Selasa, 12 Julai 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Jangan putar belit fakta kematian peserta Bersih

Posted:

Jangan putar belit fakta kematian peserta Bersih

Jangan putar belit fakta kematian peserta Bersih

BETONG 11 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan parti pembangkang supaya tidak memutarbelitkan fakta mengenai kematian seorang peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Baharudin Ahmad, 59, petang Sabtu lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sedar bahawa pembangkang sememangnya tertunggu-tunggu kejadian sedemikian untuk dijadikan modal menanam kebencian di kalangan rakyat terhadap kerajaan dan polis.

"Pembangkang dan Bersih akan 'spin' cerita ini untuk menunjukkan satu kezaliman, untuk menunjukkan betapa kerajaan ini tidak bertindak secara teratur atau polis mengambil langkah keras.

"Kita tahu mereka akan 'spin' untuk tunjuk penguat kuasa tidak bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat Bakir di Penom, Ulu Paku, di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, Baharudin dilaporkan berada di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bersama peserta Bersih dan melarikan diri memasuki bangunan berhampiran, Avenue K sebelum sesak nafas dan disahkan meninggal dunia oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pembangkang melalui portal berita dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter kemudiannya membuat dakwaan kematian itu berpunca daripada tindakan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Namun, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan pihaknya melepaskan tembakan itu di kawasan KLCC.

Sementara itu, Muhyiddin yang menyifatkan kematian Baharudin sebagai sesuatu yang malang berkata, beliau pasti bahawa kejadian itu tiada kena mengena dengan tindakan polis yang didakwa ganas.

Katanya, berdasarkan laporan pihak polis dan HKL yang dimaklumkan kepadanya oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Allahyarham mempunyai penyakit darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

"Mungkin sewaktu terlibat dalam demonstrasi itu, dia berhadapan dengan serangan (penyakit), bukan kerana pihak luar yang buat.

"Sebagaimana kita tahu, faktor takdir Ilahi...itu sesuatu yang kita kena terima tetapi kita yakin polis tidak melakukan apa-apa kepada Allahyarham dan saya telah dimaklumkan polis akan memberikan penjelasan terperinci dalam perkara ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan sedia tunai semua janji di Sarawak

Posted:

Kerajaan sedia tunai semua janji di Sarawak

Kerajaan sedia tunai semua janji di Sarawak

BETONG 11 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengulangi komitmen kerajaan untuk menunaikan semua janji yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Negeri Sarawak, April lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, janji-janji itu merangkumi pengumuman yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau sendiri serta Menteri Kabinet Pusat dan negeri.

"Janji dan ikrar ini adalah untuk memajukan prasarana dan sektor ekonomi negeri dan Kabinet telah pun melantik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas meneliti semua senarai," katanya sewaktu berucap merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat Bakir, Penom, Ulu Paku, di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhyiddin mengumumkan kelulusan dana RM4.5 juta bagi projek pemeliharaan dan pembiakan ikan terubuk, dana RM350,000 bagi pembinaan gereja Sidang Injil Borneo (SIB) Betong dan pengagihan 900 buah netbook 1Malaysia untuk pelajar kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Betong.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu Ambiga: Peguam Negara tentukan

Posted:

Isu Ambiga: Peguam Negara tentukan

Isu Ambiga: Peguam Negara tentukan

KUALA LUMPUR 11 Julai - Polis masih menunggu keputusan peguam negara untuk mendakwa Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga dan beberapa individu yang terlibat dalam perhimpunan haram di ibu negara, kelmarin.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, keputusan sama ada Ambiga dan beberapa pemimpin parti politik serta para pengikut mereka akan didakwa kerana merusuh adalah bergantung kepada Peguam Negara.

"Keputusan sama ada perusuh akan didakwa dan ditahan di bawah Ordinan Darurat perlu ditanya kepada pihak peguam negara kerana ia di bawah bidang kuasanya.

"Begitu juga dengan tindakan akan diambil terhadap Ambiga kerana apa-apa sahaja berkaitan undang-undang adalah ditentukan oleh peguam negara," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Hishammuddin sebelum itu menerima taklimat daripada pengarah-pengarah PDRM yang terlibat dalam perhimpunan haram kelmarin dan sempat menyaksikan sebahagian daripada rakaman video semasa rusuhan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan keadaan di ibu negara kini kembali aman dan tiada insiden tidak diingini berlaku sejak perhimpunan haram itu berakhir pada pukul 6 petang, kelmarin.

Sehubungan itu, katanya, PDRM secara rasmi mengumumkan pengunduran operasi hari ini tetapi tetap menjalankan pemantauan untuk memastikan keadaan keselamatan terkawal.

"Semua penunjuk perasaan yang ditahan juga sudah dibebaskan dengan jaminan dalam tempoh kurang 24 jam kelmarin dan kini terpulang kepada peguam negara sama ada hendak mendakwa mereka," katanya.

Ditanya mengenai hasrat Bersih mahu menggerakkan gelombang kedua perhimpunan, beliau berkata, pihaknya tidak bimbang dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan berlaku.

"Kita sudah melaluinya (perhimpunan haram) sejak dahulu lagi iaitu demonstrasi jalanan membabitkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta Bersih satu dan Bersih dua.

"Jelas sekali majoriti rakyat Malaysia menolak demonstrasi jalanan. Jadi, takkanlah 10,000 mereka yang telah melakukan sesuatu yang jelas telah diharamkan nak mewakili berjuta-juta rakyat Malaysia yang tidak mahu benda ini berlaku," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved