangan 'Selamatkan Temengor' kepada Kerajaan Negeri Perak di Ipoh, semalam.


IPOH 16 Jun – Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) dan The Body Shop Malaysia menyerahkan satu petisyen mengandungi sebanyak 82,715 tandatangan bagi mendesak Kerajaan Negeri Perak menyelamatkan Kompleks Hutan Belum-Temengor daripada aktiviti pembalakan di sini hari ini.

Petisyen tersebut ditandatangani oleh pelanggan The Body Shop dan juga orang ramai di seluruh dunia termasuk secara dalam talian.

Presiden MNS, Profesor Madya Dr. Maketab Mohamed mengetuai delegasi MNS dan The Body Shop Malaysia menyerahkan dokumen tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman di Bangunan Darul Ridzuan di sini.

Hamidah mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menerima petisyen tersebut.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Hamidah berkata, beliau akan membawa petisyen tersebut kepada Menteri Besar untuk dibincangkan.

Namun, katanya, kerajaan negeri akan membuat pertimbangan secara adil dalam menangani isu tersebut kerana ia melibatkan sumber pendapatan kerajaan negeri serta industri pembalakan yang bernilai RM200 juta di negeri ini.

''Sekiranya saya katakan tidak boleh membalak di situ, ia tidak adil kepada kerajaan negeri yang memperoleh pendapatan dari hutan dan tanah. Kita tidak ada banyak sumber pendapatan lain," katanya.

Komplek Hutan Belum-Temengor merangkumi Hutan Simpan Kekal Belum seluas 117,500 hektar manakala Hutan Simpan Gerik (34,995 hektar) dan Hutan Simpan Temengor seluas 147,505 hektar.

Setakat ini, kawasan hutan seluas 117,500 yang melibatkan 87.58 peratus daripada Hutan Simpan Kekal Belum dan selebihnya meliputi kawasan Hutan Simpan Temengor dan Hutan Simpan Gerik telah diwartakan sebagai Taman Negeri Royal Belum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

3,100 karton rokok seludup dirampas

Posted:

3,100 karton rokok seludup dirampas

3,100 karton rokok seludup dirampas

ALOR SETAR 16 Jun - Taktik mengubah suai bot pelancong bagi tujuan penyeludupan untuk mengaburi mata pihak berkuasa terbongkar apabila Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 3,100 karton rokok dalam sebuah bot di perairan Kuala Jerlun dekat sini semalam.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Malaysia Daerah 1 Langkawi, Kapten Abdul Rahim Abdullah berkata, dalam operasi pukul 2.15 pagi itu, penyeludup didapati membina pelantar khas untuk menyembunyikan rokok berkenaan di bahagian perut bot gentian kaca tersebut.

Katanya, taktik seumpama itu sukar dikesan namun hasil intipan dan maklumat membolehkan kegiatan tersebut dipatahkan.

"Kesemua rokok tersebut dimasukkan ke dalam perut bot menerusi sebuah lubang yang kemudian ditutup dengan kotak penutup kawalan bot," katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Maritim Malaysia Kuala Kedah di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, sebelum kejayaan rampasan berkenaan, pihaknya mengesan sebuah bot dinaiki dua individu dalam keadaan mencurigakan dari arah tengah laut menuju ke Kuala Jerlun.

Menyedari mereka diekori, katanya, suspek memecut laju sebelum terkandas di pintu masuk ke Kuala Jerlun sebelum kedua-keduanya melarikan diri ke kawasan belukar berhampiran.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui 155 bungkusan plastik hitam dan merah berisi 3,100 karton rokok dianggarkan bernilai RM40,300 dengan nilai cukai RM300,000.

"Rokok ini dipercayai dibawa dari Langkawi untuk pasaran di sekitar negeri ini. Kami turut merampas bot dan enjin yang dianggarkan bernilai RM15,000," ujarnya.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135(1) (e) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barang tanpa kelulusan kastam yang mana kesalahan pertama boleh didenda maksimum 20 kali ganda nilai barangan atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Taman tema Tambun sumbang perpustakaan anak yatim

Posted:

Taman tema Tambun sumbang perpustakaan anak yatim

Taman tema Tambun sumbang perpustakaan anak yatim

IPOH 16 Jun - Taman tema Lost World of Tambun menyumbang sebuah perpustakaan bernilai RM50,000 termasuk akses Internet selama lima tahun kepada Asrama Anak-Anak Yatim Darus Salam Tambun di sini.

Pengurus Besarnya, Calvin Ho berkata, sumbangan tersebut turut meliputi buku-buku akademik, basikal, permaidani, baju-t, tuala dan kasut.

"Pada awalnya, kami bermula dengan jualan lemang dan kuih raya untuk mengumpul dana bagi sumbangan ini, namun, ia tidak menguntungkan. Selepas itu, kami mengambil masa selama dua tahun untuk merealisasikan hasrat ini melalui penjualan beg kitar semula.

"Sumbangan ini sedikit sebanyak diharap dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik melalui pendidikan," katanya selepas melawat Asrama Anak-Anak Yatim Darus Salam di sini semalam.

Turut hadir, pengetua dan pengasas Asrama Anak-Anak Yatim Darus Salam, Md. Suaid Din dan isterinya, Rohayah Abdullah.

Dalam pada itu, Md. Suaid berkata, asrama anak-anak yatim tersebut yang kini menempatkan seramai 29 penghuni itu terdiri daripada kanak-kanak dan remaja dalam lingkungan umur antara enam dan 15 tahun.

Menurut Md. Suaid, beliau sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka terhadap mana-mana pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada asrama tersebut yang diusahakan bersama isterinya sejak 2008.

"Pemberian sumbangan perpustakaan ini diharapkan dapat membantu tiga kelas pembelajaran yang beroperasi di sini bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved