Sabtu, 21 Disember 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kenaikan tol, elektrik: Kerajaan akan beri penerangan

Posted: 21 Dec 2013 12:55 AM PST

TANAH MERAH 21 Dis. - Kerajaan akan memberi penerangan kepada rakyat mengenai kenaikkan tarif elektrik dan tol sekiranya ianya dilakukan, selain menimbangkan usaha-usaha bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikkan tersebut.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan akan bertindak memberi penerangan kepada rakyat di kampung-kampung serta bandar mengapa kenaikkan tersebut tidak dapat dielakkan dan mencari mekanisme berkesan mengatasinya.

Beliau berkata, tarif elektrik umpamanya, merupakan satu perkara yang sudah lama perlu dikaji semula dan kerajaan telah membuat pertimbangan sewajarnya setelah melihat kepada peruntukkan kewangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

"Kerajaan akan memberikan penerangan dengan sejelas-jelasnya serta mudah difahami oleh rakyat seterusnya dapat menyakinkan mereka. Sekiranya penerangan yang diberikan itu tidak menyakinkan sudah pasti pembangkang akan mengambil kesempatan dengan bertindak memutar-belitkan keadaan dan seterusnya terus menghasut rakyat supaya membenci kerajaan.

"Kerajaan juga akan menjelaskan kepada rakyat mengapa perkara ini (kenaikkan) perlu dilakukan dan sudah pasti juga kerajaan akan menimbang cara-cara meringan beban rakyat termasuklah dengan memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan lain-lain usaha.

"BR1M ini adalah satu kaedah yang diambil bagi meringan beban rakyat. Kerajaan sedar perkara utama yang menjadi perbualan sekarang adalah mengenai kenaikkan dan kerajaan akan berusaha menangani isu ini dengan sebaik mungkin bagi meringankan beban rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar di Kampung Cita Jaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kadar baharu tol diteliti agar tidak bebankan rakyat - PM

Posted: 21 Dec 2013 12:20 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Kerajaan sedang mengkaji dan meneliti kadar baharu tol lebuh raya supaya tidak memberi keuntungan yang tidak munasabah kepada syarikat konsesi lebuh raya sehingga membebankan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan juga sedang mencari jalan untuk mengurangkan beban rakyat termasuk memberi pas bermusim dengan diskaun kepada pengguna yang kerap menggunakan lebuh raya.

"Kita tak naklah pemegang konsesi dapat pulangan yang terlalu tinggi, ini kerajaan sedang teliti, jangan kenaikan ini beri keuntungan yang tak munasabah kepada pengusaha tol.

"...dan kita sedang mencari jalan bagaimana kalau ada cara lain mungkin bagi pengguna yang kerap, kita boleh bagi pas bermusim dengan diskuan kepada mereka.

Ini langkah-langkah (yang) kita sedang fikirkan," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan ke-60 MCA di Wisma MCA di sini hari ini.

Beliau berkata kutipan tol di lebuh raya adalah perlu dan tidak dapat dielakkan kerana syarikat konsesi perlu membayar balik pinjaman yang digunakan untuk membiayai pembinaan lebuh raya yang ada.

"Bila sektor swasta buat lebuh raya, sektor swasta kena pinjam duit. Anda adalah peniaga...bolehkah anda keluarkan sendiri dana RM5 juta? Anda perlu meminjam, anda perlu ke pasaran bon, bila pergi ke pasaran bon, anda perlu membayar.

"(Duit) dari mana? daripada tol...kalau tak ada tol, kena naikkan cukai...itu pun tak kena juga....tol itu (kena) pada orang yang pakai jalan (sahaja)," katanya. - BERNAMA

BR1M bakal diperluas kepada lebih kumpulan sasar

Posted: 20 Dec 2013 10:38 PM PST

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diperluas kepada lebih banyak kumpulan sasar supaya pemberian bantuan itu boleh memberi manfaat lebih tinggi kepada rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pelaksanaan tersebut sedang dalam kajian di bawah pembentukan satu model baharu yang dihubungkan dengan langkah rasionalisasi subsidi kerajaan.

"Pada masa ini kita sedang melihat seluruh bentuk langkah rasionalisasi subsidi ini kepada satu bentuk model baharu bagaimana untuk dikaitkan dengan Br1M.

"Model itu boleh memberi manfaat lebih tinggi berbanding sekarang ini dan kita sedang buat kajian yang dijangka selesai tidak lama lagi dan kita percaya ia boleh diperluas kepada lebih kumpulan sasar,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Waqaf serta menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) penubuhan Pusat Penyelidikan Waqaf Antarabangsa, anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved