Ahad, 12 Jun 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Ladang anggur aset pelancongan

Posted:

Ladang anggur aset pelancongan

Ladang anggur aset pelancongan

Oleh AZMAN MD. NOOR
utusankedah@utusan.com.my


MOHD. Tajudin Abdulah (kanan) bersama Mohd Iqbal S. Habeb (dua dari kanan) melihat buah anggur sambil diperhatikan Datuk Azizan Abdul Hamid (kiri) di Ladang Anggur Beris, Sik, Kedah, baru-baru ini.


SIK 11 Jun – Ladang anggur berdekatan Tasik Beris dekat sini yang menjadi tumpuan pelancong kini mencatatkan kehadiran mencecah ribuan pelawat setiap bulan dari dalam dan luar negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belantek, Mohd. Tajudin Abdulah berkata, ladang tersebut adalah antara aset agro pelancongan yang semakin popular bagi pelancong yang berminat dengan pemandangan keindahan alam berasaskan pertanian.

Ini kerana, selain ladang anggur, para pengunjung juga boleh melihat kawasan penanaman lada hitam, buluh madu dan menikmati pemandangan sambil berehat di chalet tasik tersebut.

"Kita yakin ladang anggur dan beberapa kawasan pertanian seperti lada hitam dan buluh madu akan menjadi tumpuan pelancong untuk datang melawat daerah ini," katanya.

Beliau ditemui selepas mengiringi lawatan Setiausaha Kerajaan negeri Perlis, Datuk Azizan Abdul Hamid dan Pengarah Pertanian Perlis, Ghazali Zakaria ke ladang anggur milik seorang pengusaha, Mohd. Iqbal S. Habeb di sini baru-baru ini.

Lawatan itu bagi melihat dari dekat perkembangan ladang tersebut yang kini menjadi tumpuan ribuan pengunjung setiap bulan.

Mohd. Tajudin berkata, sejak dibuka ladang anggur berkeluasan 40 ekar itu telah berjaya menarik pelancong dari Brunei dan Singapura pada setiap minggu.

Setakat ini ladang tersebut memiliki 11,000 pokok anggur pelbagai jenis seperti white malaga dan opal.

Mohd. Tajudin menambah, ladang anggur itu juga telah menaikkan nama daerah ini di mata pelancong dan seterusnya membantu mengembangkan lagi potensi agro pelancongan di Baling.

Katanya, apabila pelancong sudah mengenali daerah ini dengan tanaman anggur maka mereka boleh juga menikmati suasana percutian yang berasaskan keindahan alam sekitar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pesara disaran jadi petani

Posted:

Pesara disaran jadi petani

Pesara disaran jadi petani

KANGAR 11 Jun - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu menyarankan rakyat negeri ini yang akan memasuki tempoh persaraan tidak lama lagi melibatkan diri dalam bidang pertanian.

Beliau berkata, bidang berkenaan adalah yang paling sesuai untuk warga pesara bukan sahaja memberi pulangan pendapatan yang lumayan tetapi turut menyihatkan tubuh badan.

"Bagi mereka yang hendak bersara, eloklah bersara di kebun sahaja dengan bercucuk tanam kerana sekarang hasil pertanian memberi keuntungan yang banyak," katanya pada majlis Merakyatkan Pertanian Ke Arah Perlis Maju 2015 sempena sambutan Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Sirajuddin Putra Jamalullail di Alor Tampang di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

FAMA perlu giat promosi Teman

Posted:

FAMA perlu giat promosi Teman

FAMA perlu giat promosi Teman

IPOH 11 Jun - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu giat mempromosi Terminal Agribisnes Negara (Teman) di Gopeng berikutan terdapat rungutan peniaga yang mengalami kerugian ekoran kurang mendapat kunjungan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, FAMA juga perlu bertindak tegas ke atas peniaga yang belum memindahkan operasi perniagaannya di terminal itu walaupun telah dibuka sejak Ogos tahun lalu.

"Saya akan mengadakan perbincangan dengan pihak FAMA negeri dan berhubung terus dengan Pengerusi FAMA, Datuk Badruddin Amiruldin berhubung isu ini," katanya di sini hari ini.

kerana tidak mahu ia menjadi projek gajah putih.

"Walaupun masih di peringkat percubaan, itu bukan alasannya kerana keadaan pada masa ini lebih kritikal berbanding pada permulaannya, oleh itu kita kena mencari jalan bagaimana hendak menyelesaikannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan mengejut di sekitar pasar ikan dan sayur-sayuran di Teman di sini hari ini selepas menerima keluhan daripada beberapa peniaga yang menjalankan perniagaan di sana.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved