Ahad, 12 Jun 2011

Utusan Online - Muka Hadapan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


‘Jangan sampai negara huru-hara’

Posted:

'Jangan sampai negara huru-hara'

'Jangan sampai negara huru-hara'

Oleh SAHBULAH DARWI
pengarang@utusan.com.my


HISHAMMUDDIN Tun Hussein bersama kanak-kanak melaungkan 'UMNO Boleh' di Kompleks UMNO Paya Mak Insun, Pendang, Kedah, semalam. – MINGGUAN/KAMAL BASIR


ALOR SETAR 11 Jun – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein khuatir perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) boleh mengakibatkan huru-hara apabila berlaku pertembungan antara kumpulan penyokong dan penentang demonstrasi jalanan itu.

Beliau berkata, ini kerana demonstrasi jalanan yang dijadual pada 9 Julai di ibu negara turut mendapat bantahan daripada banyak pihak yang menentang.

"Saya tengok orang yang tidak bersetuju dengan Bersih juga hendak buat perhimpunan dan banyak permintaan yang tak bersetuju dengan Bersih.

"Polis dan KDN akan pantau jangan sampai huru-hara negara kita ini kalau dua pihak iaitu yang menyokong dan menentang, bertembung," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pendang di Kompleks Paya Mak Ansun di Pendang dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas rancangan parti pembangkang dan badan bukan kerajaan menganjurkan tunjuk perasan Bersih yang kononnya menuntut pilihan raya lebih adil dan bersih.

Hishammuddin berkata, pihaknya akan bertindak jika berlaku pertembungan antara dua pihak itu hingga menjejaskan keselamatan.

"Bukan sahaja pihak berkuasa tetapi rakyat sendiri akan tolak Bersih kerana ia menyusahkan perjalanan harian mereka.

``Tiap-tiap demonstrasi jalanan yang marah orang biasa, yang tidak berdosa, orang berniaga dan orang nak bawa anak ke sekolah," jelasnya.

Mengulas mengenai Kelab Taat Suami di kalangan isteri berpoligami daripada Global Ikhwan Sdn. Bhd., yang dikaitkan dengan kumpulan Al-Arqam, Hishammuddin berkata, polis dan kementerian sedang menyiasat perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini laporan menunjukkan mereka tidak menjejaskan keselamatan negara dan polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika kumpulan itu melanggar undang-undang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amaran keras Perkasa, batalkan perhimpunan Bersih

Posted:

Amaran keras Perkasa, batalkan perhimpunan Bersih

Amaran keras Perkasa, batalkan perhimpunan Bersih

PASIR MAS 11 Jun - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan konsensus Ahli Parlimen Bebas merayu penganjur perhimpunan Bersih membatalkan hasrat untuk berhimpun pada 9 Julai ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pada masa yang sama, mereka memberi amaran keras dan akan bertindak balas terhadap penganjur perhimpunan tersebut sekiranya rayuan supaya membatalkan rancangan tersebut tidak diendahkan.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pihaknya tidak melihat justifikasi untuk penganjur Bersih yang diketuai bekas Presiden Majlis Peguam, Dato' Ambiga Sreenevasan dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk mengadakan perhimpunan secara besar-besaran di jalanan.

"Kalau mahu menghantar memorandum, ia boleh dibuat dengan cara elok tanpa berhimpun malah wakil mereka boleh bercakap dalam Dewan Rakyat tetapi saya lihat mereka ada agenda lain iaitu menghidupkan suasana seperti di Mesir, Tunisia dan Syria.

''Apabila ada himpunan puluhan ribu rakyat macam-macam boleh berlaku, golongan subversif akan mengambil kesempatan sehingga keadaan menjadi huru hara dan kerajaan sementara ditubuhkan di kalangan mereka.

"Saya tidak menolak kemungkinan Perkasa juga akan mengadakan perhimpunan pada hari itu dan saya juga bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

''Tetapi niat saya baik iaitu untuk menghalang pihak satu lagi daripada mencetuskan kekacauan," katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana Berkembar Parlimen Pasir Mas di Kampung Pohon Rawa di sini, malam tadi.

Ceramah itu turut disertai dua lagi Ahli Parlimen Bebas, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Datuk Zulkifkli Noordin.

Sebelum ini, beberapa laporan polis telah dibuat membantah tindakan penganjur perhimpunan gerakan Bersih.

Sementara itu, Zulkifli berkata, konsensus Ahli Parlimen Bebas akan membawa usul ke Dewan Rakyat di bawah peraturan 18 (1) bagi membahaskan rancangan perhimpunan tersebut Isnin ini.

"Saya tahu, saya kenal pemikiran mereka, cara mereka adalah mencetuskan rusuhan ketegangan dan keadaan tidak stabil yang boleh menjejaskan keselamatan semua kerana kepentingan politik.

"Pada 1998 saya terlibat secara langsung, bagaimana kita membuat perhimpunan dengan perancangan termasuk membakar beberapa tempat di Masjid India dan memecahkan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), ini tindakan provokasi sebab tidak ada cara lain untuk mengambil alih kerajaan," katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan supaya mencegah perhimpunan tersebut dengan menggunakan apa saja peruntukan undang-undang bagi menghalang perkara tersebut daripada berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sertai Meja Bulat 1Malaysia

Posted:

Sertai Meja Bulat 1Malaysia

Sertai Meja Bulat 1Malaysia

Oleh SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 11 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak rakyat menyertai perbincangan dalam talian 'Meja Bulat 1Malaysia' yang akan bermula Isnin ini.

Menurut beliau, perbincangan itu diwujudkan bagi membolehkan semua rakyat tanpa mengira kedudukan geografi, profesion dan usia mengemukakan komen, cadangan atau idea yang konstruktif demi meningkatkan tahap kehidupan mereka.

Jelas beliau, perbincangan itu akan melibatkan beberapa tokoh yang disegani terdiri daripada pakar-pakar bidang (SMEX) termasuk mereka yang berpangkalan di luar negara bertindak sebagai perantara.

"Saya percaya anda mengunjungi laman web saya, membaca blog dan status yang saya siarkan di Facebook dan Twitter serta mendaftar untuk menyertai acara bersama-sama dengan saya kerana anda berminat untuk meningkatkan ruang interaksi berhubung pelbagai isu yang melibatkan kita semua umpamanya 1Malaysia.

"Saya menghargai pandangan dan buah fikiran anda untuk merealisasikan transformasi negara. Meskipun blog saya ini menyediakan banyak ruang untuk kita berinteraksi, namun ruang terlalu luas bagi kita semua untuk membahaskan sesuatu isu.

"Sehubungan itu, untuk memastikan satu perbincangan yang lebih fokus, persekitaran yang sesuai dilengkapi dengan sumber dan pakar perlu disediakan," katanya dalam entri bertajuk 'Sertailah Meja Bulat Online (Roundtable) 1Malaysia' di blognya, http://www.1malaysia.com.my.

Perdana Menteri berkata, perbincangan itu sebagai memperbaharui konsep yang telah lama digunakan oleh pelbagai masyarakat untuk membincangkan isu-isu secara berhemah dengan hak setiap orang untuk bersuara dipatuhi dan setiap input yang diberikan dihargai.

Sempena pelancaran 'Meja Bulat 1Malaysia' Isnin ini, Najib berkata, topik pertama yang dipilih ialah 'Memupuk Gaya Hidup Sihat di Peringkat Sekolah' yang akan dikendalikan bekas pemain bola sepak negara, Serbegeth Singh.

Pada bulan depan katanya, beliau berhasrat mengetuai perbincangan meja bulat itu bagi mendapatkan pemikiran rakyat untuk Bajet 2012 sebagaimana yang dilaksanakan dalam penyediaan dua belanjawan lalu menerusi blog 1Malaysia.

Antara SMEX yang dijemput menyertai perbincangan meja bulat itu ialah tokoh korporat, Tan Sri Tony Fernandes; pakar bidang kreativiti, Tan Sri Lim Kok Wing; jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal serta beberapa selebriti, pemuzik dan jaguh sukan negara.

"SMEX ini begitu komited untuk menyampaikan beberapa isu, berkongsi masa dan pengalaman mereka untuk membantu anda menyusun idea seterusnya menyampaikan sorotan-sorotan utama perbincangan anda kepada saya untuk didalami atau dipertimbangkan untuk pelaksanaan.

"Antara bidang-bidang yang akan dibincangkan termasuk ekonomi, perpaduan nasional, kesihatan, penyertaan belia dan sukan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved