Ahad, 12 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pantai Puteri dilanda ribut

Posted:

Pantai Puteri dilanda ribut

Pantai Puteri dilanda ribut

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 11 Jun – Lebih 2,000 orang terdiri daripada anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan orang awam yang menghadiri program Eksesais Pertahanan Awam peringkat kebangsaan di Pantai Puteri di sini, panik apabila lima khemah yang digunakan dalam program itu diterbangkan angin ribut semalam.

Kejadian dipercayai berlaku pukul 9 pagi itu ketika program tersebut sedang berlangsung yang disertai kira-kira 1,500 anggota JPAM dari seluruh negara.

Menurut Pengarah JPAM negeri, Phang Ah Lek, seorang anggotanya cedera ringan dalam kejadian itu namun hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar selepas terkena sebahagian batang besi khemah yang diterbangkan ribut.

Katanya, program selama tiga hari itu yang bermula hari ini bertujuan meningkatkan skil kemahiran anggota JPAM seperti latihan tahan lasak laut, tugas menyelamat, kawad kaki, masakan kecemasan dan melawan kebakaran.

"Ada lebih 100 khemah bersaiz kecil dan besar dipasang di tapak program tetapi hanya kira-kira lima khemah sahaja tercabut dalam kejadian itu yang hanya berlangsung kira-kira 15 minit.

"Mujurlah tiada berlaku kejadian yang tidak diingini malah semua khemah tercabut dapat dipasang semula secara gotong-royong bersama anggota dan penduduk," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, sebelum kejadian, hujan melanda tapak program namun masih tidak menghalang anggota dan pengunjung membanjiri tempat berkenaan bagi memeriahkan acara di situ.

"Bagaimanapun, angin tiba-tiba berubah menjadi kuat dan sekejap sahaja, beberapa khemah yang dipasang sejak semalam, diterbangkan angin," katanya.

Katanya, sejurus selesai khemah terbabit dipasang semula, pihaknya menyambung semula program Eksesais Pertahanan Awam berakhir Ahad ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tingkat sistem penyampaian

Posted:

Tingkat sistem penyampaian

Tingkat sistem penyampaian

KUCHING 11 Jun - Setiap jabatan kerajaan, baik negeri mahupun persekutuan digesa mencari pendekatan baru yang lebih baik bagi mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan masing-masing kepada rakyat di negeri ini.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan berkata, kelemahan sistem penyampaian sedia ada menyebabkan pengetahuan rakyat mengenai perkara-perkara berhubung dasar dan program kerajaan masih daif.

"Hal sedemikian menjadikan kebanyakan dasar dan program kita dipandang negatif oleh rakyat meskipun ia dilaksanakan untuk kebaikan mereka.

"Justeru, kita perlu memikirkan jalan bagi menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar serta program-program kerajaan kepada rakyat dengan lebih berkesan," katanya ketika berucap pada majlis Penghargaan Program Sejiwa Senada di sini kelmarin.

Menurut Awang Tengah, setiap dasar dan program yang dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan perlu mengambil kira pendapat rakyat di peringkat akar umbi.

"Mereka (rakyat) mahu sama-sama terlibat dan ini adalah sejajar dengan apa yang hendak kita lakukan iaitu transformasi dalam perkhidmatan kerajaan," katanya.

Mengenai Program Sejiwa Senada beliau berkata, pelaksanaannya merupakan contoh keserasian gabungan serta kerjasama kukuh di antara kerajaan negeri dengan persekutuan dalam menyalurkan maklumat kepada rakyat.

"Program tersebut secara tidak langsung memberi peluang kepada para pemimpin turun padang untuk mendekati rakyat," katanya.

Pada majlis itu, Bahagian Kuching Utara memenangi tempat pertama Anugerah Khas Program Sejiwa Senada diikuti Bahagian Samarahan di tempat kedua serta Bahagian Limbang di tempat ketiga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bantu tingkat kebajikan syiar Islam

Posted:

Bantu tingkat kebajikan syiar Islam

Bantu tingkat kebajikan syiar Islam

KOTA BELUD 11 Jun - Umat Islam yang berkemampuan diminta memberi sumbangan ikhlas ke arah meningkatkan syiar Islam di negeri ini.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Musbah Jamli berkata, sikap membantu sesama umat merupakan amalan dituntut dalam Islam.

"Keikhlasan amat penting dalam hidup sebagai kunci kejayaan, justeru tingkatkan ekonomi supaya kita dapat beramal," katanya pada majlis perasmian Kursus Pengurusan Jenazah Untuk Muslimah anjuran Badan Dakwah Daerah Kota Belud semalam.

Kursus melibatkan 40 peserta dari enam kampung itu bertujuan memberi pendedahan kepada golongan wanita yang terlibat dalam menguruskan jenazah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved