Ahad, 12 Jun 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Mansuh tol Batu Tiga, Sungai Rasau

Posted:

Mansuh tol Batu Tiga, Sungai Rasau

Mansuh tol Batu Tiga, Sungai Rasau

Oleh HELMI MOHD. FOAD
pengarang@utusan.com.my


NAWAWI Md. Zin menyerahkan memorandum meminta dimansuhkan tol Batu Tiga dan Sungai Rasah kepada Ashaari Ibrahim pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Shah Alam di Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 11 Jun – UMNO Bahagian Shah Alam bersama lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini menyerahkan memorandum mendesak kerajaan menghapuskan kutipan tol di Lebuh Raya Persekutuan melibatkan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau di sini sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Nawawi Md. Zin kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor bagi dikemukakan untuk pertimbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memorandum tersebut diterima oleh Setiausaha Politik Menteri Kerja Raya, Datuk Ashaari Ibrahim yang mewakili Shaziman selaku Ahli Majlis Tertinggi UMNO ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian tersebut di sini hari ini.

Desakan tersebut juga diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan yang membahaskan perkara itu dalam usul politik pada mesyuarat berkenaan.

Menurut Nawawi, para pengguna jalan raya terutamanya yang tinggal di bandar raya sudah lama terbeban dengan kadar tol di kedua-dua plaza tersebut iaitu perjalanan sehala dari Kuala Lumpur ke Shah Alam sebanyak RM1.10 dan seterusnya ke Klang RM1.

''Kebanyakan yang bekerja sama ada di Petaling Jaya atau Kuala Lumpur perlu membayar tol untuk perjalanan pergi dan balik sebanyak RM2.20 sehari manakala pengguna ke Klang terpaksa membayar RM4.20 sehari.

''Selama ini para pengguna jalan raya terpaksa membayar tol bagi menggunakan jalan persekutuan yang dinaik taraf menjadi lebuh raya Klang-Kuala Lumpur sedangkan ia adalah laluan utama dan rakyat tidak mempunyai alternatif kerana semua jalan keluar masuk ke Shah Alam dikelilingi tol," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menegaskan, kedua-dua plaza tol tersebut telah beroperasi sejak 20 tahun lalu dan dalam tempoh itu, pemegang konsesi lebuh raya, Plus Expressway Bhd. diyakini telah berjaya mengutip semula kos pelaburan menaik taraf jalan persekutuan itu.

''Dengan hambatan kos sara hidup yang amat tinggi sudah sewajarnya kedua-dua tol itu dimansuhkan demi membantu rakyat mengimbangi perbelanjaan berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

''Kerajaan dan pemegang konsesi boleh merundingkan semula tempoh baki perjanjian dan kami tidak nampak akan berlaku kerumitan kerana ia adalah syarikat milik kerajaan (GLC)," katanya.

Terdahulu, Ashaari dalam ucapannya berkata, UMNO telah membuat transformasi besar apabila jawatan Presiden UMNO dibuka kepada semula ahli yang layak sekali gus menunjukkan kepimpinan negara datang daripada akar umbi.

''Nanti siapa yang menjadi Perdana Menteri adalah mereka yang dipilih oleh rakyat, inilah keberanian yang ditunjukkan oleh kepimpinan Najib," katanya.

Beliau menegaskan, keadaan tersebut berbeza dengan parti-parti pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang hanya mementingkan kroni dan anak-beranak yang memegang jawatan parti dan menjadi wakil rakyat.

''Ini kroni Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Karpal Singh, dulu mereka tuduh kita mengamalkan kronisme, tetapi sekarang mereka lebih teruk daripada kita," katanya.

Pada mesyuarat tersebut, UMNO Bahagian Shah Alam turut menaja 1,000 naskhah Utusan Malaysia bagi diedarkan kepada para perwakilan dalam usaha menyokong perjuangan akhbar ini membela nasib orang Melayu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ibu rayu anak perempuan pulang

Posted:

Ibu rayu anak perempuan pulang

Ibu rayu anak perempuan pulang



KUALA LUMPUR 11 Jun - Seorang ibu merayu supaya anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak dua bulan lalu supaya pulang ke rumah kerana dia bimbangkan tentang keselamatan anaknya itu.

Azilawati Mamat, 38, dari Bukit Sentosa, Rawang, juga khuatir jika anak keduanya itu daripada lima beradik, Nur Nadira Syahira Rozali (gambar), 17, diambil kesempatan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk tujuan jenayah.

Jelasnya, kejadian bermula April lalu apabila Nur Nadira didapati keluar rumah ketika dia dan suaminya pergi menghantar anak sulungnya ke kolej di Shah Alam, Selangor.

Katanya, Nur Nadira keluar tanpa meninggalkan sebarang pesan kepada semua ahli keluarga serta tidak membawa kad pengenalan dan pakaian.

"Apa yang merisaukan kami sekeluarga adalah dia (Nur Nadira) seorang yang mudah mengekori orang yang tidak dikenali. Ketika meninggalkan rumah, dia tidak membawa MyKad dan hanya membawa wang tunai RM200," katanya ketika ditemui di pejabat Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Azilawati, Nur Nadira ada menghubunginya selepas seminggu menghilangkan diri dan berpesan supaya tidak risau kerana dia kini telah bekerja.

Katanya, namun apa yang menjadi tanda tanya bagaimana anaknya itu diterima bekerja walaupun tiada sebarang dokumen.

"Macam mana majikan dia boleh terima atau ambil dia bekerja sedangkan MyKad Nur Nadira ada dalam simpanan saya.

"Dia juga berpesan agar saya sekeluarga tidak melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa dan berkata dia dalam keadaan selamat," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali remaja terbabit diminta menghubungi balai polis berhampiran atau Azilawati di talian 012-9549742 dan 019-6351354.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved