Rabu, 1 Jun 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Format Parlimen Belia diteliti

Posted:

Format Parlimen Belia diteliti

Format Parlimen Belia diteliti

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin bersama Ismail Sabri (dua dari kiri), Nafisah Radin, Ahmad Tajuddin Ali (tiga dari kanan) dan Peter Chin Fah Kui (kanan) melihat keunikan Bangunan Berlian Suruhanjaya Tenaga selepas majlis perasmian bangunan itu di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 31 Mei - Kerajaan masih meneliti format dan had umur bagi Parlimen Belia yang bakal ditubuhkan untuk membolehkan belia menyuarakan pandangan mereka kepada kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Parlimen Belia akan mempunyai wakil daripada belia pelbagai lapisan umur.

''Kita mungkin boleh mempunyai perwakilan pelbagai lapisan dan bukan semua wakil berumur di bawah 25 tahun. Mungkin juga kita akan jemput wakil dari golongan profesional.

''Semua ini belum diputuskan, Kementerian Belia dan Sukan akan mengemukakan bagaimana operasinya dan di mana ia akan dijalankan," katanya sebagai mengulas cadangan Majlis Belia Kebangsaan supaya wakil Parlimen Belia dianggotai oleh belia berumur antara 26 hingga 30 tahun.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Berlian dan sambutan 10 tahun Suruhanjaya Tenaga di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui; Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali dan Pengasas NRNR Architect Interior Design, Ar. Nafisah Radin.

Bangunan Berlian yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Tenaga berjaya mendapat pengiktirafan platinum dalam Indeks Bangunan Hijau dari Malaysia dan Green Mark dari Singapura.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kerajaan sedang mengkaji insentif sesuai yang boleh diberikan kepada pihak terlibat dalam pembinaan bangunan hijau.

''Pengubahsuaian perlu dilaksanakan untuk menjayakan konsep bangunan hijau, kerajaan sedang meneliti apa yang boleh ditawarkan kepada mereka yang terlibat.

''Pelaksanaan bangunan hijau perlu dijalankan secara berperingkat-peringkat, apa yang penting ialah meningkatkan kesedaran mengenai konsep ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TNB kena bayar penalti mulai 1 Januari 2012

Posted:

TNB kena bayar penalti mulai 1 Januari 2012

TNB kena bayar penalti mulai 1 Januari 2012

PUTRAJAYA 31 Mei - Kerajaan telah meluluskan Standard Prestasi Perkhidmatan untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang mengkehendaki syarikat pembekal elektrik itu membayar penalti dalam bentuk rebat kepada pengguna sekiranya gagal memberi perkhidmatan mengikut paras yang ditetapkan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, pihaknya telah meluluskan perkara tersebut pada 6 Mei lalu dan standard tersebut akan dikuat kuasa tahun depan.

''Saya yakin dengan pemantauan rapi oleh Suruhanjaya Tenaga, keselamatan dan keberterusan bekalan serta kualiti perkhidmatan utiliti tenaga akan terus meningkat," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Bangunan Berlian dan sambutan 10 tahun Suruhanjaya Tenaga di sini hari ini.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataannya berkata, aspek perkhidmatan yang diberi penekanan dalam standard baru itu antaranya seperti kekerapan gangguan (GSL1), masa pemulihan elektrik yang terputus (GSL2), masa yang diambil untuk sediakan talian bekalan (GSL3), masa yang diambil untuk menyambung bekalan (GSL4) dan tiada kesalahan dalam pemotongan bekalan (GSL5).

''Penguatkuasaan penalti GSL ini akan dimulakan dengan GSL3, GSL4, GSL5 pada 1 Januari 2012, ia tidak memerlukan apa-apa perubahan besar atau tambahan kepada sistem sedia ada.

''Penguatkuasaan penalti bagi GSL1 dan GSL2 akan dimulakan setelah Sistem Informasi Geospatial Korporat (CGIS) yang dibangunkan TNB siap pada 2015 di Lembah Klang dan 2020 untuk seluruh negara.

''CGIS adalah pangkalan data lengkap yang menyediakan maklumat bagi memudahkan TNB menyiasat jumlah kerosakan dan pengguna yang terlibat dengan gangguan elektrik," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Suruhanjaya Tenaga memberitahu, penilaian mendapati 2,000 megawatt (MW) kapasiti penjanaan baru diperlukan di negara ini menjelang 2016.

Menurutnya, kerajaan telah memutuskan satu unit penjana 1,000 MW dibangunkan TNB di tapak TNB Janamanjung di Lumut, Perak.

''Kerajaan juga memutuskan supaya perolehan kapasiti baru 1,000 MW dilaksanakan melalui bidaan terhad di tapak projek brownfield menggunakan teknologi supercritical yang lebih efisien.

''Buat julung-julung kalinya proses bidaan bagi pembinaan loji penjanaan baru dilaksanakan di Semenanjung dan dikendalikan oleh pihak bebas seperti Suruhanjaya Tenaga.

''Bidaan daripada Jimah Energy Ventures Sdn. Bhd. dan Transpool Sdn. Bhd. (anak syarikat Malakoff Berhad) telah diterima. Hasil penilaian telah dibawa untuk pertimbangan kerajaan dan akan diumumkan dalam masa terdekat," kata kenyataan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Contohi kerjasama ATM-PDRM

Posted:

Contohi kerjasama ATM-PDRM

Contohi kerjasama ATM-PDRM

PUTRAJAYA 31 Mei – Kejayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangkul Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010 menerusi kerjasama strategik dalam memperkasakan keselamatan negara perlu dicontohi oleh agensi kerajaan yang lain.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin berkata, kerjasama strategik itu juga memberi suntikan kepada kedua-dua pasukan keselamatan untuk terus mempertahankan keselamatan dan kesejahteraan negara.

"Sebelum ini kita bekerja secara berasingan tetapi sekarang kita telah berganding bahu dalam menjamin keselamatan semoga ia menjadi dorongan kepada agensi lain untuk mengikut jejak langkah kami,'' katanya kepada pemberita selepas menerima Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010 daripada Perdana Menteri, Datuk Seri

Najib Tun Razak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved