Jumaat, 17 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Bekalan ikan tidak terjejas

Posted:

Bekalan ikan tidak terjejas

Bekalan ikan tidak terjejas

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Perniagaan ikan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bharu berjalan seperti biasa semalam di sebalik tindakan mogok oleh segelintir nelayan laut dalam.


KOTA BHARU 16 Jun - Bekalan ikan di negeri ini tidak terjejas di sebalik tindakan mogok oleh segelintir nelayan laut dalam di Perlis, Pahang dan Johor yang enggan turun ke laut.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Siti Khadijah di sini hari ini mendapati, bekalan hampir semua jenis ikan masih mencukupi untuk menampung keperluan pengguna.

Seorang pemborong, Kamarudin Mohd., 46, ketika ditemui berkata, bekalan ikan di sekitar pasar-pasar negeri ini mencukupi, malah aktiviti perniagaannya berjalan seperti biasa.

Katanya, dia mendapatkan bekalan ikan dari Thailand untuk dijual kepada peniaga di sekitar pasar ini dan kenaikan harga berlaku sedikit disebabkan kos penghantaran yang semakin meningkat.

"Walaupun saya dengar baru-baru ini segelintir peniaga di Perlis, Pahang dan Johor mengadakan mogok berkenaan, ia langsung tidak menjejaskan bekalan ikan di sini.

"Saya lihat para pemborong di pasar ini mempunyai banyak lagi stok ikan masing-masing untuk dijual kepada pembeli," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang penjual ikan, Halimah Che Hamat, 57, pula berkata, harga ikan yang dibeli daripada pemborong hari ini meningkat sedikit berbanding sebelum ini.

Sebagai contoh katanya, ikan selayang berharga RM6 sekilogram berbanding sekitar RM5 hingga RM5.50 sekilogram sebelum ini dan dijual pada harga RM7 sekilogram kepada pengguna.

"Bagi ikan tongkol pula, sebelum ini RM4 sekilogram, namun hari ini pemborong menjual RM5 sekilogram. Saya terpaksa menjualnya pada harga RM6 sekilogram," ujarnya.

Sementara itu, seorang suri rumah, Amnah Hassan, 58, mengakui berlaku sedikit kenaikan harga ikan di pasar berkenaan dan peningkatan tersebut mungkin membebankan golongan berpendapatan rendah.

"Para peniaga di pasar ini menjual ikan pada harga berlainan, ada yang murah dan ada yang mahal. Secara purata, harga ikan tidak seragam," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM4 juta taja 47 pelajar Terengganu ke Jordan

Posted:

RM4 juta taja 47 pelajar Terengganu ke Jordan

RM4 juta taja 47 pelajar Terengganu ke Jordan

KUALA TERENGGANU 16 Jun - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) memperuntukkan RM4 juta bagi menaja 47 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran ke Jordan September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, penajaan mereka dibuat di bawah tiga program anjuran Maidam iaitu memperkasakan ulama (lapan orang), latihan kedoktoran sakit puan (tiga orang) dan program al-Ansar (Pengajian Islam) seramai 36 pelajar.

Katanya, kos tersebut merangkumi tanggungan keperluan pembelajaran selama empat tahun bagi pelajar yang mengikuti kursus memperkasakan ulama dan pengajian Islam manakala enam tahun bagi kedoktoran.

"Bermula tahun ini, pelajar yang menuntut di Jordan bakal menerima tajaan sebanyak RM9,000 hingga RM12,000 manakala bagi penuntut di Mesir, mereka akan menerima RM5,000 hingga RM8,000 setahun," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada majlis penutup Kursus Intensif Bahasa Arab di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) dekat sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat dan Yang Dipertua Maidam, Datuk Mazlan Hashim.

Pada majlis itu, seramai 47 pelajar yang bakal melanjutkan pengajian ke Jordan berjaya menamatkan kursus intensif bahasa Arab selama sebulan bagi memantapkan penguasaan bahasa tersebut.

Dalam perkembangan sama, Wan Harujan berkata, pada tahun ini, pihaknya menyelaraskan pelajar-pelajar yang mahu menyambung pengajian ke Asia Barat bagi memudahkan Maidam memberi bantuan pengurusan pembelajaran.

Jelasnya, program tersebut julung-julung kalinya diadakan dalam usaha meningkatkan kualiti pelajar negeri ini dalam pencapaian mereka.

"Jika sebelum ini ramai pelajar yang ke negara itu dengan kos serta urusan sendiri namun bermula tahun lalu kita telah menyelaraskan program ke Asia Barat dengan menanggung segala perbelanjaan mereka termasuk memohon visa, tiket penerbangan, yuran kuliah dan pengajian sambungan.

"Mereka juga perlu mengikuti kursus intensif bahasa Arab yang disediakan sebagai persediaan awal," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PKKM sasar jualan produk batik RM150 juta tahun ini

Posted:

PKKM sasar jualan produk batik RM150 juta tahun ini

PKKM sasar jualan produk batik RM150 juta tahun ini

KOTA BHARU 16 Jun - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) menyasarkan jualan produk batik tahun ini sebanyak RM150 juta berbanding RM138 juta pada 2009.

Ketua Pengarahnya, Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan sambutan hangat yang diberikan peminat hasil kraf tersebut serta penguasaan 50 peratus jualan batik di pasaran, berbanding produk-produk kraftangan seperti hasil rimba dan logam.

"Selain itu, pihak kami berharap pengusaha batik dapat membuat penambahbaikan hasil keluaran mereka melalui aspek reka bentuk, corak serta inovasi baharu bagi memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa berubah-rubah.

"Kita juga menggalakkan pengusaha batik memanfaatkan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh PKKM," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pembatik Kelantan Berhad Kali ke-38 dan Pelancaran Logo 100 Tahun Batik Kelantan di sini.

Hadir sama, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) negeri, Wan Muhamad Sabri Wan Harun; Pengarah Jabatan Alam Sekitar negeri; Ruslan Mohamad; Pengarah Kraftangan negeri, Faizul Azha Ibrahim dan Pengurusi Koperasi Pembatik Kelantan, Kamaruzaman Mohd. Salleh.

Mengulas Pelancaran Logo 100 Tahun Batik Kelantan, Mohd. Kamil memberitahu, ia bagi memberi pemahaman kepada orang ramai tentang sejarah batik di negeri ini yang berusia hampir 100 tahun.

"Dengan adanya sambutan ini, kita berharap orang ramai dapat menilai kepentingan batik yang telah lama bertapak di Kelantan serta menjadi salah satu perusahaan di negeri ini.

"Selain itu, ia juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi rakyat Kelantan sejak dahulu lagi. Setakat ini Kelantan sudah mempunyai seramai 200 pengilang yang terlibat dalam industri ini, tidak termasuk mereka yang menjual hasil batik," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Kamil berkata, sebanyak RM8 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Pusat tahun ini untuk membangunkan hasil kraftangan, hasil rimba, anyaman, logam serta batik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved