Selasa, 12 Julai 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tidak hormati kedaulatan

Posted:

Tidak hormati kedaulatan

Tidak hormati kedaulatan

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

BETONG 11 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana membohongi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila tetap membawa penyokong ke jalanan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbuatan itu amat serius kerana ia tidak menghormati kedaulatan Seri Paduka sebagai ketua negara yang telah memberikan titah nasihat dan ingatan supaya mereka tidak berbuat demikian.

Justeru katanya, rakyat mesti mengambil iktibar daripada kejadian itu kerana ia merupakan satu cubaan menerapkan elemen asing di negara ini yang menjunjung sistem demokrasi dan undang-undang.

"Apa yang berlaku ialah mereka tidak menghormati kedaulatan Seri Paduka sebagai ketua negara yang telah memberi nasihat.

"Mereka berbohong, sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong (mereka) kata tak akan lakukan sebegini untuk berhimpun atas jalan, buat demonstrasi haram, apa yang berlaku adalah sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat Bakir di Penom, Ulu Paku, di sini hari ini.

Hadir sama, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri, Puan Sri Empiang Jabu dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isteri, Datin Seri Masnah Rais.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, perbuatan itu menunjukkan bahawa pihak yang sebenarnya tidak mematuhi dan menghormati undang-undang ialah penyokong Bersih dan pembangkang.

"Dari awal lagi kita kata mereka pertubuhan haram, namun begitu mereka tidak menghormati dan mereka lakukan perkara sebegini.

"Ia satu pengajaran kepada kita, hal sebegini tidak mahu kita jadikan budaya dan sebab itulah tindakan tegas dari sudut undang-undang oleh polis amat penting," katanya.

Sementara itu, beliau melahirkan keyakinan bahawa tindakan tegas yang diambil polis terhadap demonstrasi haram Bersih disokong oleh majoriti rakyat yang tidak mahu perkara seumpamanya berulang.

Katanya, majoriti rakyat juga menyatakan kelegaan mereka dengan tindakan pantas polis.

"Majoriti merasakan langkah langkah dan tindakan yang diambil menepati aspirasi rakyat yang mahukan negara ini kekal aman, tidak ada pergolakan, tidak ada politik jalanan, menentang demokrasi secara tidak teratur dan tidak betul dari sudut undang-undang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia tubuh konsulat di Turkmenistan

Posted:

Malaysia tubuh konsulat di Turkmenistan

Malaysia tubuh konsulat di Turkmenistan

Oleh Mohd. Kamil Yusuff


NAJIB Tun Razak diiringi oleh Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov, melakukan pemeriksaan perbarisan sewaktu tiba di Istana Presiden, Ashgabat semalam. – BERNAMA


ASHGABAT 11 Julai – Malaysia akan menubuhkan sebuah konsulat di ibu negara Turkmenistan ini dalam usaha mempertingkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara terutama di bidang minyak dan gas, perdagangan, kewangan dan pembangunan modal insan.

Dalam masa yang sama, kerjasama ekonomi juga akan turut diperkukuhkan dengan mempelbagaikan bidang baru kerjasama termasuk pendidikan, elektronik, sains dan teknologi serta tekstil.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihaknya kini sedang dalam usaha merealisasikan penubuhan konsulat tersebut memandangkan Turkmenistan merupakan salah sebuah negara rakan strategik utama Malaysia di Asia Tengah.

Pada umumnya, nilai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara masih kecil walaupun pada 2010, Turkmenistan merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Asia Tengah.

Jumlah dagangan kedua-dua negara pada 2010 hanya AS$28.90 juta berbanding AS$205.61 juta pada tahun sebelumnya.

''Turkmenistan adalah negara sahabat Malaysia sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1992. Kita akan bekerja rapat dengan negara ini dalam pelbagai bidang untuk kepentingan bersama," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, hari ini.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di sini tengah hari ini dalam rangka lawatan dua hari ke negara yang mempunyai lima juta orang penduduk ini.

Selepas upacara sambutan rasmi, beliau mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Turkmenistan, Kurbanguly Berdymuhamedov, di Istana Presiden.

Perdana Menteri kemudiannya menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua buah negara.

Antaranya ialah memorandum kerjasama antara Dewan Perniagaan Turkmenistan dan Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia serta perjanjian penjualan gas antara Petronas dan pihak berkuasa pengurusan dan penggunaan sumber hidrokarbon Turkmenistan.

Turut ditandatangani ialah memorandum antara Malaysia dan Turkmenistan mengenai kerjasama di bidang minyak dan gas serta isu-isu hal ehwal luar negara.

Perdana Menteri dan rombongan kemudiannya diraikan oleh Presiden Berdimuhamedov dalam satu majlis jamuan makan malam negara, sebelum berlepas ke Kiyanji, Turkmenbasy, kira-kira 600 kilometer dari sini untuk beberapa acara lain esok.

Pada hari kedua lawatan, Najib dan Presiden Berdimuhamedov akan merasmikan bersama Terminal Gas Petronas dan menyaksikan upacara pengeluaran gas pesisir pantai pertama Petronas, sebelum berlepas pada tengahari untuk lawatan rasmi ke United Kindom. – UTUSAN

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah panjang di Sarawak diwartakan sebagai Bangunan Warisan

Posted:

Rumah panjang di Sarawak diwartakan sebagai Bangunan Warisan

Rumah panjang di Sarawak diwartakan sebagai Bangunan Warisan

BETONG 11 Julai - Masyarakat Dayak menerima satu lagi pengiktirafan kerajaan apabila rumah-rumah panjang terpilih yang berusia antara 50 hingga 80 tahun ke atas bakal diwartakan sebagai Bangunan Warisan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rumah panjang berkenaan merupakan salah satu kekayaan khazanah warisan negara yang mempunyai signifikan tersendiri apatah lagi jika ia dihiasi ukiran dan bahan-bahan seni tempatan.

Katanya, aspek seni itu menunjukkan tingginya nilai budaya suku kaum di negeri ini manakala rumah panjang itu sendiri adalah satu perlambangan perpaduan dan semangat kerjasama para penghuninya.

"Sebagaimana kita lihat rumah ini yang sudah berusia 85 tahun tetapi masih tegap berdiri hasil usaha bapa-bapa terdahulu yang membangunkannya dengan titik peluh mereka, menebang dan memotong kayu belian menjadi tiang serinya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat Bakir di Penom, Ulu Paku, di sini hari ini.

Rumah Wilson Begat Bakir merupakan rumah panjang yang didiami oleh keluarga Uggah Embas.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, usaha mewartakan rumah panjang terpilih sebagai Bangunan Warisan dibuat bagi memastikan ia tidak hilang ditelan arus perubahan zaman.

Katanya, pewartaan itu tidak bermakna kerajaan akan mengambil alih rumah panjang terbabit kerana ia akan tetap kekal menjadi hak milik penghuninya.

"Ia adalah untuk memelihara mana-mana rumah panjang jika ada keperluannya supaya ia terus kekal sebagai warisan suku kaum rakyat negeri ini yang juga sebahagian daripada rakyat Malaysia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved