Jumaat, 17 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Buru penggodam

Posted:

Buru penggodam

Buru penggodam

KUALA LUMPUR 16 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana kumpulan penggodam termasuk mereka yang menggelarkan diri sebagai 'anonymous'.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi tujuan itu, kerajaan mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat secara terperinci mengenai identiti dan lokasi penggodam tersebut.

Pada masa yang sama, beliau berkata, siasatan juga dibuat untuk meneliti sejauh mana serangan siber tersebut memberi ancaman kepada keselamatan negara bagi membolehkan segala langkah perlu diambil dengan kadar segera.

"Kita memandang serius perkara ini kerana ia memberi kesan besar kepada perjalanan kerajaan khususnya dari aspek sistem teknologi maklumat. Saya dapat maklumat bahawa sudah banyak laman web kerajaan yang digodam.

"Kita akan menunggu laporan bagaimana permasalahan ini hendak ditangani dan kita harap, tindakan sebegini tidak akan dilakukan secara berterusan. Apa pun kita pantau perkara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai serangan siber ke atas puluhan laman web kerajaan bermula pukul 3.30 pagi tadi, sehingga menyebabkan operasi laman web tersebut tidak boleh diakses.

Serangan itu dilancarkan oleh kumpulan 'anonymous' sebagai tindak balas terhadap ketegasan kerajaan Malaysia mengenakan sekatan terhadap Internet, tayangan filem serta siaran televisyen.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, tindakan tegas yang diambil SKMM ke atas media alternatif yang menggunakan Internet cuma ke atas kenyataan berbentuk hasutan kerana ia boleh mengancam keselamatan negara.

Menurutnya, kerajaan memberi jaminan bahawa dasar untuk tidak menyekat Internet akan terus kekal dan komitmen itu sudah disuarakan berulang kali oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

"Namun, kalau ada mana-mana pihak yang cuba menyalah guna atau melanggar beberapa peruntukan dalam undang-undang negara, SKMM mempunyai sepenuh hak untuk mengambil tindakan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis terima petunjuk baru

Posted:

Polis terima petunjuk baru

Polis terima petunjuk baru

KUALA LUMPUR 16 Jun - Polis mendapat petunjuk baru mengenai pihak yang menggodam laman web rasmi kerajaan dan swasta sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 41 laman web agensi kerajaan mengalami gangguan sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mendedahkan petunjuk tersebut kerana bimbang menganggu siasatan.

"Masih awal lagi untuk kita dedahkan siapa yang terlibat kerana siasatan sedang berjalan. Kita sedang membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menangani isu tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut SKMM, sebanyak 51 laman web tempatan telah digodam sehingga awal pagi ini menyebabkan 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Serangan itu berlaku ekoran kenyataan sebuah kumpulan dikenali Anonymous untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PDRM bantu SKMM tangani serangan laman web kerajaan

Posted:

PDRM bantu SKMM tangani serangan laman web kerajaan

PDRM bantu SKMM tangani serangan laman web kerajaan

KLUANG 16 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bekerjasama dengan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta agensi antarabangsa bagi menangani serangan penggodam terhadap laman web kerajaan yang dibimbangi menggugat keselamatan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dipertanggungjawabkan untuk menangani kes itu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Saya bimbang data dan maklumat itu pun boleh menjadi bernilai kepada sindiket tertentu dan pengganas yang mungkin mengancam ketenteraman dan keselamatan rakyat serta negara.

"Kita memandang serius perkara ini. Kita akan bekerjasama rapat dengan SKMM dan telah mengarahkan bahagian jenayah komersial untuk menangani hal itu serta cawangan khas dan unit risikan turut mempunyai rangkaian antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan, Jabatan Penjara di Kompleks Penjara di sini hari ini.

Seramai 45 pegawai Jabatan Penjara menerima kenaikan pangkat sekali gus mencatatkan sejarah bilangan kenaikan pangkat paling ramai dalam jabatan itu.

Menurut SKMM, sebanyak 51 laman tempatan telah digodam sehingga awal pagi ini menyebabkan sebanyak 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Serangan itu berlaku ekoran kenyataan sebuah kumpulan dikenali 'Anonymous' untuk menggodam laman web rasmi kerajaan www.malaysia.gov.my semalam dengan alasan kononnya kerajaan mengenakan sekatan Internet.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved