Ahad, 12 Jun 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kitaran haid tidak teratur

Posted:

Kitaran haid tidak teratur

Kitaran haid tidak teratur

Soalan 1

Doktor, saya berusia 20 tahun ingin bertanya, saya mengalami masalah haid dimana saya sering tidak didatangi haid. Saya mula baligh pada umur 13 tahun dan sejak itu haid saya hanya datang selepas enam hingga 10 bulan sehinggalah sekarang dan itupun haid saya hanya datang apabila memakan ubat turun darah yang diberikan oleh doktor. Untuk rujukan doktor, saya adalah seorang underweight, agak pasif dalam sukan. Saya menjalani pemeriksaan dan doktor mengatakan kurang hormon kerana kurang berat badan. Saya mengamalkan EPO tetapi masih tidak mendapat kitaran haid yang normal. Saya telah diberikan norethisterone dan haid hanya turun jika saya memakan ubat tersebut. Adakah saya menghidap amenorea sekunder? Jika masalah ini adalah disebabkan berat badan saya, apakah suplemen yang boleh doktor syorkan kepada saya untuk menambah berat atau ada cara lain supaya saya mempunyai kitaran yang normal. Saya mohon agar doktor membalas terus ke emel saya tanpa mencetaknya.

* Pening kepala, Johor

Jawapan:

Saudari janganlah pening kepala disebabkan masalah yang dihadapi. Ingatlah bahawa setiap sesuatu penyakit itu ada penawarnya. Saudari hendaklah berusaha bersungguh-sungguh semoga kitaran haid saudari menjadi normal. Memang tepat sekali sangkaan saudari. Ya, saudari mengalami amenorea sekunder.

Amenorea sekunder didefinisikan sebagai tidak datang haid berturut-turut selama 6 bulan bagi wanita yang kedatangan haidnya tetap setiap bulan. Amenorea sekunder berlaku kepada kurang dari lima peratus dalam kalangan remaja perempuan dan lebih 50 peratus berlaku dalam kalangan orang yang aktif bersukan. Terdapat pelbagai penyebab amenorea sekunder iaitu; senaman yang melampau biasanya di kalangan ahli sukan - atlet, kekurangan atau berlebihan berat badan (tidak mempunyai berat badan yang ideal), mengalami tekanan perasaan yang teruk dan gangguan pada emosi, pengambilan pelbagai jenis ubatan, kesan sampingan apabila berhenti mengambil pil perancang keluarga, mengalami sindrom ovari polisistik dan gangguan hormon lain seperti tiroid.

Seperti mana yang saudari nyatakan bahawa saudari adalah seorang yang underweight kerana mempunyai berat badan yang berkurangan dan tidak ideal. Kemungkinan besar inilah penyebab kepada masalah yang saudari hadapi. Elok berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan penyiasatan awal. Mengambil sejarah yang penuh, seperti sejarah keluarga, pekerjaan dan sejarah aktiviti, sejarah aktiviti seksual, gangguan emosi, perubahan berat badan dan sejarah perubatan lepas. Walau bagaimanapun, untuk menentukan hasil diagnosis pemeriksaan penuh sakit puan dan pelbagai ujian juga perlu dilakukan. Ujian ini termasuklah ujian darah untuk mengenal pasti aras pelbagai hormon. Ujian fungsi tiroid juga patut diambil. Ini adalah penting untuk mendapat diagnosis yang tepat dan rawatan yang sepatutnya dapat diberikan.

Di samping pengambilan ubat norethisterone yang berkala bagi mendatangkan haid, ada baiknya jika saudari mengamalkan pemakanan yang lengkap dengan mendapatkan bantuan dari pakar pemakanan bagi meningkatkan berat badan saudari ke tahap ideal. Moga dengan itu kitaran haid saudari akan berkitar secara normal.

Soalan 2

Bonjolan tanda kanser?

Saya berumur 31 tahun dan mempunyai dua orang anak. Saya mempunyai kemusykilan yang sudah lama saya simpan dan malu untuk bertanya sebelum ini. Saya mempunyai bonjolan di bahagian bawah kedua belah ketiak saya. Dulu semasa saya masih anak dara saya ingat kan dia hanyalah lebihan lemak dan mungkin kerana saya mempunyai saiz payu dara yang agak besar. Tapi daripada dahulu saya memang malu untuk memakai kemeja-T atau baju yang berlengan sangat pendek kerana bonjolan lemak pada bawah ketiak saya itu akan nampak terkeluar.

Sehingga saya melahirkan anak yang pertama. Ibu saya perasan bonjolan itu dan bertanya kepada saya. Saya pun memang tak tahu kenapa saya ada bonjolan sebegitu dan rasa malu bila di ajukan soalan itu. Ibu saya mendesak saya supaya buat pemeriksaan kerana dia risau bonjolan itu adalah tanda-tanda kanser payu dara. Disebabkan rasa takut malu dan segan saya untuk berjumpa doktor saya memberi bermacam-macam alasan kepada ibu saya. Doktor, bonjolan itu tidak pernah menyakitkan saya hingga semasa saya mengalami bengkak susu. Bonjolan itu turut saya mengeras dan menyakitkan seperti payu dara saya. Sekarang bonjolan itu kembali lembut seperti lemak biasa. Saya tertanya-tanya adakah bonjolan ini adalah tanda-tanda awal kanser payu dara seperti mana yang ibu saya fikirkan. Apakah yang saya lakukan?

* Yus, Dengkil

Jawapan:

Daripada sejarah dan simptom yang diceritakan, kemungkinan besar bonjolan yang dialami oleh Puan Yus disebabkan payu dara tambahan. Ia juga dikenali sebagai accessory breast atau polymastia. Sebanyak 0.4 hingga 6 peratus wanita mempunyai accessory breast ini. Besar kecilnya kelenjar payu dara tambahan ini pun bervariasi.

Adanya payu dara tambahan ini pada salah satu sisi ketiak ataupun kedua-dua belah ketiak. Kebiasaannya bonjolan (payu dara tambahan) akan lebih ketara semasa seseorang itu hamil atau menyusu anak. Ini disebabkan oleh rangsangan hormon.

Kadang-kadang bonjolan ini juga mempunyai areola (kulit berwarna gelap mengelilingi puting susu) dan juga puting susu. Maka tidak mustahil jika ia juga boleh mengeluarkan susu.

Wanita dengan kelainan seperti ini biasanya tidak selesa dengan kondisi tubuhnya. Munculnya kelenjar payu dara tambahan ini juga perlu berwaspada. Bonjolan yang tumbuh sebagai payu dara tambahan ini berkemungkinan berkembang menjadi tumor atau kanser yang tidak diingini.

Saya nasihatkan semoga Puan Yus berjumpa doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Mungkin Puan Yus dinasihatkan untuk menjalani pembedahan pembuangan bonjolan ini jika ia merungsingkan dan juga untuk sebab kosmetik. Pada masa yang sama bonjolan tersebut dapat dikaji dengan lebih terperinci bagi mendapatkan diagnosis yang sebenar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dunia kanak-kanak Darzian

Posted:

Dunia kanak-kanak Darzian

Dunia kanak-kanak Darzian

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto DJOHAN SHAHRIN SHAH
Solekan ANNA SHA (http://annashahana.blogspot.com)

DIA mesra dan petah berbicara. Kalau bercakap banyak perkara yang akan dibualkan. Daripada perihal kerjaya hinggalah impian dalam kehidupannya.

Orangnya tinggi lampai dan mempunyai cita-cita yang besar. Yang tinggi menggunung untuk memajukan diri lebih-lebih lagi berkaitan dengan dunia kanak-kanak.

Wajahnya yang nampak sederhana tanpa solekan ternyata sedikit berbeza selepas didandan.

Katanya, dia tidak pandai beraksi seperti seorang model. Tapi bukan itu tujuannya muncul di ruangan ini, sebaliknya Darzian Darbi ingin berkongsi pengalamannya bersama kanak-kanak Erra Art Club yang diasaskan Erra Fazira.

Bercerita tentang kerjayanya, Darzian bermula dengan Kelab Mickey Mouse dan kemudian bertugas sebagai guru seni.

Selepas beberapa tahun, Darzian menyedari dirinya tidak dapat dipisahkan dengan kanak-kanak. Melihat kanak-kanak bermain dan membesar memberi satu kepuasan kepada Darzian.

Justeru tawaran bekerja dengan kelab ini tidak disia-siakan.

Sikap Erra Fazira yang komited dengan kelab ini turut membuatkan Dazira senang untuk berkerja dengan bintang terkenal itu.

"Menerusi kerjasama Erra Art Club dan Staedtler, kelab ini memberi bimbingan dan mengembangkan bakat kanak-kanak khususnya dalam aktiviti kreatif seperti melukis. Ahli Erra Art Club akan menerima sekeping Erra Art Card eksklusif untuk menjemput mereka menghadiri acara-acara khas pada musim perayaan yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti seperti sesi bercerita, persembahan boneka, sesi nyanyian, peraduan melukis dan mewarna," jelas anak bongsu ini.

Dalam kelembutan bicara dan tingkah lakunya, anak kelahiran Selangor ini sebenarnya penggemar aktiviti luar dan ekstrem seperti menyelam dan terjunan .

Selain itu, Darzian menghabiskan hujung minggunya dengan melakukan kerja sampingan iaitu solekan tangan khusus untuk perkahwinan atau kecantikan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved