Selasa, 12 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Durian ‘serang’ Pulau Mutiara

Posted:

Durian 'serang' Pulau Mutiara

Durian 'serang' Pulau Mutiara

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpulaupinang@utusan.com.my


Seorang pengunjung memilih durian yang kini umpama pesta di Balik Pulau, Pulau Pinang.


BALIK PULAU 11 Julai – Raja Kunyit, Lim Guan Eng, Abdullah, Kumpau, Udang Merah dan Kucing Tidur. Nama-nama tersebut sering 'bermain-main' di bibir orang ramai dan menjadi rebutan di Pulau Pinang pada masa ini. Namun, jangan terkejut.

Mereka bukan tokoh atau artis, sebaliknya merujuk kepada klon-klon durian yang kini 'menyerang' Pulau Mutiara.

Umpama pesta, gera-gerai menjual raja buah itu boleh dilihat di serata pelosok negeri.

Pulau Pinang kini dilanda 'demam' durian.

Seperti biasa, setiap kali tiba musim durian, Balik Pulau akan menjadi tumpuan penggemar durian termasuk pelancong asing.

Mereka datang ke situ bukan sekadar mahu menikmati durian terbaik di mana harganya kadangkala mencecah lebih RM40 sebiji, tetapi mahu melalui sendiri pengalaman meredah dusun untuk menunggu serta mengutip buah yang gugur dari pokok.

Seorang penjual durian, Tan Eow Chong berkata, peminat durian sanggup datang kerana mahu menikmati keenakan durian Balik Pulau yang cukup popular.

Katanya, para pelanggannya cuba mengelak terbeli jenis lain terutama durian Siam yang rupanya seakan-akan durian Balik Pulau.

''Bila datang ke sini, mereka puas hati kerana durian yang dijual adalah durian kampung, bukan durian Siam,'' katanya yang berpengalaman 30 tahun sebagai penjual durian ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, permintaan terhadap durian Balik Pulau masih tinggi walaupun musim kali ini kurang menjadi berbanding sebelumnya.

Sementara itu, peminat durian dari Kamunting, Perak, Norhayati Mohd. Zabidi, 26, memberitahu, musim durian di Pulau Pinang adalah saat paling dinanti-nantikan.

Jelasnya, keunikan rasa durian dari Balik Pulau mungkin kerana dusunnya di kawasan berbukit dan belum tercemar.

"Saya suka durian ini yang mempunyai rasa istimewa berbanding tempat lain," ujarnya.

Seorang lagi penjual durian, Yeoh Teik Lai, 54, berkata, dia mampu menjual antara 70 hingga 100 biji sehari.

Katanya, pelanggan tidak kisah untuk menghabiskan wang asalkan dapat menikmati isi durian terbaik.

"Selalunya musim durian akan berlanjutan selama dua bulan dan tahun ini boleh dinikmati hingga hujung Ogos," jelasnya yang memperoleh bekalan daripada para pemilik dusun di Balik Pulau.

Bagi penggemar durian, apa lagi yang ditunggu-tunggu. Ayuh 'berpesta' durian ke Pulau Pinang!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BN tidak pernah mengalah

Posted:

BN tidak pernah mengalah

BN tidak pernah mengalah

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


TENG Hock Nan (duduk) dan Zainal Abidin Osman (berdiri tiga dari kiri) bertegur sapa dengan para pengunjung ketika melawat Pasar Awam Taman Berjaya, Nibong Tebal, Pulau Pinang, semalam.


NIBONG TEBAL 11 Julai – Walaupun tidak lagi menerajui kerajaan negeri, kepimpinan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang tidak pernah mengalah malah terus komited turun padang, membela nasib rakyat tanpa mengira kaum termasuk di kawasan yang diwakili pemimpin pakatan pembangkang.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Seri Dr. Teng Hock Nan berkata, BN Pulau Pinang tidak mahu terikut-ikut dengan rentak kerajaan negeri pimpinan DAP yang lebih suka berpolitik sehingga dilihat mengabaikan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat.

Sebab itu, beliau yang juga Pengerusi Gerakan negeri berkata, BN tidak pernah jemu mengadakan pelbagai program turun padang untuk memenangi semula hati rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

''Walaupun kita (BN) tidak memegang tampuk kuasa kerajaan negeri, kita tidak pernah melupakan tradisi turun padang dengan bertanyakan masalah rakyat dan tampil sedaya-upaya untuk menyelesaikannya.

''Sebab itu, kita tidak pernah berhenti daripada menunaikan tanggungjawab yang kita pikul sejak lama dulu demi menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira kaum," katanya selepas mengetuai rombongan 200 pemimpin serta ahli BN negeri melawat Pasar Awam Nibong Tebal di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman dan timbalannya, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Timbalan Pengerusi MIC negeri, Datuk Dr. K. Rajapathy; Pengerusi PPP negeri, Datuk Dr. Loga Bala Mohan dan Ketua Wanita MCA negeri, Tan Cheng Liang.

Selain meluangkan masa kira-kira sejam bertanya khabar kepada peniaga pasar berkenaan, rombongan itu turut mengagihkan lebih 2,000 beg plastik mesra alam kepada pengunjung sebagai mempromosikan program pemuliharaan alam sekitar.

Hock Nan berkata, BN negeri sedang mengatur program turun padang yang akan dijalankan secara menyeluruh melibatkan parti-parti komponen termasuk di kawasan yang kini dikuasai pakatan pembangkang.

Katanya, jika sebelum ini, program sedemikian dijalankan mengikut kawasan, kali ini ia diadakan secara lebih tersusun dengan penglibatan bersama parti-parti komponen khususnya di tempat-tempat tumpuan umum.

''Dalam program ini, kita tidak memilih tempat, malah kita turun padang di kawasan yang dikuasai pakatan pembangkang. Soal itu tidak timbul kerana lebih penting kita turun ke bawah dan mendekati masyarakat," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Yayasan Felda sumbang RM36,000 untuk HTF

Posted:

Yayasan Felda sumbang RM36,000 untuk HTF

Yayasan Felda sumbang RM36,000 untuk HTF


Dr. Ismail Saad (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan duit raya dan bungkusan makanan kepada pesakit di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, semalam.


KANGAR 11 Julai - Yayasan Felda menyumbang sebanyak RM36,000 kepada Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk diagihkan kepada para pesakit sempena sambutan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Seramai 130 pesakit dewasa setiap seorang menerima sumbangan wang tunai RM100 dan barangan makanan yang kesemuanya bernilai RM300, manakala HTF menerima sebuah pengusung troli bernilai RM6,700 dan wang tunai RM3,000 untuk Tabung Perubatan HTF.

Ahli Pemegang Amanah Yayasan Felda, Datuk Dr. Ismail Saad berkata, program sedemikian adalah yang pertama dilakukan melibatkan hospital di luar Kuala Lumpur.

"Program ini merupakan salah satu aktiviti kebajikan bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan merupakan misi yayasan untuk menggalakkan kerja-kerja amal dan kebajikan," katanya.

Beliau menjelaskan demikian ketika berucap pada majlis meraikan pesakit HTF yang turut dihadiri Ahli Pemegang Amanah Yayasan Felda, Prof. Dr. Abd. Hamid Abdullah; Pengarah Yayasan Felda, Zalfan Mohd. Rashid dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Kesihatan, Abdul Rahim Muhd. Zain di sini, hari ini.

Menurut Ismail, program tersebut adalah sejajar visi Yayasan Felda sebagai peneraju utama pelaksanaan tanggungjawab sosial dan keprihatinan Kumpulan Felda.

Katanya, program yang dimulakan sejak tahun lalu akan diperluaskan lagi dan pada 20 Julai ini Yayasan Felda akan ke Terengganu dalam misi yang sama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved