Selasa, 12 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Keindahan Kota Tinggi tercemar

Posted:

Keindahan Kota Tinggi tercemar

Keindahan Kota Tinggi tercemar


KEADAAN longkang yang dipenuhi sampah sarap dan menyebabkan bau busuk di Jalan Tun Sri Lanang di Kota Tinggi.


Saudara pengarang,
KEINDAHAN bandar Kota Tinggi tercemar apabila penduduk khususnya pemilik premis perniagaan masih mengabaikan aspek kebersihan manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) kurang menyelenggara keadaan longkang dengan sempurna.

Senario itu mencacatkan pemandangan apatah lagi keadaan longkangnya yang tidak diurus dengan sempurna sehingga mendatangkan bau busuk dan pemandangan menjijikkan.

Keadaan tersebut dapat dilihat melalui Jalan Tun Sri Lanang berdekatan premis perniagaan di Dataran Jam ekoran sikap penduduk yang membuang sampah-sarap di dalamnya.

Pelbagai kempen dilaksanakan oleh PBT untuk melestarikan kebersihan dan keceriaan di daerah Kota Tinggi tidak akan tercapai jika sikap pentingkan kebersihan di kalangan penduduk dan peniaga masih di takuk lama.

Keadaan ini boleh menjejaskan masa depan sektor pelancongan lebih-lebih lagi tahun ini merupakan Tahun Melawat Kota Tinggi.

Apalah guna langkah pihak yang berkenaan mengindahkan lokasi tumpuan pelancong seandainya aspek kebersihan longkang dan kemudahan lain masih diabaikan.

Usaha itu juga menjadi sia-sia jika peniaga dan orang ramai tidak mementingkan tahap kebersihan dan hanya mengutamakan keuntungan tanpa mengambil berat aspek kebersihan serta sistem perparitan.

Apa yang membimbangkan, masalah kebersihan longkang yang tidak diselenggara dengan sempurna itu akan mewujudkan ketidakselesaan penduduk dan pengunjung sekali gus menyumbang kepada penularan wabak penyakit.

TEROPONG KOTA

Kota Tinggi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak Segamat bangga dengan Pegawai Daerah

Posted:

Anak Segamat bangga dengan Pegawai Daerah

Anak Segamat bangga dengan Pegawai Daerah

MAWAR BIRU

Saudara Pengarang,
SEBAGAI anak jati Segamat, saya bangga dengan pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh Pegawai Daerah Segamat yang ada sekarang. Walaupun belum setahun menjalankan tugas di daerah ini namun pelbagai perubahan telah dibuat.

Antaranya, pokok-pokok besar telah ditebang, kawasan tanah perkuburan turut dibaik pulih seperti di Kampung Lubuk Batu, laluan pejalan kaki dibaiki, kawasan sekitar bandar diperindahkan dengan landskap malah kawasan semak di tepi jalan utama di bandar turut dibersihkan.

Saya juga pernah mendengar cerita seorang warga emas yang mengadu kepada Pegawai Daerah agar laluan ke rumahnya diturap dan beberapa hari kemudian jalan tersebut siap diturap.

Malah walaupun baru bertugas, beliau telah menjelajah ke seluruh pelosok kampung di daerah ini untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh penduduk setempat seterusnya mengarahkan jabatan berkaitan mengambil tindakan segera.

Diharapkan juga agar Pegawai Daerah dapat membuat lawatan melihat keadaan kuarters kerajaan yang dihuni oleh kakitangan yang rata-rata berhadapan dengan pelbagai kerosakan.

Walaupun telah beberapa kali memohon pihak Jabatan Kerja Raya agar membaik pulih kuarters kerajaan tersebut namun alasan yang diberikan hanyalah tiada peruntukan atau peruntukan tidak mencukupi.

Kuarters lama juga semakin terbiar seperti rumah yang pernah didiami oleh Yang Berhormat Othman Jais di Bandar Batu Anam.

Saya yakin jika diberi peluang ada di antara kakitangan kerajaan yang mendiami kuarters berkenaan bersedia membeli kuarters tersebut jika pihak kerajaan tidak bersedia membaik pulih kuarters berkenaan.

Demikian juga diharapkan agar jalan-jalan diturap semula sebagaimana yang dilakukan pada belakang dan antara kedai di bandar ini.

Rata-rata penduduk Segamat mengharapkan Pegawai Daerah yang ada sekarang dapat terus berkhidmat di daerah ini agar banyak masalah dapat diatasi.

Kepada Pegawai Daerah Segamat, segala usaha dan jasa baik anda amat dihargai.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved