Selasa, 12 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Sahibba tingkatkan kosa kata

Posted:

Sahibba tingkatkan kosa kata

Sahibba tingkatkan kosa kata

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


Seorang peserta, Syed Aidil Adha Syed Md Zain, meletakkan jubin huruf pada papan di Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah dan Rendah peringkat negeri di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 11 Julai – Perbendaharaan kata adalah kunci kepada penguasaan bahasa yang baik sama ada kepada seorang penulis, pelajar dan hampir kesemua profesion yang menuntut pembinaan karangan dalam tugas seharian mereka.

Tanpa kosa kata yang sesuai, seseorang tidak akan dapat menyalurkan maklumat yang ingin disampaikan dengan tepat, malah pihak menerima informasi mungkin juga akan salah faham.

Secara umumnya, kita mengetahui usaha telah dilakukan pihak berwajib sejak dari peringkat awal lagi melalui pengajaran dan pembelajaran formal dalam kelas di sekolah bagi memastikan generasi muda mempunyai perbendaharaan kata yang tinggi.

Konsep 'bersahabat' dengan kamus mungkin antara perkara yang diterapkan bagi membantu pelajar menguasai ribuan perbendaharaan kata, namun ia juga perlu disokong dengan sesuatu rangsangan yang boleh mendorong minat mereka untuk mula membuka kamus.

Menyedari hakikat itu, mulai tahun ini, Kementerian Pelajaran menerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengambil langkah menganjurkan Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah dan Rendah peringkat kebangsaan bertujuan meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu di kalangan pelajar.

Sejak Jun lalu, pertandingan Sahibba peringkat daerah dan negeri giat diadakan bagi memilih wakil masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur, Oktober depan.

Permainan Sahibba adalah permainan papan membentuk perkataan bahasa Melayu berdasarkan permainan popular Scrabble yang berasal dari Amerika Syarikat (AS).

Dalam permainan yang disertai sekurang-kurangnya dua pemain ini, mereka dikehendaki membina perkataan sama ada secara melintang atau menegak di atas papan menggunakan kepingan jubin yang diambil secara rawak dari uncang disediakan.

Sahibba diperkenalkan pada 1976 oleh seorang guru dari Perak, Ting Sie Bing yang mengambil masa selama empat tahun melakukan kajian tentang permainan Scrabble sebelum mengadaptasinya ke versi bahasa Melayu.

Ketua Penolong Pengarah Bahasa Unit Bahasa Melayu Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan, Mohd. Hassany Hashim berkata, permainan Sahibba berbeza dengan Scrabble kerana pembinaan perkataan bahasa Melayu menggunakan huruf vokal yang lebih banyak berbanding bahasa Inggeris.

"Sebab itu apabila Cikgu Ting mereka semula Scrabble, beliau membuat perubahan utama di mana bilangan jubin huruf vokal yang lebih banyak disediakan dalam uncang untuk dipilih pemain.

"Jika menggunakan bilangan huruf vokal yang sama, permainan Sahibba sudah tentu akan terhenti awal dengan lebihan jubin konsonan yang tidak dapat digunakan kerana kekurangan huruf vokal," katanya.

Beliau ditemui pada pertandingan Sahibba peringkat negeri anjuran DBP Wilayah Timur dan Jabatan Pelajaran negeri dengan kerjasama Syarikat Permainan Malaysia (SPM) di Bahagian Teknologi Pendidikan (BPT) Pengkalan Chepa di sini, baru-baru ini.

Hadir sama memantau perjalanan pertandingan pada hari itu adalah Ketua Unit Penerbitan DBP Wilayah Timur, Ariza Che Ismail.

Seramai 48 pelajar pelajar tahun enam dan tingkatan tiga dari 16 buah sekolah rendah dan menengah seluruh negeri mengambil bahagian dalam pertandingan yang pertama kali diadakan bagi memilih enam wakil ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Mohd. Hassany berkata, permainan Sahibba amat sesuai dikembangkan menjadi salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerana konsep 'didik hibur' adalah daya penarik yang boleh memikat pelajar.

Katanya, dalam pertandingan Sahibba, pelajar bukan sahaja dikehendaki membina kosa kata malah boleh mencabar perkataan yang dibina pemain lain jika mereka berasa musykil dengan kesahihan perkataan lawan mereka itu.

Menurutnya, pelajar tidak dapat tidak akan berusaha mengenal dan memahami lebih banyak perkataan dalam kamus demi memastikan perolehan markah yang tinggi daripada kebolehan mereka membina perkataan dan dalam masa sama dapat mencabar lawan.

"Hakim yang memantau permainan akan merujuk kepada Kamus Dewan di hadapannya sekiranya ada pemain yang mencabar perkataan lawan atau menggunakan perkataan yang tidak dibenarkan.

"Semua perkataan dalam kamus boleh diguna kecuali kata nama khas, singkatan, kata majmuk, kata terbitan, kata ganda, bahasa pasar dan perkataan yang membawa konotasi buruk contohnya perkataan lucah dan unsur perkauman," katanya.

Sementara itu, guru bahasa Malaysia dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Mahmud Paduka Raja (2), Tanah Merah, Maznah Musa berkata, beliau amat mengalu-alukan jika permainan Sahibba digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran.

"Permainan Sahibba berupaya memupuk kreativiti pelajar peringkat sekolah menengah dan rendah membina kosa kata bahasa Melayu kerana mereka belajar tanpa rasa tertekan dan berasa seronok melakukannya.

"Saya berpendapat tidak ada masalah jika kita gunakan Sahibba dari peringkat awal lagi dalam kurikulum sekolah kerana manfaat secara langsung yang bakal diperoleh pelajar," katanya.

Murid tahun enam, Nur Anina Nazirah Mohd. Noor Yusmadi, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ibrahim (1), Pasir Mas pula berkata, permainan Sahibba tidak sukar untuk dimainkan malah ia permainan yang menyeronokkan.

Nur Anina Nazirah yang juga pemenang tempat pertama kategori sekolah rendah berkata, dia baru sahaja mula bermain Sahibba sejak sebulan lalu dan ia telah membantunya mengenal banyak perkataan baru.

"Saya akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini, bermain Sahibba dengan rakan-rakan tidak merugikan masa tetapi membantu kami menghafal banyak perkataan untuk digunakan dalam kertas karangan," katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor.

Selain Nur Anina Nazirah, lima pelajar lain yang akan mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan adalah juara kategori sekolah menengah Nasrul Airie Azahar, 15, dan naib juara Qistina Iwani Mukhtar, kedua-duanya dari SMK Dato' Mahmud Paduka Raja (2); dan tempat ketiga, Luqman Hakim Kamaruhen, 15, dari SMK Bachok.

Dua lagi pelajar bagi kategori sekolah rendah pula ialah naib juara Naimi Syahira Mohamad, 12, SK Kamil (2), Pasir Putih dan Siti Jamilah Hafizi, 12, dari SK Padang Garong (1), Kota Bharu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM47j tingkat perkhidmatan

Posted:

RM47j tingkat perkhidmatan

RM47j tingkat perkhidmatan

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


Zulkifli Ab. Rahman (tengah) beramah mesra bersama wartawan di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 11 Julai - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memperuntukkan kira-kira RM47 juta setahun bagi kerja-kerja menaik taraf perkhidmatannya untuk memastikan kira-kira 395,000 pengguna di negeri ini menikmati bekalan elektrik tanpa gangguan.

Pengurus Besar TNB negeri, Datuk Zulkffli Ab. Rahaman berkata, pada tahun lalu Indeks Sistem Purata Tempoh Gangguan (SAIDI) bagi negeri ini ialah 65 minit berbanding 73.1 minit pada 2009 dan 81.2 minit pada 2008.

Beliau berkata, tempoh gangguan itu berjaya dikurangkan berikutan kejayaan syarikat meningkatkan perkhidmatan melalui pelbagai langkah penambahbaikan yang telah dan sedang dilakukan.

"Pembaikan sistem yang dilakukan antaranya menukar kabel-kabel lama sekiranya berlaku kerosakan," katanya ketika meraikan media dalam satu majlis makan tengah hari di sebuah restoran di sini hari ini.

Zulkffli memberitahu ketika ini penggunaan tenaga elektrik di negeri ini ialah sekitar 220 megawatt berbanding kapasiti bekalan sebanyak 790 megawatt.

Beliau menambah, secara purata penggunaan tenaga elektrik di negeri ini menunjukkan peningkatan sekitar lima hingga enam peratus setahun dan ia masih mampu dipenuhi oleh syarikat.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pengguna supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran pihak tertentu untuk memasang alat-alat tertentu pada meter elektrik di rumah mereka kononnya ia mampu menjimatkan penggunaan elektrik.

"Jangan diusik meter itu kerana kita ada pasukan khas yang membuat pemantauan dan tindakan akan dikenakan kepada pihak terbabit," katanya.

Beliau turut menasihatkan pengguna supaya melayari laman web TNB bagi mengetahui pelbagai perkhidmatan baru yang disediakan secara dalam talian antaranya pembacaan meter dan jumlah penggunaan elektrik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SK Belimbing ke deklamasi sajak Cina kebangsaan

Posted:

SK Belimbing ke deklamasi sajak Cina kebangsaan

SK Belimbing ke deklamasi sajak Cina kebangsaan


Empat murid yang menjadi johan pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina peringkat negeri Kelantan bersama guru mereka di Tanah Merah, Kelantan, baru-baru ini.


TANAH MERAH 11 Julai - Sekolah Kebangsaan (SK) Belimbing mencatat sejarah tersendiri apabila terpilih mewakili negeri ini ke Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Sekolah Rendah peringkat kebangsaan di Melaka pada September depan.

Pemilihan itu hasil kejayaan SK Belimbing menjuarai pertandingan sama di peringkat negeri yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Pengkalan Chepa, Kota Bharu baru-baru ini.

Dalam pertandingan itu, SK Belimbing diwakili murid tahun tiga, Nor Shahira Abd. Aziz, Nik Hardina Nik Ruziha, Raja Puteri Daryana Raja Roslan dan seorang murid tahun dua, Mohd. Akmal Hafiz Ahmad Zahari.

Mereka mendeklamasikan sajak bertajuk 'Adik dan Kucing' atau Tee Tee Her Siaw Mau dalam bahasa Cina dan menewaskan enam sekolah lain.

Sementara itu, Guru Besar SK Belimbing, Noriah Hussin ketika ditemui memberitahu, SK Belimbing merupakan satu-satunya sekolah rendah di daerah ini yang mengajar bahasa Cina sebagai salah satu mata pelajaran sejak 2009.

Katanya, pasukan sekolah itu telah ditawarkan menyertai pertandingan tersebut pada tahun lalu, tetapi hanya muncul naib johan.

"Terpilih sebagai johan tahun ini merupakan satu kebanggaan dan perangsang kepada guru-guru dan murid-murid untuk menguasai bahasa itu dengan lebih baik pada masa hadapan," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, sempena pertandingan itu, murid terlibat akan diberi latihan intensif supaya mereka mampu memberi persembahan terbaik sekali gus mengharumkan nama sekolah dan negeri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved