Ahad, 12 Jun 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


6 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Posted:

6 keluarga tinggal sehelai sepinggang

6 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my


Keadaan sebuah rumah yang hangus terbakar melibatkan lapan rumah di Pondok Pak Su Wel, Kampung Dangar, Pasir Mas, semalam.


PASIR MAS 11 Jun - Enam keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila lapan rumah di Pondok Pak Su Wel, Kampung Dangar dekat sini musnah dalam kebakaran petang ini.

Ketua Operasi Balai Bomba Pasir Mas, Abdul Kadir Che Ya berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang dan ketika anggota bomba tiba ke tempat kejadian, empat rumah sudah musnah.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan, manakala punca kejadian dan jumlah kerugian masih disiasat.

"Pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 5.08 petang dan tiba di tempat kejadian pada pukul 5.25 petang kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

"Tiga daripada lapan rumah itu hanya terbakar 50 peratus kerana anggota kita bertindak pantas mengawal kebakaran," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang mangsa, Nora Bedolah, 38, berkata, semasa kejadian, dia bersama anak tunggalnya, Firdaus Che Ismail, 4, berada di dalam rumah.

"Sebaik sahaja menjenguk melalui tingkap, saya ternampak asap dan api sedang marak membakar beberapa rumah berhampiran bermula di bahagian lantai.

"Saya tidak berfikir apa-apa lagi selain menyelamatkan diri bersama anak dengan keluar dari rumah sehelai sepinggang sebelum menghubungi pasukan bomba," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ancaman gajah liar: Perhilitan tempatkan anggota

Posted:

Ancaman gajah liar: Perhilitan tempatkan anggota

Ancaman gajah liar: Perhilitan tempatkan anggota

MACHANG 11 Jun - Keresahan penduduk sekitar Kampung Limau Nipis, dekat sini mengenai ancaman gajah liar sejak dua minggu lalu, mendapat perhatian Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang menempatkan kakitangannya di sekitar kampung berkenaan.

Pengarah Perhilitan Kelantan, Rahmat Topani berkata, penempatan kakitangan tersebut dibuat untuk memudahkan penduduk kampung membuat aduan.

Beliau berkata, sebelum ini, pihaknya menerima aduan mengenai gangguan haiwan berkenaan yang turut merosakkan tanaman di beberapa buah kampung di Mukim Baka dan Cherang Hangus.

"Operasi menangkap haiwan terbabit akan dilaksanakan secepat mungkin selepas lokasinya dikenal pasti.

"Kemungkinan ia adalah kumpulan gajah yang ditangkap pertengahan bulan lalu yang berkeliaran di beberapa kampung di sekitar Bukit Baka, Cherang Hangus dan Pak Pucuk, Ulu Sat,'' katanya selepas melawat lokasi tanaman yang dimusnahkan haiwan liar itu di Kampung Limau Nipis di sini, semalam.

Rahmat menasihatkan penduduk kampung terbabit agar bertenang sekiranya berdepan dengan haiwan tersebut yang hanya bertindak agresif jika diganggu.

Beliau percaya, kumpulan gajah itu memasuki kawasan kampung berkenaan disebabkan habitat mereka di Hutan Simpan Bukit Baka terjejas akibat kegiatan pembalakan.

Sementara itu, seorang penduduk, Mohamad Jaafar, 69, menyambut baik langkah Perhilitan itu kerana mendakwa, sebahagian kawasan kebun nanasnya telah dimusnahkan haiwan berkenaan.

"Apabila dengar sahaja gajah, kami semua seram sejuk. Namun, dengan adanya kakitangan Perhilitan di sini, kami merasa lebih selamat dan berterima kasih di atas tindakan segera mereka," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penyu belimbing belum mendarat

Posted:

Penyu belimbing belum mendarat

Penyu belimbing belum mendarat

KUALA TERENGGANU 11 Jun - Walaupun musim pendaratan penyu biasanya telah bermula sejak Mei lalu, kelibat penyu belimbing dan karah belum lagi dikesan di pantai negeri ini terutama di Rantau Abang.

Pengarah Jabatan Perikanan, Zakaria Ismail berkata, ia bukanlah fenomena membimbangkan kerana kemuncak musim pendaratan adalah antara bulan ini hingga Julai dan berlarutan sehingga Ogos.

"Pada tahun lalu, beberapa ekor dikesan mendarat selepas selepas dua tahun tidak kelihatan di pantai Rantau Abang namun saya percaya haiwan itu akan kembali,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, katanya, kira-kira 90,000 biji telur penyu agar berjaya dipungut Jabatan Perikanan Terengganu sejak Mac lalu sehingga kini dan semua telur itu ditanam untuk program penetasan serta pembiakan spesies penyu itu di negeri ini.

Kata Zakaria, sepanjang tahun lalu, jabatan itu mengutip 397,262 biji telur penyu agar; 492 biji telur penyu belimbing; 3,480 biji telur penyu karah dan 2,422 biji telur tuntung laut.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 286,503 telur penyu agar, 2,394 biji telur penyu karah dan 1,552 telur tuntung laut berjaya ditetaskan," katanya.

Beliau juga menjangkakan pendaratan penyu tahun ini merosot berbanding tahun-tahun sebelumnya berikutan pelbagai masalah termasuk gangguan di kawasan pantai.

Untuk tujuan pemuliharaan pula, katanya, kerajaan negeri merizabkan 12 kawasan bagi pemungutan telur, antaranya Geliga di Kemaman, Cakar Hutan (Kerteh), Rhu Kudung, Paka (Dungun), Telaga Papan (Setiu), Pulau Redang dan Pulau Perhentian.

Menurut Zakaria, pihaknya juga membeli telur penyu daripada pemajak dengan harga RM2 sebiji bagi telur agar, karah, tuntung laut dan RM5 sebiji bagi telur penyu belimbing.

"Sebanyak RM150,000 diperuntukkan oleh kerajaan negeri bagi tujuan pembelian telur dan bayaran kepada pekerja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved