Selasa, 12 Julai 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bisikan anaconda Ulu Bendul

Posted:

Bisikan anaconda Ulu Bendul

Bisikan anaconda Ulu Bendul

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my


ORANG ramai memenuhi tempat-tempat yang boleh menyejukkan badan di Hutan lipur Ulu Bendul, baru-baru ini


KUALA PILAH 11 Julai - Hutan Lipur Ulu Bendul bukanlah lokasi asing kepada penduduk di negeri ini kerana ia terkenal dengan pelbagai spesies tumbuhan mahupun hidupan.

Dengan menjadikan dua elemen itu sebagai daya penarik, ditambah pula dengan air terjun, maka tidak hairanlah kawasan ini sering menjadi destinasi orang ramai untuk bercuti.

Jika sebelum ini hanya tumbuhan sahaja menjadi penunggu setia para pengunjung, kini ular sawa bakal 'menjalar' di lokasi ini dengan ular sawa jenis anaconda bakal menjadi daya penarik utama.

Melihat akan potensi lokasi itu menjadi sebagai pusat ekopelancongan, kewujudan Taman Ular Sawa di Ulu Bendul itu merupakan satu lagi aset pelancongan di negeri ini.

Taman Ular yang mula dibuka sejak Oktober itu bertujuan untuk memelihara semula reptilia berkenaan yang mana ia perlu dilindungi selain memperkenalkan spesies itu kepada umum.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kawasan yang dipilih ini mempunyai dirian hutan yang terdiri daripada kayu jaras, pokok kecil dan pokok besar serta terdapat sungai yang mengalir sekali gus menggambarkan suasana semula jadi hutan lipur itu.

Jelasnya, melihat kepada keadaan sekeliling, taman ini sesuai dan berupaya untuk mengumpul dan memelihara haiwan reptilia ini dari seluruh dunia secara in-situ dan ex-situ untuk pemerhatian umum di samping memberi kesedaran supaya spesies itu tidak pupus.

''Kita melihat kewujudan Taman Ular Sawa Ulu Bendul ini akan menjadikan lokasi ini sebagai kawasan ekopelancongan terkemuka dan popular di negeri ini yang mana orang ramai boleh datang untuk melihat sendiri spesies ular anaconda secara dekat.

''Apa yang saya dimaklumkan, taman ini mempunyai 42 ekor ular terdiri daripada 11 spesies," kata Mohamad pada lawatannya di Taman Ular Sawa Ulu Bendul di sini baru-baru ini.

Mohamad juga memberitahu, Taman Ular ini juga bakal menjadi salah satu lokasi penyelidikan bagi para saintis untuk menyelidik secara dekat mengenai keunikan reptilia berkenaan.

Tambah beliau, antara daya tarikan terbaru di taman ini ialah ular sawa batik yang mempunyai berat 90 kilogram dan panjangnya lebih enam meter.

''Malah kita juga memiliki ular jenis Green Anaconda yang mana ia telah melahirkan sebanyak 17 ekor ekor. Ular ini juga mempunyai berat lebih kurang 20 kilogram dan panjangnya hampir empat meter.

''Dengan pengalaman sebelum ini, saya percaya bahawa lokasi ini berupaya untuk menjadi salah satu pusat pelancongan terkemuka bukan sekadar untuk berekreasi semata-mata malah ia mampu menjadi tempat tumpuan orang ramai yang meminati ular sawa anaconda ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tidak perlu takut dengan anaconda

Posted:

Tidak perlu takut dengan anaconda

Tidak perlu takut dengan anaconda


ULAR sawa yang dipamerkan di Taman Ular Hutan Lipur Ulu Bendul, baru-baru ini.


KUALA PILAH 11 Julai - ''Anaconda yang ada di taman ini bagaikan permainan buat saya."

Itu yang dapat diperkatakan oleh Pengurus Taman Ular Hutan Lipur Ulu Bendul, Zainuddin Ismail mengenai pengalamannya mengendalikan pusat hidupan reptilia itu sejak tahun lalu yang kini menjadi tumpuan orang ramai.

Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang itu sejak 30 tahun lalu berkata, penjagaan ular anaconda ini agak rumit memandangkan ia memerlukan suhu selain habitat yang bersesuaian untuk membolehkan reptilia itu terus hidup di bawah jagaannya.

''Saya sebelum ini hanya menjadi salah seorang daripada penasihat Taman Ular Ulu Bendul ini. Namun sejak tahun lalu saya telah diberi kepercayaan untuk mengendalikannya.

''Penjagaan ular seperti ini bukanlah sesuatu yang mudah seperti kita lepaskan sahaja dan dia boleh hidup akan tetapi ia memerlukan tempat, suhu dan pemakanannya perlu dijaga bagi memastikan ular itu terus hidup," katanya di sini hari ini.

Zainuddin yang sebelum ini pernah berkhidmat di Taman Ular Sungai Batu Pahat, Perlis berkata, antara makanan yang diberikan termasuklah arnab, itik serta ayam dan ia hanya diberi makan seminggu sekali.

Malah katanya, spesies ular ini tidak berbisa akan tetapi langkah berjaga-jaga perlu diamalkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Ditanya mengenai perasaannya menjaga reptilia itu, Zainuddin memberitahu, beliau telah biasa berdepan ular apatah lagi di rumahnya sendiri di Perlis terdapat 59 ekor ular pelbagai spesies yang dipeliharanya.

''Sekarang ini ular-ular itu dikendalikan keluarga saya di sana. Bagi saya, tidak ada perkara yang perlu ditakutkan asalkan kita menjaga keselamatan, itu yang paling mustahak.

''Anaconda ini seperti yang kita tahu ia tidak berbisa dan kebiasaannya ia adalah haiwan yang akan dipamerkan di mana-mana pertunjukan ular dan orang ramai tidak perlu bimbang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu judi sengaja diperbesarkan

Posted:

Isu judi sengaja diperbesarkan

Isu judi sengaja diperbesarkan

MELAKA 11 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kesidang, Goh Leong San didakwa sengaja memperbesarkan isu judi kerana telah kehabisan modal untuk menarik perhatian ramai pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini.

ADUN Ayer Molek, Datuk Md. Yunos Husin berkata, kenyataannya ketika menjawab soalan tambahan Leong San dengan menyebut sebahagian besar masyarakat Cina dan India serta lain-lain kaum suka bermain judi, bukan bermaksud hendak memperlekehkan kaum tersebut.

''Kita semua akui memang orang Cina main judi, hari-hari mereka main judi, malah hari raya pun main judi, adakah kenyataan ini salah? Tak Salahkan!

''Saya tak kata semua orang Cina dan kenapa dia perlu naik angin. Dia tidak perlu emosi dan kita tidak pernah menghina orang Cina," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas insiden kekecohan selama setengah jam sewaktu menjawab soalan tambahan Leong San mengenai pendirian pihak kerajaan mengenai pemberian lesen judi di negeri ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah ADUN Duyung, Datuk Gan Tian Loo; ADUN Machap, Datuk Lai Meng Chong dan ADUN Klebang, Datuk Seet Har Cheow.

Akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh Leong San dan empat lagi ADUN DAP itu, Speaker, Datuk Othman Mohamad membuat keputusan ADUN Kesidang itu digantung daripada menghadiri sidang DUN hingga Rabu ini.

Beliau digantung mengikut Peraturan 343 Dewan Undangan Negeri iaitu menggantung mana-mana ADUN sehingga berakhir sidang DUN.

Sementara itu, Tian Loo kesal dengan tindakan Leong San yang sengaja menimbulkan kekecohan dan memutarbelit kenyataan Yunos yang tidak menyebut semua orang Cina suka bermain judi.

''Saya tidak menafikan sebahagian masyarakat Cina memang suka bermain judi. Sewaktu di dalam dewan, Yunos tidak pun menyebut semua orang Cina suka berjudi.

''Bagi MCA, memang kita tidak menggalakkan sebarang perjudian, tetapi kita kena menghormati hak asasi manusia," katanya.

Katanya, pembangkang sudah kehabisan modal dan mengambil kesempatan dengan sengaja memperbesarkan isu tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved