Sabtu, 21 Disember 2013

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Wiida kecil-kecil cili api

Posted: 20 Dec 2013 10:46 AM PST

TIDAK sampai dua tahun berkecimpung di dalam dunia blog, Ruwaida Ruzlan yang lebih dikenali sebagai Wiida berjaya menonjolkan bakat bagi menzahirkan pengalaman dirinya dalam bentuk penulisan blog.

Memiliki karektor lemah lembut dan bersuara kecil, siapa sangka gadis ini telah memenangi peraduan yang dianjurkan Maybelline. Pada mulanya, dia menyertai peraduan itu atas dasar ingin mencari pengalaman dan mencuba nasib.

Berusia 22 tahun, anak ketiga daripada empat beradik ini juga tidak kekok berdepan dengan lensa kamera ketika sesi penggambaran untuk membantu rakan-rakannya menyiapkan projek khas.

Gadis comel itu juga berkata, pada mulanya dia menulis blog ini mengenai kisah hariannya tetapi dua bulan berikutnya, dia mula beralih arah menulis tentang kecantikan selepas mendapat dorongan daripada ibu dan teman rapatnya.

Dia yang juga meminati reben dan pencinta kucing memberitahu kebanyakan hasil penulisannya mendapat perhatian syarikat kosmetik serta blogger yang sama aliran sepertinya.

Bagi yang berminat untuk mengenali lebih lanjut blogger yang menyediakan tips kecantikan ini, jangan lupa berkunjung ke http://www.wiidaribbon.com.

- AZRIN/ZAKARIA IDRIS

Kekal menawan dengan wide shawl

Posted: 21 Dec 2013 04:45 AM PST

MALAYSIA sememangnya terkenal dengan pelbagai pilihan tudung yang kini semakin mendapat perhatian negara luar apabila ada generasi muda menggunakan kesempatan ini untuk berniaga secara online.

Bukan sekadar corak, malah tudung kini sudah mempunyai pelbagai jenis dan ada yang berharga mencecah ratusan ringgit, bergantung kepada kualiti tudung berkenaan.

Minggu ini, .com paparkan kepada anda jenis tudung yang mendapat sambutan baik iaitu wide shawl. Jadi, apa kata anda cuba tudung ini yang dilihat sangat mudah untuk menggayakannya. Selamat mencuba. - AZRIN/WAN A. FARIS

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved