Ahad, 12 Jun 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Enam rumah dipukul ribut

Posted:

Enam rumah dipukul ribut

Enam rumah dipukul ribut

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my


PENDUDUK kampung bergotong-royong membantu membersihkan rumah yang dihempap pokok tumbang di Kampung Temenin Baru, Kota Tinggi, kelmarin.


KOTA TINGGI 11 Jun – Enam buah rumah mengalami kerosakan pada bumbung sementara sebuah kereta rosak teruk akibat dihempap pokok yang tumbang dalam kejadian ribut di dua buah kampung di sini semalam.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang yang melibatkan Kampung Temenin Lama dan Kampung Temenin Baru tetapi tiada kecederaan serius dilaporkan.

Salah seorang penduduk Kampung Temenin Baru, Norlela Tik, 41, berkata, ketika kejadian terdapat 15 ahli keluarganya termasuk dari sebelah iparnya sedang leka berbual di ruang tamu.

"Hujan luar biasa dan deruan angin kencang membuatkan saya rasa kurang senang. Tidak lama kemudian terdengar rekahan kuat dan apabila saya keluar, pokok manggis sebesar pemeluk kira-kira tiga meter dari rumah tumbang mengenai beranda rumah dan kereta milik ipar saya," katanya ketika ditemui.

Iparnya, Zaini Atan, 47, berkata, keretanya itu baru dibeli kira-kira enam bulan lalu dan dia melihat dengan jelas bagaimana bumbung bahagian beranda rumah diterbangkan angin sebelum pokok manggis itu tumbang.

"Melihatkan keadaan itu saya terus berlari meredah hujan sambil menjerit ke arah (penghuni) rumah supaya berjaga-jaga bagi menyelamatkan diri.

"Bagaimanapun saya bersyukur kerana kejadian berlaku hanya setakat itu malah semua ahli keluarga selamat," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki, yang datang melawat rumah mangsa sebaik sahaja dimaklumkan kejadian itu, berharap mereka yang terlibat agar bersabar menerima dugaan itu.

Beliau meminta semua mangsa yang terlibat supaya mendaftar dan melaporkan kejadian kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memudahkan kerja-kerja penyelarasan bantuan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahli geologi perlu tingkatkan peranan bantu kerajaan - MB

Posted:

Ahli geologi perlu tingkatkan peranan bantu kerajaan - MB

Ahli geologi perlu tingkatkan peranan bantu kerajaan - MB

JOHOR BAHRU 11 Jun - Ahli geologi dan pakar dalam bidang berkaitan disaran meningkatkan peranan mereka dalam usaha membantu kerajaan meminimumkan kesan kejadian bencana alam pada masa akan datang.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, usaha berkenaan dapat dilaksanakan melalui proses merakyatkan pengetahuan agar orang ramai lebih faham dan sentiasa bersiap sedia untuk mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kejadian seperti itu.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha komuniti profesional dan akademik dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat untuk menjadikan Johor kawasan selamat diduduki.

"Ahli geologi terutamanya daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) negeri banyak terlibat dalam memberikan ulasan rancangan pembangunan seperti kebenaran merancang dan pelan kerja tanah Jawatankuasa Teknikal Pusat Setempat (OSC).

"Ini bagi memastikan semua yang dirancang dapat dilaksanakan di kawasan yang selamat serta mampu bertahan untuk jangka masa panjang," katanya ketika merasmikan Persidangan Geosains Kebangsaan 2011 di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil.

Turut hadir Ketua Pengarah JMG, Datuk Yunus Abdul Razak; Pengarah JMG negeri, Shahar Affendi Abdullah Aziz dan Presiden Persatuan Geologi Malaysia, Prof. Dr. Joy J. Pereira.

Persidangan selama sehari bertemakan Geosaintis dan Etika Masyarakat Lestari itu bertujuan menerapkan kepentingan etika di kalangan ahli-ahli persatuan di samping berkongsi maklumat baru dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.

Ia juga merupakan platform kepada ahli geologi dalam menyumbangkan ilmu mereka untuk dikongsi secara bersama di peringkat kebangsaan dan global.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata, ahli geologi juga disaran untuk mempelbagaikan kajian mereka agar pengetahuan baru dapat diaplikasikan untuk kebaikan masyarakat dalam usaha mewujudkan masa depan yang lebih baik.

Katanya, selain itu ia juga dapat membantu menyebarkan maklumat yang tepat dengan segera bagi membolehkan usaha berkesan dilaksanakan bagi menangani isu-isu berkaitan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved